~ BAB ENAM ~

1.2K 50 4
                                    

  ⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  ⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

        Nafas Emir termengah-mengah memandang lelangit bilik tidur. Nadra terus memusingkan tubuhnya membelakangi lelaki itu. Seperti itulah mereka setiap kali bersama, masing-masing akan berpaling. Emir memandang tubuh isterinya itu.

        "Jangan libatkan El dalam hal rumah tangga kita," lelaki itu bersuara.

        Nadra hanya diam membisu dan menutup matanya rapat.

        "Aku tak suka hal rumah tangga kita orang lain masuk campur. Tak kira sekalipun dia keluarga kita, Nadra. Aku ketua keluarga. Aku yang berhak nak atur keluarga ni nak ke arah mana,"ujarnya lagi.

       "Kau faham tak?"

        Nadra yang sudah menitiskan airmata hanya mengangguk.

        Emir menghela nafas.

         "Aku dah fikir. Kau boleh teruskan kandungan kau. Lahirkan budak tu,"

         "Apa syaratnya?"

        "Lepas sahaja budak tu lahir, kau tak boleh skip pill perancang. Aku akan cuba cari alternatif lain supaya kau tak mengandung untuk kali kedua lepas budak tu lahir. Aku taknak ada tambah keturunan dari rahim kau. Budak ni, dia akan tetap jadi waris aku. Tapi aku tak janji, aku boleh jadi ayah yang baik untuk dia,"

       Setelah mengatakan itu, Emir terus membelakangi Nadra dan memejamkan matanya.

       Nadra berusaha menahan diri dari terus menangis. Ada rasa bahagia sejenak. Setidaknya, kandungannya masih selamat.

  ⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

4 TAHUN KEMUDIAN

       Nadra sedang sibuk menyiapkan sarapan di dapur. Kanak-kanak lelaki yang berusia hampir 4 tahun itu sibuk melukis di buku lukisannya. Nadra yang sesekali melihat ke arah anaknya itu, hanya tersenyum.

       Syed Raees.

        Anak lelakinya itu sudah berusia hampir berusia 4 tahun. Semakin ia membesar, semakin jelas raut wajahnya iras mengikut ayahnya. Raees sangat sukakan lukisan. Sejak dirinya pandai menggunakan media melukis seperti pensel dan cranyon, banyak lukisan yang ia cuba tuangkan di atas buku lukisan.

         Seperti saat ini, Raees tampak sibuk melukis dua figura. Walaupun hanyalah lukisan anak-anak sebayanya, ianya sangat mengagumkan buat Nadra.

         Emir menuruni anak tangga.

         "Abang dah siap?"tegur Nadra.

          Emir mengangguk dan berjalan ke arah kitchen island melewati Raees yang sedang melukis di meja makan.

          Nadra segera menghidangkan sarapan untuk Emir.

         Emir pun makan sarapannya tanpa suara. Beberapa hari ini, hanya makanan yang dimasak Nadra yang mampu masuk ke perutnya. Selain daripada itu, dirinya hanya akan muntah.

INVISIBLE STRINGWhere stories live. Discover now