Syed Emir | Nadra Amelia
Syed Emir mempunyai satu tujuan. Iaitu membalas dendamnya kepada keluarga Tuan Bakri. Untuk merealisasikan rancangannya, maka Nadra Amelia sebagai jambatan menjayakan rancangannya. Iaitu dengan cara menikahi gadis itu.
Namun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚
Beberapa bulan kemudian,
"Abang,"
Nadra memanggil suaminya yang baru saja turun dari tangga. Nadra segera bangun dari kerusi meja makan.
"Abang taknak sarapan dulu ke?"tanya Nadra.
Emir memandang datar isterinya sekilas dan makanan yang tersedia di atas meja makan. Tanpa membalas pertanyaan Nadra, lelaki itu terus beredar mencapai kunci kereta di atas almari kasut dan keluar. Nadra pun segera mengejar suaminya.
"Ab-bang,"
Tanpa menghiraukan sang isteri, dia hanya memakai kasut tanpa membalas.
"Ke abang nak Nad bekalkan?"tanya Nadra lagi.
Selesai memakai kasut, Emir terus beredar dan masuk ke dalam keretanya. Nadra yang mengekorinya tetap dihiraukan. Nadra hanya memandang kereta sang suami beredar keluar dari garaj rumah. Tangannya diangkat melambai.
Setelah kereta sang suami menghilang daripada pandangan, wanita itu menghela nafas.
Sudah hampir 5 bulan usia perkahwinan mereka. Namun Emir masih begitu. Setelah malam pertama mereka, Emir melayannya mahu tak mahu. Setiap kali Nadra mencuba untuk memulakan perbicaraan, lelaki itu menghindar. Lelaki itu tetap dingin. Tiada perbincangan di antara mereka. Emir hanya datang padanya dimalam hari dan menghilang apabila pagi menjelma.
⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚
"Macam mana perkembangan projek kerjasama kita dengan syarikat Tuan Wilson, Danial?"tanya Emir sebaik sahaja meletakkan barangnya di atas meja pejabat.
Danial membuka ipadnya lalu berkata, "Encik Muaz dah handle bahan-bahan yang kita perlukan untuk siapkan projek pembangunan kondo tu. Also Encik Hafiz dah check every mesin dengan jentera yang kita perlukan. Both of them said semua dah sedia untuk pembangunan. By the end this week, pembinaan akan dimulakan,"
Emir mengangguk berpuas hati.
"Bagus, kalau boleh minta both of them update us every 2 weeks. I nak tengok progress projek. Pastikan everything berjalan dengan smooth. Kalau ada masalah, make sure inform I awal. Tuan Wilson very strict about project. Takut ada salah dia terus batal projek ni. So better be prepared really well,"ujarnya.
"Baik Tuan,"
Emir yang baru membuka fail dokumen dihadapannya terhenti lalu bertanya, "Danial, any info from Syafiq?"
"Oh, ada Tuan. Syafiq cakap dia masih kena stay Langkawi for few weeks untuk siasat perkara yang Tuan minta. Dia cakap, dia nak tuan tengok hasil yang memuaskan,"