Helena menekur lantai. Terasa aneh pula menerima ucapan terima kasih daripada orang yang baru mengenalinya. Helena diam, tidak menerima atau menolak ucapan terima kasih tersebut.
“Jom, saya tunjukkan bilik awak, “ ucap Helena lantas berjalan perlahan di hadapan menuju ruang yang terletak di tingkat yang sama.
“Sekarang, kita ada lebih kurang seratus orang pesakit sahaja. Di sini, semua fasiliti lengkap. Ada perpustakaan , kolam renang, surau, taman rekreasi, semua lengkap. Pesakit boleh minta apa sahaja daripada kami, apa yang boleh ditunaikan kami akan cuba sehabis baik,” jelas Helena. Dia menolak pintu bilik yang tidak berkunci. Bilik yang bersaiz sederhana telah dikemas oleh Dr Ismail sebelum dia pergi.
Perkara pertama yamg menarik perhatian Syafiq ialah timbunan fail hitam di atas meja. “Skop kerja saya macam mana?”
Helena mengerling Syafiq guna ekori mata. “Awak akan ada dengan pesakit juga namun pada masa yang sama, awak kena tolong saya uruskan tempat ini. Dua jawatan pada masa yang sama. Boleh?”
Syafiq terpana. Nampaknya, baju scrub yang memenuhi almari boleh dibuang ke dalam tong sampah. “Saya tak ada pengalaman dalam bidang pengurusan Cik Helena. Saya seorang doktor, bukan pengurus.”
Helena peluk tubuh. Dia bersandar pada meja, melihat raut Syafiq yang ternyata sedang resah. “Kalau tak tahu boleh belajar. Setahu saya, Encik Syafiq ada IQ yang tinggi. Budak pandai, mesti cepat belajar. Kacang je, tak susah."
Senang Helena berbicara. Baginya, Syafiq boleh belajar bila-bila masa sahaja. Banyak perkara dia tahu tentang Syafiq, lelaki itu tidak boleh menipunya dengan mudah.
“Apa?” Syafiq tercekik air liur.
Amboi dia, dia ingat otak aku macam sponge, senang serap. Buang masa aku ambil medic kalau pada akhirnya, di dalam bilik ini aku terkurung,” omel Syafiq tanda protes.
“Baiklah, Encik Syafiq boleh duduk, tengok apa isi di dalam fail. Nanti Noah akan bagi sesuatu kepada Encik Syafiq. All the best, and good luck!”
Helena berjalan melepasi Syafiq. Pintu bilik itu dihempas dengan kuat sehingga bergegar dinding. Syafiq sudah kepanasan. Kot ditanggalkan lalu tali leher direntap. Lengan kemeja dilipat sehingga ke siku.
“Ya Allah, kenapa aku yang dia pilih? Kenapa aku yang perlu ada di sini? Kenapa kau tak tutup mata Cik Helena daripada melihat aku tujuh tahun yang lepas,” rengek Syafiq seakan mahu menangis. Kaki kerusi disepak perlahan.
Baru sahaja punggung Syafiq menyentuh permukaan kulit pada kerusi, muncul Noah dengan satu kotak besar berwarna coklat. Syafiq picit dahi, bala kedua sudah tiba.
Noah hempas kotak di atas meja sehingga fail di atas meja menggelongsor lalu menemui lantai. Noah ternganga, dia cemerkap. Syafiq hampir tepuk dahi.
“Saya minta maaf, saya tak sengaja.” Noah ketap gigi. Fail hitam itu dikutip lalu diletak semula di tempat asal.
“Ada apa?” Syafiq mengintai ke dalam kotak.
“Cik Helena suruh saya serahkan. Sebenarnya, ini semua nota tinggalan Dr Ismail. Cik Helena nak Syafiq baca dan hadam baik-baik. Kalau penjelasan di sini tak cukup, Syafiq boleh rujuk buku di perpustakaan. Semua buku ada di sana,” jelas Noah panjang lebar. Dia turut bersimpati dengan Syafiq. Hari pertama sudah menerima beban di tempat kerja.
“Hari pertama memang susah, nanti akan terbiasa juga. Syafiq sambung kerja, saya keluar dahulu. Risau takut ada tetamu yang menunggu di lobi,” ucap Noah. Syafiq angguk tanpa membalas pandangan. Matanya sudah tertumpu pada fail.
“Tapi ada satu lagi nak cakap….” Noah teragak-agak.
“Ya? Cakaplah, saya dengar,” balas Syafiq. Pen di tangan diletakkan di atas meja.
YOU ARE READING
HEALER
RomanceHelena Zara- Penjaga kepada Happy Smile Hospice yang merupakan tempat untuk mereka yang sakit, tetapi gagal dalam proses perubatan dan hanya menunggu kematian. Helena dibesarkan di dalam keluarga yang penuh dengki, kebencian dan dendam. Akibat itu d...