Chapter 18

3 0 0
                                    

" Els, kau dengan Sir Emir ada ape2 ke? " tanya Intan kepada Els yang sibuk membaca buku rujukannya.

"Ape yang ape2? " sol Els balik tanpa memalingkan mukanya ke arah Intan.

"yelah dari Isnin haritu ni dah masuk Khamis, kau diam je masa kelas Sir Emir tak macam selalu. Sebelum ni kau bukan main seronok tanye soalan itulah inilah. Kenape? Sir Emir reject kau lagi ke? " Dari awal lagi Intan dah perasan perubahan sikap Els, tapi tiap ada masa, boleh pulak dia lupa nak tanya.

Muka Intan ditenung Els. Pandai pulak minah ni meneka bisik hatinya.
"haah" Buku rujukan yang dibacanya tadi ditutup. Hilang moodnya untuk membaca.

" betul ke weyy. Habis kau okay ke ni? Jangan kerana patah hati kau abaikan pelajaran. SPM seminggu lagi. Masa depan kau ingat. "

Muka Intan ditenung Els kembali dengan muka tak percaya. "Agak-agaklah. Terabai apanyer. 2 tahun dah belajar untuk SPM takkan tak boleh pakai. 1 minggu tu pun paling2 untuk imbas balik je" Apelah dia ni.

"Habistu kau dah move on belum? "

"on the way" tu je yang boleh dijawabnya.Tidak senang untuknya move on. Oleh itu Els tidak ingin memandang wajah Sir Emir kerana takut akan perasaan cintanya masih utuh mencintai walaupun sudah ditolak berulang kali. Dia tidak ingin dirinya terpalit emosi menyebabkan dia bertindak melulu lalu menambahkan lagi perasaan benci Sir Emir padanya. Biarlah perasaan cintanya memudar seiring waktu.

*********

" Hooray!! " Semua pelajar kelas Daisy bersorak gembira selepas keluar dari dewan peperiksaan.Hari ini merupakan last paper SPM mereka.

Cikgu Harris tersenyum melihat telatah anak muridnya dan memberi hi-five kepada mereka. Paper BM yang diajarnya dari mula lagi dah habis tetapi beliau telah berjanji sebaik sahaja habis SPM, kelas mereka berpakat untuk mengadakan jamuan majlis perpisahan. Jadi terpacaklah muka kacaknya di luar dewan peperiksaan.

"ok tak paper prinsip akaun tadi? " tanya Cikgu Harris kepada anak muridnya. Ada yang mengiyakan, mengangguk, dan ada juga yang tersengih.

" ok kot cikgu" jawab Jerome.

" kenapa pulak kot? Tu yang tersengih tu kenapa? " tanyanya pelik.

" hehe, soalan tadi susah cikgu, jagi saya gorenglah" jawaban Aiman membawa gelengan dari Cikgu Harris.

"goreng pun gorenglah Aiman mana tau boleh beri markah, jangan tinggal kosong sudah. "Sebagai guru kelas, dia sedia maklum akan kelemahan setiap muridnya. Semua pihak telahpun bekerja keras termasuk pelajar sendiri jadi apa-apa keputusan nanti mereka terima dengan hati yang terbuka.

*******

Kawasan foodcourt berhampiran pantai tempat mereka pergi dulu menjadi pilihan untuk makan malam majlis perpisahan kelas. Selepas memarkirkan kenderaan masing-masing, Els, Nana, Intan dan Wawa berjalan beriringan menuju ke foodcourt.

" Korang sambung belajar dekat mana lepas SPM? " aju Els kepada 3 orang lagi rakannya.

" Kalau aku nak pergi medical school kalau result okay, mama papa aku pun sokong. " sahut Wawa.

"kalau kau kitorang yakin result bagus. Aku kalau tak uni tempatan, aku ambil STPM" kepala Wawa dipaut Intan dari samping disatukan dengannya.

" Aku rasa nak ambil STPM jer, kau pulak Els? " sahut Intan pulak.

"Aku pun either STPM or Uni tempatan, rasa taknak je tinggalkan tempat ni"

"Jadi Wawa sorang je lah yang confirmed belajar jauh. Sedihla.. Cepatnya masa berlalu" sungul muka Intan mengenangkan masa sekolah mereka bermula 2 tahun yang lalu.

" Nak buat macam mana. Semua demi masa depan kita sendiri" kata Els.

"kau jangan nangis eh, nanti tudung aku kena hingus kau. Tengok tu orang tengok pelik dengan kau tak lepas2 kepala aku. " kalau si Intan dah buat perangai, semua mereka mesti akan pasrah. Dia bukannya dengar cakap tambah pula dengan muka tebal seincinya.

" aku sedih, dorang apa tau" balasnya yang tak pernah hiraukan mata2 yang memandang.

" guys, guys tengok siapa sebelah Sir Harris tu. " Arah Nana kepada kawan2nya. Mereka sedikit terkejut melihat gerangan sebelah Cikgu Harris lantas pandangan Wawa, Intan dan Nana beralih kepada Els. Els dapat membuat muka normal selepas sedikit terkejut. Kalau Intan boleh hidu ada yang tak kena antara Els dengan Els dengan Sir Emir, begitu juga dengan Wawa dan Nana. Jadi Els nak tak nak kena menceritakan kisahnya dengan Sir Emir dari A to Z kepada mereka.

"buat biasa je korang. Macam korang tak tau pulak yang Sir tu rapat dengan kelas kita. Cikgu Harris ajak dia join sekali lah tu. " kata Els seolah tidak berperasaan. Yang tu luaran je, dalam hati siapa tau.

Dia Untukku (that smile..) Where stories live. Discover now