Chapter 8

1 1 0
                                    

Indahnya ciptaan Tuhan. Dari jauh kelihatan Sir Emir berdiri tepi pagar menyambut kedatangan pelajar sekolah. Harini dia pakai kemeja putih lipat setengah lengan trouser navy. Perghh.. boleh imagine tak macam mana? Berdup dap dup dap jantung tengok Sir Emir yang hot tu. Dah macam model pulak dia berdiri dekat situ.

Turut juga di situ pengawas sekolah yang ditugaskan setiap pagi di pagar sekolah untuk menjaga disiplin pelajar lainnya. Seorang pengawas perempuan bersebelahan dengannya manakala 2 orang bertentangan seorang perempuan seorang lelaki. Teringat pula dengan kejadian 2 hari masa aku sakit perut.

'Kenapalah dia ada masa tu, kalau tak, boleh aku control ayu sikit depan dia masa ni. Haihh..nasib2 kenapalah buruk sangat' omel Els dalam hati.

Tiap pagi mesti tak sah kalau tak mengeluh. Rasa bersalah pula, memang kurang bersyukur diri Els rasa.
"I'm sorry God. I'm thankful that I'm alive for another day" doaku.

'Macam mana aku nak bersemuka dengan dia ni?malu nya masih terasa..kemarin okay lagi sebab takde waktu dia mengajar' fikir Els. Sedang aku berjalan sambil memikirkan hal tersebut, boleh pulak kaki ni tersadung kat besi pagar sekolah. Berjalan sambil otak ke lain, besi yang sememangnya dari dulu dekat situ pun boleh buat tersadung. Tubuh aku dah rasa jatuh ke depan nak terhempap pengawas perempuan dekat depan aku ni. Pengawas perempuan tu dengan cepat ambil selangkah kebelakang,tangannya pula memegang kemas kedua tangan yang terangkat mencari tempat berpegang. Nasib dia sempat sambut aku, sikit lagi lututku nak terkena tanah.

'Scene apa pulak ni' *menangis dalam hati*.
Buat malu kumpulan lah kau ni Els. Nak merungut pun tak boleh sebab tadi baru je minta maaf takkan nak mengeluh lagi. Tapi power juga pengawas ni dapat sambut aku, dia ambik taekwondo juga ke?' Sempat juga aku tertanya dalam hati.

"Terima kasih" ucapku sambil menarik tangan mahu berlalu pergi. Tetapi tanganku masih dipegang kemas olehnya.
'kenapa pulak pengawas ni pegang lama-lama' Creepy pula rasanya.

' Dia nak marah aku sebab nak rempuh dia ke? Takkan sempat loading kalau nak marah'
Muka pelik ku tayang kepadanya.
" Tengok kuku" arahnya.
"oh" Els Els, cepat sangat kau buruk sangka. Maaf kupinta darinya dengan suara sekecil nyamuk. Harap dia dengarlah. Dia melepaskan tanganku selesai tengok kukuku yang pendek itu.

Aku mengucapkan selamat pagi kepada Sir Emir yang berdiri berlakang sikit dari pengawas itu dengan berjalan sambil menunduk. Takde muka aku nak tayang dekat dia dengan semua kejadian memalukan yang aku buat sendiri.

****

" Morning, class" sapa Sir Emir. Lupa nak bagitahu, Sri Emir ajar English untuk kelas aku tahun ni.

" Good morning Sir" balas semua pelajar kelas 5 Daisy.

" Lets continue with presentation we did last week. 5 more to go right? "

" Yes sir".Mereka yang buat pembetangan memulakan pembentangan mereka seorang demi seorang di depan kelas manakala Sir Emir duduk di belakang kelas. Setelah selesai kesemua presentation tersebut Sir Emir kembali berdiri semula kat depan.

" A lot of you are confident presenting your work which is very good except for a few students. I hope those students can be more confident because there is nothing to be afraid of. Wether the feedback good or bad, its something that you guys have to learn from bla bla bla.. "

Lain pula harini dengan hari-hari lain waktu Sir Emir. Kalau dulu-dulu masa Sir Emir ajar Annelsy lah yang paling bersemangat mendengar tapi kalini dia tak boleh fokus. Annelsy melemparkan pandangan keluar tingkap. Di luar tidak jauh dari blok Tingkatan 5 terdapat kebun sekolah yang penuh dengan tanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan.

Melihat suasana kehijauan menenangkan itu membuat Annelsy terbuai hingga dia tidak mendengar ada orang memangilnya. Sebelum ni mana pernah dia nak menghargai keindahan alam itu. Tangannya di atas riba terasa digoncang.

"huh?" Annelsy menoleh ke arah Intan di sebelahnya. Intan membuat mata menyuruhnya memandang ke depan.

"Dari tadi Sir panggil kau tu" bisiknya. Pandangan Annelsy ditumpukan kehadapan. Sepasang mata memandang tepat ke arahnya. Gulp.

"yes Annelsy? What are you daydreaming about? Or does outside much more interesting than my teaching? " seram Annelsy dibuatnya.

"er.. no Sir, i'm sorry Sir" dah kena tangkap basah kena cepatlah minta maaf. Sir Emir menggeleng lalu melanjutkan pengajarannya. Huhh, nasib lepas.

" i have mark all your essay,rewrite it again with corrections and share it with your friends. I want all of you to learn from each other like how others do their essay to broaden your knowledge especially from Najwa so you guys can do better next time. Thats all for today". Semua berdiri.

"Thank you Sir"

"Hmm." Sebaik Sir Emir melangkah keluar Annelsy duduk lalu menghembus nafas.

"haaa... "

" kau ok ke ni? " tanya Intan.

"ok" Annelsy jawab sepatah. Dengan Annelsy yang tidak berenergy seperti selalunya membuat Intan diam sejenak untuk berfikir cara untuk mengembalikan Annelsy yang selalu bersemangat.

" Nana, Wawa pandang sini jap" kedua mereka memalingkan muka mereka ke tempat Annelsy dan Intan di belakang mereka.

" Habis sekolah hari Jumaat kita lepak nak? Dah lama aku tak keluar rumah jalan-jalan, kalau keluar pun pergi sekolah. Kawan kita yang seorang ni pun macam dah takde semangat aku nampak. Macam mana, on tak on? "

" Okay" Wawa dan Nana bersetuju.

"Els? "

" on, tapi balik rumah dululah mandi, taknak aku pakai uniform sekolah jalan-jalan."

" Deal. Nanti kita kumpul kat sekolah lepastu gerak sama2."

"okay"

Dia Untukku (that smile..) Where stories live. Discover now