BAB 12

19 3 0
                                    

Aisha mengangkat badan yiren lalu membawanya masuk ke dalam rumah. Dia membawa masuk ke dalam bilik lalu meletakkan yiren diatas katil. Aisha menyelimutkan yiren.

'Aku janji yiren aku takkan biarkan kau lalui Semua ni sendiri lagi, aku akan genggam tangan kau dan aku akan keluar kan dari mimpi ngeri' kata Aisha lalu dia bangun untuk membersihkan diri.

Setelah selesai membersih diri Aisha berbaring di sebelah yiren dan perlahan-lahan matanya tertutup.

Pukul 12:30 malam

Yiren mengigau tanpa membuka matanya.

'Tolong!! jangan!! Aku merayu lepaskan aku aku merayu' kata yiren dalam keadaan mengigau. Aisha tersedar dia memusingkan badannya ke belakang

"Yiren!! Yiren!!" Aisha mula panik apabila melihat dahi yiren berpeluh.

"Ya tuhan dahi kau panas kau demam ke?" Tanya Aisha.

"Tolong!!!" Rayu yiren. Aisha yang kebingungan memusingkan badan yiren lalu dia memeluk yiren. yiren kembali tenang setelah dipeluk Aisha.

Aisha kembali menutup matanya sambil memeluk yiren.

Keesokan paginya

Yiren tersedar apabila mendengar seseorang sedang bernafas di telinganya. Dia membuka matanya Aisha sedang tidur sambil memeluknya

Yiren mengangkat tangan Aisha perlahan lalu meletakkan di atas bantal.

Yiren bangun dari baringnya lalu dia duduk di sebelah katil dia menggeliat kecil lalu dia bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik mandi.

Aisha yang sedang tidur mula membuka matanya perlahan. Dia menggeliat kecil sambil tangan kanannya meraba raba sebelah, dia melihat yiren sudah tiada dekat situ.

'Mana dia pergi' gumannya dalam hati dia lantas bangun mencari yiren dalam bilik mandi tiada dia turun kebawah

"Aku ingat kau keluar dari rumah" sapanya setelah melihat yiren sedang memasak di dapur.

"Kau buat apa ni?" Tanya Aisha

"Tengah masak" kata yiren

"Kau kan tak sihat apa kata kau naik atas rehat masak biar aku je" arah Aisha, Aisha mengambil pisau di tangan yiren. Yiren menatap Aisha dingin.

"Kenapa?" Aisha membalas tatapan yiren. Yiren akur lalu naik keatas

Clark pintu bilik dibuka

Aisha mendekati yiren sambil membawa makanan

"Kau makan dulu kejap lagi aku nak pergi kerja" Aisha meletakkan dulang di atas meja.

"Saya nak pergi kerja juga" kata yiren

"Kau tak sihat lagi kan, dahi kau pun masih panas. Kau duduk rumah jelah rest" Aisha menyentuh dahi yiren. Aisha tidak membenarkan yiren masuk kerja. Yiren mencebik bibir.

"Nah" Aisha meletakkan sudu di depan yiren. Yiren menggeleng

"Kalau kau tak nak makan macam mana kau nak sembuh" tanya Aisha

"Cepatlah makan" yiren menggeleng kepala

"Ikut kau lah aku tak boleh nak layan kerenah kau, nanti kau makan okay" Aisha pasrah dia bangun lalu keluar dari bilik. Dia bukan tak nak memaksa yiren untuk makan tapi dia kena pergi pejabat sebentar lagi dia ada mesyuarat

Di pejabat heo yoo rim

Mesyuarat sudah dimulai. Aisha fokus kepada perbincangan walaupun hatinya risau dengan yiren, sering kali dia melirik telefonnya

I'M YOUR CRUSH Where stories live. Discover now