Syed Emir | Nadra Amelia
Syed Emir mempunyai satu tujuan. Iaitu membalas dendamnya kepada keluarga Tuan Bakri. Untuk merealisasikan rancangannya, maka Nadra Amelia sebagai jambatan menjayakan rancangannya. Iaitu dengan cara menikahi gadis itu.
Namun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚
"Saya terima nikahnya, Nadra Amelia binti Bakri dengan mas kahwinnya RM300 tunai,"
Dengan sekali lafaz, Nadra menjadi isteri Syed Emir. Nadra yang berada di atas pelamin itu, amat jelas menggambarkan kegugupannya. Puan Wardah disamping menepuk perlahan belakang gadis itu, menyalurkan semangat kepadanya. Nadra memberikan senyuman kepada ibu saudaranya itu.
"Sah?"tanya tok kadi kepada Tuan Bakri, Naim dan seorang lagi saksi di sampingnya.
Mereka mengangguk tanda menyetujui pertanyaan tok kadi tersebut.
"Alhamdulillah,"
Sejurus mengucapkan ucapan kesyukuran itu, tok kadi pun menadah tangan membacakan doa. Syed Emir sesekali melirik ke arah Nadra lalu tersenyum di sebalik tadahan tangannya. Setelah selesai tok kadi membacakan doa, beliau meminta Syed Emir membaca lafaz taklik.
"Emir, baca ni,"
Syed Emir mengangguk.
"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya Nadra Amelia binti Bakri selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara 'Talak Khuluk',"lafaz Syed Emir bersaksikan tetamu yang hadir di majlis akad nikah itu.
Setelah lafaz tersebut selesai, Emir melaksanakan solat sunat nikah. Beberapa minit kemudian, upacara pembatalan air sembahyang dilakukan. Emir naik ke atas pelamin mengambil tempat di samping Nadra. Elhana membawa dulang berisi kotak cincin perkahwinan kedua mempelai tersebut.
Emir menggapai tangan gadis disamping itu. Cincin diambil dari kotak cincin lalu disarungkan di jari manis Nadra. Pancaran lampu kamera menandakan momen menyarung cincin tersebut ditangkap oleh jurugambar. Kemudian, Nadra pula menyarungkan cincin di jari Syed Emir. Selepas itu, Nadra pun menyalami tangan suaminya itu sembari Emir mengucup dahinya.
Maka, mulai detik itu, Nadra sah menjadi isteri kepada Syed Emir.
⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚
Majlis persandingan dilaksanakan dengan meriah. Tetamu yang hadir menikmati acara tersebut. Tak segan tetamu yang hadir memuji kedua mempelai yang sedang duduk di atas pelamin. Berita perkahwinan keduanya sudah menjadi topik hangat di seluruh negara termasuk di sosial media. Begitu juga berita tentang Nadra Amelia, model terkenal yang bersara untuk fokus kepada rumah tangganya.