~ BAB DUA ~

1K 39 4
                                    

 ⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 ⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

        Nadra menunduk menatap lantai rumah. Tidak berubah sejak dia sampai ke kediaman Tuan Bakri sejam yang lalu. Masih setia menanti apa yang hendak diperkatakan oleh ayahnya itu. Sesekali ia melirik ke arah abangnya.

        "Papa dah buat keputusan,"

        Nadra mengangkat wajahnya.

        "Papa akan benarkan you untuk stay dekat Malaysia dengan beberapa syarat,"ujar Tuan Bakri.

        "Apa syaratnya, pa?"soal Nadra. Jantungnya berdegup tak menentu menanti kata-kata yang akan keluar dari bibir sang ayah.

        "Pertama, leave your career as model. Your gallery tu serahkan sepenuhnya pada Aunty Warda,"ujar sang ayah.

        Nadra membulatkan matanya.

        "No, pa!"bantah gadis itu. Gila ke orang tua ni, suka hati nak suruh dia tinggalkan karier dan gallery yang dia usahakan dari bawah itu begitu saja.

        Tanpa mengendahkan Nadra, Tuan Bakri meneruskan kata-katanya. "Yang kedua, kahwin dengan Syed Emir,"

        "With who?"

        Sekali lagi Nadra tercengang.

        "Syed Emir. Kawan abang kamu,"balas Tuan Bakri dengan nada yang serius.

        Nadra menggelengkan kepalanya.

        "Papa minta Nad balik sini only for this?"soal Nadra. Ingatannya teringat kepada kata-kata ibu saudaranya di malam dia mengemas barang untuk kembali ke tanah air. Aish, masin betul mulut aunty ni. Batin Nadra di dalam hatinya.

        Tuan Bakti menatap puteri bongsunya itu serius. "Ya, only for this,"

        "Tapi pa, why me?"

         "Sebab dengan cara ni ja kau boleh tebus kesalahan kau 10 tahun lepas kepada aku, Nadra Amelia,"tegas Tuan Bakri.

        Mata Nadra sudah berkaca menahan air matanya dari jatuh. Imbasan kejadian 10 tahun lalu kembali terbesit di fikirannya. Matanya menatap abangnya disamping Tuan Bakri. Dirinya seakan memohon penjelasan daripada abangnya.

         "I don't want to listen any rejection. Terima this marriage, or hubungan kita sebagai keluarga terputus. Itu sahaja pilihan keputusan yang aku boleh bagi,"

        Tuan Bakri meninggalkan Nadra dan Naim di ruang tamu menuju ke bilik tidurnya. Sudah jelas segala yang ingin ia sampaikan.

        Nadra terduduk di sofa ruang tamu itu. Tangannya meramas rambutnya.

        "Adik terima jela keputusan papa tu," Naim bersuara.

        Nadra menatap abangnya itu dengan tatapan tak percaya.

INVISIBLE STRINGWhere stories live. Discover now