seminggu kemudian
Dataran Alpine
"lamanyer..aku dh la tak sarapan pagi tadi, disuruhnya berdiri perhimpunan dekat sejam tak larat laa" kataku mengadu ke intan yg berdiri di depanku. Pengetua takde memang takde lah yang suruh duduk."kau ingat kau sorang je ke? Kaki aku pun dh lenguh tau" balas Intan
Aku tengok sekeliling, banyak yang pasang muka tak puas hati.
'aduh, kenape pulak perut aku nii' tangan memicit-micit perutku yang tiba2 memulas.
"intan, aku gi tandas jap, perut aku sakitlah"
"nak aku teman kau tak?"
"takpe,aku pergi sendiri"
"betul ni?"
"haah"aku pun keluar dari barisan kelasku laju menuju ke salah seorang pengawas perempuan.
"akak, saya nak ke tandas kejap."
Kataku kepada pengawas tersebut." ok, jom saya temankan"
"ok" Untuk makluman semua, akak tu form 6 jadi sesuai lah panggilan akak untuknya.
" akak tunggu luar boleh? Saya nak buang air besarlah"
Berkerut dahi pengawas perempuan bernama Aini (aku tengok nametag dia) tersebut memikirkan perkataanku. Yalah kalau dia masuk sekali, dia tercium something kurang menyenangkan dia sendiri juga nanti tidak selesa, aku apalagi, malulah.
Maklumlah jamban sekolah kita orang jenis cubicle dinding tak sampai ke syiling, luar jamban ada sinki dengan cermin besar macam tandas awam tulah.
"adik masuklah, akak tunggu dekat pondok tu" lambat dia bersetuju.
*****
"akak, dh jom"ujarku
" kamu pergilah ke kelas kamu, perhimpunan dh bersurai " katanya.
Kulihat semua pelajar dh keluar dari barisan kelas masing2 dan aku lalu bersetuju dan berterima kasih kepadanya. Sedang aku berjalan menuju ke kelasku, perutku terasa memulas lagi, aku pun bergegas ke blok tingkatan 4 tempat toilet tadi memandangkan ia masih dekat berbanding blok kelas ku.'haih, takde pulak..duduk kejaplah' aku duduk di pondok tempat akak td dengan perutku yang masih rasa tak selesa.
Aku memandang sekeliling ,murid2 yang mula beredar dari perhimpunan td sudah pun masuk ke kelas masing2. Cuma masih ada guru dan pelajar yang keluar masuk blok bilik guru bertentangan dengan blok tingkatan 4 dan pondok tempat aku duduk berada d tengah2 2 bangunan tersebut.
Sedang aku memerhati orang yang lalu lalang, mata aku tertacap pada sosok tubuh yang muncul menuruni tangga. Badan tinggi, rambut disisir kemas, memakai pakaian serba hitam. Dia senyum ke arah pelajar yang menyapanya menyerikan lagi wajahnya yang sememangnya tampan itu. Mak anak mak cairr. Ye, itu Sir Emir. Aku tengok dia semakin mendekat dan kami pun ber eyes contact. Alamakk, aku melarikan anak mataku ke bawah kakiku, ni bukan masa yang sesuai berjumpa dengannya.
"Annell... "belum habis namaku dipanggilnya aku pun memecut masuk ke dalam toilet balik meninggalkan bunyi pek pek.
'Aarghhh malu nyer !!! Jeritku dalam hati. Taknak sekolah!.. Kenapa masa aku sakit perut dia ada dekat situ!!! Dia dengar ke tak eh?? Menstilah dia dengar dh la dekat, bunyi tu kuat jugak. Dia masih ada dekat situ ke? Rasanya takde kot sebab bunyi loceng waktu mengajar dh berbunyi td.
'Harap2lah dia dh masuk kelas yang dia ajar' Kataku yang masih mundar mandir di toilet selepas melalukan apa yang patut. Tapi, takkan aku nak duk sini je. Keluar jelah.. '
'Ah..sudah, dia masih lagi di situ'
'act fools Els, dia ralit main handphone tu, kau jalan cepat sikit masa lalu dekat dia'. Kataku dalam hati lalu mempercepatkan kakiku."Annelsy" panggilnya.
Huhh! baru aku nak bersorak selepas berjaya melepasinya, dia boleh perasan pulak.
"ya?" aku menoleh ke belakang
"kenapa ni? sakit perut?" soalnya.
'Dia straight to the point pulak dah.' Tau la aku yang dia dengar tadi. Tell me people muka aku nak letak mana? Tak boleh ke dia jaga maruah aku. Jatuh maruah aku sebagai gadis ayu. Depan crush sendiri pulak tu. Dugaan apakah ini. '
" hei, kenapa diam, cikgu tanya ni"
" haa? aaaaa..ya" teragak-agak aku jawab sambil mengangguk kepala.
" sakit lagi ke? "
" dh ok sir"
" tu yang tekan perut tu kenapa? " dengan cepat aku mengalihkan tanganku ke belakang lalu tersengih
"ada ubat sakit perut tak? " kepala ku gelengkan
" jom saya hantar kamu ke bilik sakit. Kat sana ada ubat" belum sempat aku membantah, dia dh berlalu. Aku membututi dia memasuki aras bawah blok bilik guru yang menempatkan ruang pentadbiran sekolah.
Kami memasuki satu bilik yang berpintu cermin di mana di situ ada 4 buah katil dan tirai sendiri. Pintu dibiarkan terbuka luas
"Tunggu sekejap" Sir Emir meneroka kabinet yang ada di situ dan meneliti ubat-ubatan yang ada. Setelah menemukan ubat yang dicari dia mengambil satu botol mineral water yang tersedia di situ dan menelitinya lagi. Aku hanya memerhati dari tepi.
" Nah, awak makan ubat ni dan rehat sekejap di sini. Baringlah mana2 katil awak nak, saya nak masuk kelas" Dia menghulurkan aku satu tablet ubat dan botol air tadi.
"baik sir" balasku.
"Dh ok nanti awak boleh masuk kelas terus" aku mengiyakan lagi. Lantas dia pun keluar sambil menutup pintu. Aku ke katil hujung sebaris dengan pintu lalu baring selepas makan ubat td. See y'alls? Betapa caringnya dia. Kalau korang ada di tempat aku, korang pun akan suka dia. Tapi dia aku punya.hehe.
YOU ARE READING
Dia Untukku (that smile..)
RomanceSynopsis will come later if i can think of a decent one. ---------------------------------------------------------------- Try bacalah dulu 🥺 kalau suka boleh share 🤗🤗 by : mimpicha Fun fact : masa nak buat sinopsis, I ended up making a chapter s...