~ BAB SEPULUH ~

1.1K 67 5
                                    

⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

"Semua data yang tuan minta saya dah backup dalam pendrive ni. Also, pasal kejadian tempoh hari, saya dah siasat. Memang Tuan Bakri dah berpakat dengan Cik Nayla untuk perangkap tuan,"ujar Syahir menerangkan kepada Emir.

"Macam mana pasal Naim tu?"

"Tuan Naim seems macam dah rasa sesuatu akan jadi. Dia dah senyap-senyap tukar nama saham yang dia ada atas nama orang lain. Saya rasa Tuan Naim pun nak lepaskan hak dia dalam company family dia. It's seems like Tuan Naim dah tahu yang Tuan Bakri nak hilangkan kuasa dia sebagai pemegang saham,"

Emir mengangguk faham. Ia masih belum sempat untuk menemui lelaki itu.

"And saya rasa Tuan Naim memang dah prepare untuk fully urus resort dia dekat Langkawi. Dia betul-betul nak protect wife dengan anak dia dari jangkauan Tuan Bakri,"terang Syahir lagi.

"Anything pasal Nayla?"

"Oh, pasal Cik Nayla. Saya dah siasat pasal latar belakang dia. Tapi, sukar betul nak dapatkan data sahih. Saya rasa ada sesuatu yang Tuan Bakri tengah sorok pasal Cik Nayla. Cuma apa yang saya dapati, ada sesuatu yang jadi antara Cik Nayla dengan Puan Nadra,"jawab Syahir.

"Maksud kau?"

"Berdasarkan maklumat yang saya temui, kejadian yang menyebabkan Puan Nadra dipindahkan ke UK dulu kemungkinan ada kaitan dengan Cik Nayla. Sebab itu, hubungan diorang tak baik,"

"Cuba cari lagi maklumat pasal benda ni,Syahir,"arah Emir.

⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

Emir termenung di sofa sambil matanya menatap ke arah televisyen yang memaparkan berita. Namun, lelaki itu sama sekali tidak fokus terhadap tontonannya, Fikirannya memikirkan tentang apa yang diberitahu oleh Syahir.

Apa yang terjadi antara Nayla dan Nadra?

Kenapa dia tidak terfikirkan ini semasa awal-awal mengetahui tentang keluarga Tuan Bakri?

"Abang,"

"Abang,"

Emir masih termenung.

"Abang,"panggil Nadra sekali lagi sambil menepuk bahu suaminya.

Barulah Emir tersedar dari lamunan.

"Nad,"

"Abang termenung apa? Sampai Raees tertidur abang termenung,"ujar Nadra. Ia perhatikan sahaja gelagat Emir sejak pulang dari pejabat petang tadi.

"Tak ada apa-apalah. Abang penat je,"balas Emir.

Sejak dirinya memutuskan untuk memperbaiki hubungan mereka, Emir benar-benar menukar panggilan antara mereka. Sudah tiada aku-kau seperti biasa.

Nadra tersenyum.

"Lena Raees tidur,"katanya sambil memandang Raees yang tertidur di riba Emir.

Emir pun mengalihkan pandangan menatap puteranya itu. Ia pun mengukir senyuman.

INVISIBLE STRINGWhere stories live. Discover now