Kabus menyelubungi segenap ruang sebaik sahaja mereka masuk.
"Pap!!" bunyi pintu masuk ditutup kuat
"ihhihihiii"
"Intannn, takutlah,jom patah balik" terkaku Nana di situ menarik lengan baju Intan. Wawa dan Els yang di belakang merapati Intan dan Nana di depan. Dalam pada takut, mata keduannya masih curious memandang sekeliling.
"kau tak dengar ke apa abang tu cakap, pintu tu auto lock, kita belum jumpa kunci lagi macam mana nak keluar"
Ruang yang sedikit gelap itu memiliki lakaran seperti monster menyeramkan dengan cermin besar mempunyai retakan tersandar di dinding. Sarang labah2 buatan memenuhi setiap sudut ruangan tersebut. Di sebelah cermin ada sofa usang di mana ada rangka manusia jadian duduk menonggeng di situ.
" Tu ada arrow menunjuk ke arah sofa tu" kata Els kepada rakan-rakannya.
"kat mulut skeleton tu macam ada something, aku ambil jap mana tau clue". Nana, Els dan Wawa cepat-cepat ikut Intan ke arah sofa usang tersebut.
"ishh kau ni,janganlah main tinggal je" marah Nana.Sedang Intan menarik benda dari mulut skeleton tu, tetiba..
"pakk"" aahhhhhhhh" semua menjerit lalu bersembunyi di belakang Intan yang hanya terhenjut bahunya mendengar jeritan mereka bertiga. Mana taknya mereka menjerit,tangan skeleton yang elok terletak di penyandar sofa tiba2 jatuh ke tangan Intan.
Intan memusingkan badan ke belakang melihat ketiga kawannya yang terketar-ketar menunduk.
" Apalah korang ni,tu pun takut, ni kertas dalam mulut skeleton tu" tayang Intan kepada rakan rakannya.
"dia cakap move on,jomlah" Nana, Els dan Wawa mengangguk laju.Dah macam burung belatuk pulak Intan tengok. Mereka pun berjalan maju ke depan. Wawa yang berjalan di belakang terasa ada something di belakang mengekori mereka. Dengan perlahan ada tangan hitam mendarat di bahu mereka."IntanNnN... "
"NanAaAa.. "
Terketar suara mereka memanggil dua orang di hadapan. Nana dan Intan menoleh ke belakang sebaik sahaja nama mereka diseru. Muka keduanya kelihatan terkejut dengan Nana berubah takut lalu merapatkan lagi tubuhnya dengan Intan sambil menunjuk ke arah belakang Els dan Nana.
"mmbakkk kkuntiiii"
Els dan Nana memandang seram antara satu sama lain lalu membuat kesepakatan melalui mata.
Kedua2nya perlahan2 memusingkan kepala ke belakang. Kepala hitam terjengul antara mereka berdua dengan tangan bersarung putih yang masih memegang bahu mereka.
Lantas tangan mereka laju menyambar kepala hitam tersebut. Mereka merasakan kepala yang disambar terlerai dari pegangan mereka. Mereka berulang alik memandang ke tangan mereka dan kepala tadi lalu terdiamm sejenak.
"arhhhhhh mbak kunti botakkk"
Keempat2 mereka berteriak terus berlari meninggalkan tempat itu tadi dengan rambut mbak kunti masih di tangan Wawa dan Nana kerana rambut mbak kunti yang kusut itu susah dilepaskan dari tangan.Selepas berlari mereka sampai di pintu yang ditutupi 2 kain putih. Naik turun dada mereka selepas berlari sekuat hati. Jauh juga tempat tadi nak sampai kat pintu tu.
"Nak balikkk" rengek Nana yang bersedia mahu menangis.
"Menyesal kitorang ikut kau masuk" kata Els. Wawa pula memberi jelingan maut kepada Intan.
" Lepas pintu ni, dekat la pintu exit tu" kata Intan cuba menenangkan kawan2 nya.
"kalau tak dapat kunci macam mana?" tanya Wawa.
" dekat pintu exit tu ada suis untuk orang yang tak dapat cari kunci. Tapi kena tunggu 3 minit la baru diaorang buka pintu tu. "
" kau kan pernah datang sini, jadi kau tau la dekat mana kunci"
"Tak, sebab.. clue untuk tempat kunci berbeza setiap masa dan masatu aku tak jumpa kunci"
"Intann...takkan nak lama2 dekat sini" rungut Wawa.
" sebab tulah aku nak cari kunci. Dah jom masuk"
Intan yang mendahului menyelak kain yang menjadi pintu itu diikuti Nana, Els dan Wawa sambil bergandengan tangan. Terkejut beruk mereka dengan apa yang ada dekat situ.
YOU ARE READING
Dia Untukku (that smile..)
RomanceSynopsis will come later if i can think of a decent one. ---------------------------------------------------------------- Try bacalah dulu 🥺 kalau suka boleh share 🤗🤗 by : mimpicha Fun fact : masa nak buat sinopsis, I ended up making a chapter s...