❗~ BAB TUJUH ~ ❗

1.2K 47 2
                                    

  ⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

PAPA
Ajak Emir datang rumah hari ini. Kak Nayla balik.

Nadra menghela nafas malas. Sungguh dia malas untuk datang ke rumah Tuan Bakri. Apatah lagi bersemuka dengan Nayla. Wanita itu. Nadra tidak mahu bertemu dengannya.

Emir yang baru selesai mandi berjalan ke arah Nadra. Hairan dirinya melihat wanita itu seperti tiada semangat.

"Kau kenapa?"tanyanya.

Nadra menoleh ke arah sumber suara itu.

"Papa ajak makan dekat rumah dia,"

"Then?"

"Kak Nayla balik,"

"Kenapa kalau kakak kau balik pun?"

"Nad tak suka dia,"balas Nadra.

Emir mengerut dahinya. Okay, ni info yang dia tak tahu.

"Kenapa kau tak suka kakak kau?"

Nadra menghela nafasnya.

"Sebab dialah sumber masalah yang saya kena hadap selama bertahun-tahun,"jawab Nadra.

Semakin besar persoalan Emir dibuatnya. Apa yang terjadi di antara Nadra dan Nayla?

"Abang nak pergi rumah papa ke? Kalau nak Nad nak siapkan pakaian abang dulu,"

"Kenapa tak nak pulak? Bapak mertua aku ajak, mestila aku kena pergi,"jawab Emir.

Dia perlu pergi untuk cari tahu apa yang terjadi antara isterinya dan Nayla. Dan dia perlu tahu apa yang mengganggu fikiran Nadra tentang Nayla.

⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

Suasana makan malam di kediaman Tuan Bakri sunyi. Hanya suara sudu dan garfu yang saling berlanggar dengan pinggan kaca sahaja yang kedengaran. Naim memandang ke arah Emir dan Nadra, kemudian ke arah Nayla dan papanya.

"Macam mana investment yang papa tany haritu, Mir?"tanya Tuan Bakri memecahkan suasana.

"Emir dah serahkan dokumen dekat PA papa, Encik Sofian,"balas Emir.

"Bagus,"

Nayla menatap Emir. Lalu memandang Nadra di samping lelaki itu yang hanya diam memakan makan malamnya.

"Macam mana you boleh terfikir nak pinang Nadra, Emir?"soal Nadra.

Emir menghentikan pergerakannya lalu menatap wanita dihadapannya.

"What do you mean?"

"I mean, macam mana you kenal Nadra? Selama ni, papa tak pernah publish pun Nadra dekat mana-mana media, even dekat our investor,"ujar Nayla.

Naim sudah resah. Mampus Emir! Gumamnya dalam hati.

"I kenal melalui...."

"Im yang kenalkan. Emir pernah nampak gambar family kita dekat laptop Im masa kitorang deka US dulu,"potong Naim.

INVISIBLE STRINGWhere stories live. Discover now