BAB 27

12 3 0
                                    

Aisha yang baru sampai di rumah terus menaiki tangga sebelum dia masuk ke dalam biliknya dia menjenguk ke bilik sebelah dimana ada yiren dan Airen yang sedang tidur.

Aisha masuk ke dalam bilik itu. Dia mengangkat tubuh Airen perlahan supaya anak kecil itu tidak terjaga.

Dia meletakkan anak kecil itu disebelah yiren. Dia mengucup kepala anak kecil itu.

'Kalau dia anak aku pasti aku akan peluk dia' bisik hatinya.

Dia menyelimuti anak kecil itu dan yiren. Aisha mencium dahi yiren sebelum dia keluar dari bilik itu.

Pukul 3 pagi

Uwek uwek

Yiren tersedar dari lenanya kerana anaknya menangis dalam keadaan mengantuk yiren terus membuka bajunya sedikit lalu menyusui anaknya

Saat dia ingin mengusap kepala anaknya refleks dia menjadi panik kerana kepala anaknya panas

"Ya tuhan Airen demam" dia semakin panik apabila anaknya tidak berhenti-henti menangis.

Aisha yang sedang tidur mula terjaga apabila mendengar bayi itu menangis. Aisha yang hampir hilang sabar terus pergi ke bilik sebelah niat untuk memarahi yiren yang tidak pandai menjaga anaknya hingga anaknya menangis tidak berhenti.

"Airen nak apa sayang, mama penat ni" kata yiren tapi dengan nada yang lembut.

Aisha yang ingin mengetuk pintu mula tidak sampai hati. Dia sedar sepanjang yiren mengurus anaknya ini kali pertama dia mendengar anak kecil itu menangis.

Airen pernah je menangis tapi itu dapat ditenangi oleh yiren. Yiren mengetahui sikap anaknya kenapa anaknya menangis.

Sedangkan dia tidak sedikit pun peduli pasal anak kecil itu.

Kerana kejadian di hotel itu membuatkan dia sukar untuk memaafkan yiren walaupun tanpa mendengar penjelasan dari yiren dia tahu yiren tidak akan mengakuinya.

Pukul 5 pagi

Akhirnya Airen mula tertidur panas tubuh badannya kini sedikit menurun. Yiren pun mula tertidur sambil memeluk anaknya.

Pukul 6 pagi

Yiren tersedar kerana dering telefon yang berbunyi menandakan sudah pagi walaupun dia terasa penat untuk bangun tapi dia tetap memaksanya.

Yiren terus turun kebawah untuk memasak anaknya dibiarkan diatas.

Setelah selesai memasak yiren menghidangkan makanan ke atas meja lalu dia membiarkan makanan itu disitu saat dia sedang menuju ke biliknya

Uwek uwek

"Ya sayang kenapa, lapar ya" yiren berbaring disebelah anaknya lalu dia menyusui anaknya tidak lama kemudian dia mula terlelap.

Aisha menuruni tangga, dia berjalan ke dapur dia terkejut makanan sudah siap dihidang.

Walaupun hubungan mereka renggang yiren tidak pernah lupa untuk memasak untuknya.

Aisha mula merasa bosan kerana setiap hari dia akan makan seorang diri tanpa yiren menemaninya.

'I miss her so much' ucapnya di dalam hati

Aisha melihat kearah atas, dia bangun dari duduknya lalu naik semula keatas.

Uwek uwek

Airen kembali menangis. Yiren tidak tersedar kerana badannya amat penat sekarang.

Aisha yang mendengar Airen menangis terus masuk ke dalam bilik itu. Aisha mengangkat tubuh kecil itu tangisan anak kecil itu mula tidak kedengaran.

Seperti anak itu merindui Aisha. Aisha melihat kearah yiren yang sedang tidur lena hingga tidak menyedari Airen sedang menangis.

I'M YOUR CRUSH Where stories live. Discover now