~ BAB SEMBILAN ~

1.5K 78 7
                                    

⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

Nadra sibuk menyiapkan sarapan di dapur. Sedang ia mengaduk bubur, tiba-tiba ada tangan yang memeluknya dari belakang. Tersentak Nadra dibuatnya.

"You still mad at me?"suara serak lelaki itu bertanya.

Nadra hanya menggeleng.

"Kenapa tak kejut aku?"

Emir melepaskan pelukan.

"Hari ni kan cuti. Biasanya abang lepas Subuh tidur balik,"balas Nadra tanpa menghiraukan lelaki itu. Tangannya masih terus mengaduk bubur dihadapannya.

"Es dah bangun?"tanya Emir.

"Dia masih tidur. Dia demam. Badan dia panas. Lepas abang balik bilik solat, Nad check suhu dia tinggi. Sebab tu Nad masak bubur. Sarapan abang Nad dah siapkan tu,"kata Nadra sambil menunjuk ke arah meja. Tampak sarapan pagi Emir sudah terhidang.

Emir berjalan ke arah meja. Sesekali matanya memandang ke arah isterinya yang masih sibuk menyiapkan bubur itu. Setelah berasa bahawa bubur tersebut sudah siap, Nadra menutup api dapur.

"Nad,"

Nadra mengalih pandangan ke arah suaminya.

"Abang nak kopi ke? Kejap Nad buatkan,"

Nadra mencapai cawan dan mula membancuh kopi untuk lelaki itu. Setelah siap, dia pun menghidangkannya kepada Emir. Setelah itu, ia bersiap ingin kembali ke dapur untuk menyiapkan bubur untuk dibawa ke bilik Raees.

Tangan Emir segera menggapai lengan Nadra. Wanita itu terhenti sebentar.

"Duduk sini teman aku. Bubur tu kena sejuk dulu sebelum kau bagi Es,"

Emir memberi isyarat untuk Nadra dududk di kerusi meja itu.

"Kau nak jaga Es, kau pun kena jaga diri. Makan dulu sarapan tu. Badan Es kau dah tuam tadi. Bagi dia tidur lama sikit, "

Nadra hanya mengangguk faham lalu mengambil tempat di kerusi yang sering ia duduki. Keduanya hanya menyantap sarapan tanpa ada yang memulakan perbicaraan.

"Aku minta maaf,"

Emir memecahkan kesunyian. Nadra menghentikan pergerakannya apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Emir.

"Hah?"

"Aku minta maaf pasal semalam,"

"Oh, tak ada apalah,"balas Nadra.

"No, it's still a matter. Aku tak patut tinggikan suara dekat Raees. It's my fault,"ujar Emir.

"Ala, abang terlepas emosi je kan. Lagipun abang dengan Es dah baik, tak ada hal apa sangat lah,"

Nadra berkata lalu memberikan senyuman. Ia pun bangun dan membawa pinggan dan cawan yang ia gunakan ke sinki. Emir hanya memerhati gerak geri wanita itu. Ia pun bangun dan membawa pinggannya ke sinki.

INVISIBLE STRINGWhere stories live. Discover now