Bab 7

289 17 0
                                    

Alang-alang berada di hospital, Helena singgah di pejabat Puan Sri Sarina yang terletak di tingkat paling atas. Harapnya dia langkah kanan kerana jarang sekali wanita berusia itu berada di pejabat. Sejak Datuk Suhaimi yang menjadi President Sarina Medical Centre, Puan Sri Sarina lebih suka menghabiskan masa di rumah.

Tanpa salam, Helena menolak pintu bilik. Puan Sri Sarina yang sedang mengambil beberapa biji pil sedikit terkejut dengan kedatangan Helena tanpa khabar berita. Tentu Helena mempunyai agenda tersembunyi. Puan Sri Sarina kenal Helena luar dan dalam.

“Nenda…..”

“Aik, tiba-tiba muncul. Ada apa?” Puan Sri Sarina memasukkan segala ubat-ubatan ke dalam beg peribadinya. Dia memberi ruang buat Helena untuk duduk di sebelah.

“Saja!”

“Oh satu lagi, Helena ada berita baik. Nenda pasti suka,” ujar Helena ceria. Ruang di sebelah Puan Sri Sarina dibiarkan kosong. Dia memilih untuk duduk bertentangan dengan wanita yang berusia tujuh puluh tahun itu.

“Dr Syafiq akan bekerja dengan Helena mulai besok!”

“Tahniah! Tak sia-sia Helena cekau duit nenda untuk belikan bunga buat dia, setiap tahun pula tu,” sindir Puan Sri Sarina sekadar bergurau.

Helena mencebik. “Nenda yang sudi hulurkan duit, Helena tak paksa.”

“Helena, ingat, Datuk Suhaimi tak pernah suka Syafiq ada di sini. Helena perlu lindungi dia daripada dendam anak lelaki nenda. Hanya Helena yang mampu, Nenda tak berkuasa, dah hilang bisa orang kata.” Sekali Datuk Suhaimi benci, sampai tujuh keturunan perasaan lelaki itu takkan berubah.

“Helena takkan biarkan Datuk Suhaimi bebas buat apa yang dia suka. Helena tak ada apa-apa kaitan dengan dia, nenda. Letak tepi soal itu. Yang penting, Intan berhutang duit dengan Helena sekarang,” balas Helena yakin. Dia langsung tidak gentar dengan Datuk Suhaimi. Bagi Helena, Datuk Suhaimi hanya menumpang tuah Puan Sri Sarina sebagai pewaris tunggal.

“Nenda sedar Helena tak suka Datuk Suhaimi. Nenda pula? Helena bencikan Nenda tak?” uji Puan Sri Sarina. Sikap Helena yang kadang-kadang ramah, ada juga sekali-sekala dingin membuatkan Puan Sri Sarina buntu untuk mengorek isi hati Helena yang sebenar.

Helena gigit pipi, dia membalas renungan Puan Sri Sarina tanpa perasan. “Kabur, itu sahaja. Kita tengok masa hadapan nanti. Harap nenda tak salah faham. Helena baik dengan nenda kerana mahukan duit, tak lebih daripada itu. Walaubagaimanapun, Helena hormat nenda sebagai mertua kepada ibu. Ada perbezaan antara hormat dan kasih sayang.”

“Helena rasa dah tak ada apa-apa lagi. Jangan lupa masukkan duit bulanan Helena, macam biasa.”

Muka Puan Sri Sarina berubah kelat. Inilah balasan yang perlu dia tanggung di dunia atas segala dosa yang telah dia lakukan. Hanya Allah yang tahu betapa kejamnya dia sebagai seorang manusia sebelum ini.

Helena Zara. Nenda sayang Helena lebih daripada apa yang Helena sangka. Nenda harap Helena akan bahagia suatu hari nanti. Syafiq Haikal, lelaki itu mungkin penyembuh buat Helena. Nenda percaya kata hati nenda.

Syafiq keluar dari bangunan Sarina Medical Centre menuju ke parkir kereta. Syafiq memusingkan badan, melihat bangunan itu buat kali terakhir. Dia perasan ada mata yang memandangnya daripada jauh. Siapa lagi kalau bukan Helena yang berdiri tegak di laluan berkaca.

Suka betul tengok aku. Jangan terpikat dengan aku sudah. Aku tak nak berjodoh dengan perempuan tak semegah macam kau Helena Zara, omel Syafiq di dalam hati.

Helena pula sedar Syafiq mengutuknya di dalam hati. Helena melambai ke arah lelaki itu sengaja mencari pasal.

Syafiq tergamam. Bulu romanya meremang melihat Helena yang melambai dengan muka sinis. Syafiq menyambung langkah ke arah kereta.

HEALER Where stories live. Discover now