Syed Emir | Nadra Amelia
Syed Emir mempunyai satu tujuan. Iaitu membalas dendamnya kepada keluarga Tuan Bakri. Untuk merealisasikan rancangannya, maka Nadra Amelia sebagai jambatan menjayakan rancangannya. Iaitu dengan cara menikahi gadis itu.
Namun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚
Deringan telefon pintarnya diabaikan oleh Emir. Tertera nama isterinya di skrin. Emir hanya menghela nafas tanpa niat untuk mengangkat.
"Tuan taknak angkat ke telefon tu?"soal Danial, pembantu peribadinya yang sedang memandu.
"Biarkan. Isteri saya,"
"Mana tahu ada kecemasan tuan,"
Emir menggeleng. Ia tahu apa yang hendak disampaikan oleh isterinya itu. Sudah pasti berkaitan dengan berita hari ini mengenai keluarga besar sang isteri. Senyum sinis Emir ukir dibibirnya.
"Tuan rasa betul ke apa yang tuan buat ni?"soal Danial sekali lagi.
Emir menatap lelak itu tajam. "Apa maksud you, Danial?"
"Maksud saya, semua ni. Rancangan tuan?"
"Apa yang keluarga tu hadap sekarang tak sebanding dengan apa yang saya hadap belasan tahun lepas, Danial,"ujar Emir tegas.
Danial menghela nafasnya.
"Tuan betul-betul taknak siasat lagi? Punca kematian ibu bapa tuan?"
"Buat apa? Dah terang benderang lagi bukti tuju kepada keluarga tu. No need further investigation. Undang-undang negara pun tak boleh nak hukum keluarga orang tua tu,"balas Emir. "Kalau undang-undang negara ni telus, sudah pasti saya dah dapat keadilan sejak dari dulu,"
Danial hanya mampu diam mendengar ucapan majikannya itu. Tiada guna meyakinkan lelaki itu. Hatinya sudah diselimuti kebencian dan dendam.
Ting!
Emir mengalihkan pandangannya kepada telefon pintarnya.
Naim Come to hospital right now! Wife dengan anak kau accident!
Ting!
Sekali lagi telefonnya berbunyi.
Naim Come right now, Syed Emir! Kau akan menyesal if kau pilih untuk ignore mesej aku!
Nafasnya tersekat. Adakah Nadra kemalangan semasa menelefonnya tadi?
"Danial,"
"Ye tuan!,"
"Go to hospital now!"
"Kenapa tuan?"
"Just go! Nadra accident!"
Adakah ini pengakhirannya? Atau penyesalan yang terlambat?