Datuk Suhaimi menggoncang pintu ke bilik Dr Alisya yang berantai besi. Datuk Suhaimi longgarkan tali leher lalu fail di baling ke atas lantai. Setiap helaian kertas terbang merata. Rancanganmya untuk menemui Dr Alisya hancur begitu sahaja. Datuk Suhaimi mendengus geram.
"Surat penyerahan hospice......." Kertas di lantai telah dipijak oleh Helena yang datang setelah diberitahu oleh Noah. Tak sangka Datuk Suhaimi akan datang ke hospice, ke ruang bilik Dr Alisya setelah berkurun lamanya.
"Maksudnya?" Helena layangkan kertas di hadapan muka Datuk Suhaimi, menuntut penjelasan. Helena langsung tidak kecewa kerana sudah mengagak kedatangan lelaki itu bersama niat yang tidak baik. Dari awal Datuk Suhaimi tak pernah ambil berat tentang Dr Alisya, takkan lelaki itu boleh berubah dalam satu malam.
"Aku nak tempat ini. Aku ada hak untuk ambil tempat ini. Kau jangan lupa yang aku masih suami dia yang sah. Jadi, kau tak boleh nak halang aku untuk buat apa sahaja ke atas dia," cetus Datuk Suhaimi turut mengugut Helena. Perkataan isteri yang melantun keluar daripada mulut terasa janggal.
Helena menepuk tangan diselangi ketawa jahat. Kertas di tangan dicarik kepada helaian kecil lalu dilempar ke wajah tak tahu malu Datuk Suhaimi.
"Bagi aku, hari pertama aku terpaksa kurung ibu aku sendiri di dalam bilik ni, dia bukan lagi isteri kau. Suami mana yang sanggup dera fizikal dan mental isteri sendiri sampai berubah macam tu sekali. Jangan sampai aku seret kau ke mahkamah untuk dakwa kau atas apa yang kau buat. Tak perlu banyak bukti, cukup dengan kesan lebam yang masih melekat di badan dia sehingga ke harini. Nak?" Helena juga ada senjatanya. Dia tahu kelemahan Datuk Suhaimi yang tidak mahu sesekali dihukum.
"Baliklah, aku dah tak ingin tengok muka kau lagi," halau Helena. Awal pagi, kedatangan Datuk Suhaimi ke situ, tanpa undangan menyebabkan Helena bersarapan dengan rasa marah.
"Aku akan pastikan yang tempat ini jatuh ke tangan aku. Kau tak payah nak berlagak, kau bukan sesiapa dengan dia. Sekadar anak pungut, kau ingat kau boleh lawan aku? Aku selalu dapat apa yang aku nak termasuklah tempat ini. Bila aku dah berjaya, kau orang pertama yang aku akan singkir keluar." Datuk Suhaimi menolak dahi Helena dengan jari telunjuk.
Helena menepis kasar tangan Datuk Suhaimi. Berani lelaki itu menyentuh kulitnya. Helena biarkan Datuk Suhaimi pergi sehingga bayang lelaki itu hilang. Kertas yang masih di lantai dikutip satu-persatu lalu digumpal dan dibuang ke dalam no tong sampah. Dia tidak mahu kertas itu sampai kepada Dr Alisya.
Helena buka lilitan rantai di tombol bilik Dr Alisya. Kunci yang digunakan diselit ke dalam kocek seluar. Helena berdiri tegap sejenak, menghela nafas dalam untuk menemui Dr Alisya. Harapnya, wanita itu tidak mendengar suara Datuk Suhaimi tadi.
"Ibu......" panggil Helena. Dr Alisya sedang membaca buku di sofa.
"Awak dah datang? Lama tau kita tunggu awak. Kenapa awak lambat harini, selalunya awal?" soal Dr Alisya dengan identiti keduanya. Dia berlari lalu memeluk Helena yang dipandang sebagai sosok seorang kakak.
"Maaf, tadi ada hal sikit," jawab Helena sedikit Lega. Mujur Dr Alisya tidak sedar apa-apa.
"Kita nak mandi, kita nak pergi taman. Awak dah janji dengan kita berapa kali dah nak bawa kita pergi taman, tapi tak ada pun. Awak lupa ke? Kesian kita hari-hari tunggu. Kita dah bosan duduk dalam bilik aje, dah lemas. Dah lama kita tak keluar daripada sini," pinta Dr Alisya menuntut janji yang sengaja dilupakan oleh Helena. Kedua-dua tangan Helena diayun Dari kiri ke kanan.
"Please...." Rayu Dr Alisya apabila melihat Helena masih teragak-agak.
Helena angguk. Hari ini merupakan hari istimewa untuknya, jadi dia mahu meluangkan masa bersama Dr Alisya lebih lama. Dia juga mahu ibunya melihat Dunia luar lagi walaupun hanya sekejap.
YOU ARE READING
HEALER
RomanceHelena Zara- Penjaga kepada Happy Smile Hospice yang merupakan tempat untuk mereka yang sakit, tetapi gagal dalam proses perubatan dan hanya menunggu kematian. Helena dibesarkan di dalam keluarga yang penuh dengki, kebencian dan dendam. Akibat itu d...