~ BAB SEBELAS ~

2K 77 12
                                    

⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

Seperti yang telah dirancang, hari ini mereka bertolak ke Pulau Pinang. Emir memutuskan untuk memandu sendiri berbanding membawa pemandu peribadinya.

Hampir 3 hinggan 4 jam memandu, akhirnya mereka tiba di Park Royal Hotel yang telah ditempah oleh Emir. Tak hanya itu, Emir turut membawa Elhana dan Puan Izzah untuk bersiap siaga jika perlu menjaga Raees.

Setelah mengurus segala hal, Emir pun menyerahkan kunci bilik Elhana dan Puan Izzah.

"Ni kunci bilik El dengan umi,"

"Wahh, bilik mahal ni umi," kata Elhana setelah mengambil kunci bilik itu.

"Terima kasih, Emir,"ucap Puan Izzah kepada anak saudaranya itu.

Emir hanya tersenyum mengangguk.

"Umi dengan El rehatlah dulu. Nanti petang kita keluar,"ujar Emir.

Setelah itu mereka masing-masing berpisah masuk ke dalam bilik masing-masing. Nadra yang masuk sambil menggendong Raees terpegun melihat bilik yang ditempah oleh Emir. Sangat cantik dan luas.

Nadra meletakkan Raees di atas katil lalu berjalan ke arah balkoni. Emir meletakkan bagasi mereka di wardrobe bilik lalu berjalan ke arah Nadra,

Lelaki itu memeluk isterinya dari belakang. Dagunya diletakkan dibahu Nadra.

"Are you like it?"

Nadra mengangguk girang.

"Suka sangat,"balas Nadra.

Nadra memusing tubuhnya untuk menatap Emir.

"Terima kasih bawa Nad dengan Raees datang sini,"

Emir tersenyum.

"Sepatutnya abang bawa Nad datang bercuti dari dulu lagi. I'm sorry for being this late,"luah Emir.

Nadra menggosok lengan lelaki itu lalu berkata, "Lambat ke cepat ke, abang dah cuba yang terbaik,kan?"

Emir tersenyum bahagia mendengar kata-kata isterinya itu.

Ia sudah merancang segalanya.

Percutian ini akan menjadi memori indah mereka sekeluarga.

⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

"Tuan,"

Tuan Bakri mengangguk lalu mempersilakan sosok yang memanggilnya itu untuk duduk di sofa.

"Kita tak boleh buat apa-apa, Tuan. Your company memang tengah masalah besar sekarang. Even ada Tuan Emir, it's not looking good at all,"ujar lelaki itu.

Tuan Bakri menghela nafasnya.

"Any idea, Arif?"

Lelaki bernama Arif itu menghela nafas.

INVISIBLE STRINGWhere stories live. Discover now