Beep Beep
Sebuah kereta perodua alza berwarna putih berhenti di salah satu rumah teres 2 tingkat yang mengadakan rumah terbuka untuk bersama-sama meraikan perayaan Hari Raya .Terdapat ramai remaja lelaki yang berada di situ memeriahkan lagi suasana pada petang itu. Sejurus kemudian muncul 2 remaja lelaki yang tak tumpah antara satu sama lain menuju ke arah kereta. Seorang kanak2 perempuan diam2 memerhati setiap kelibat manusia di rumah tersebut dan tiba-tiba matanya tertacap pada salah seorang remaja lelaki yang sedang seronok berborak dengan remaja lain sambil ketawa. Mata remaja lelaki itu tertumpu ke arah kereta dengan sisa senyumannya seketika selepas hon berbunyi sebelum memalingkan kepala kepada remaja lain di sebelahnya.
Dup dap dup dap dup dap
Jantung berdegup laju selepas menerima panahan mata lelaki itu yang seakan mengenainya. Dia berasa gelisah.
"Cass, yang baju merah tu siapa nama dia?"
tanya seorang budak perempuan berumur 10 kepada salah seorang abangnya.
" Mane? Kau ni belum sempat aku masuk kau dh tanya macam2,at least biar aku duduk tutup pintu kereta ni dulu, panaslah kat luar tu" marah abangnya.
" alah..cepatlah, siapa nama dia? "
"menyibuklah kau ni"
" Ian? " Dia menoleh ke abangnya yang seorang lagi.
"manalah abang tau Anne oii.punyalah ramai yg pakai baju merah dekat situ."
" tu yang duduk dekat meja tu.." belum sempat dia menunjukkan tempat orang yang dimaksudkan,kereta dah pun bertolak meninggalkan rumah tersebut.
"kau ingat sorang je ke yang duduk kat situ. Kau ni dh kenapa Anne, jangan2!! Mummyymphmm" dengan cepat budak perempuan yang dipanggil Anne itu menutup mulut abangnya hasil tindakan refleksnya kerana kalau abang2nya memanggil mummy mereka begitu pasti ianya akan menjadi hal yg membawa omelan dari mummy mereka.
" abang ni kenape" marahnya seraya melepaskan tangan dari mulut abangnya.
" Anne jatuh cinta dengan lelaki baju merah tu ke ? "
" eeee budak kecik pandai jatuh cinta" tambah abangnya yang seorang lagi.
"cinta? Cinta apa Cass? Ian? " dia menoleh ke kiri lalu ke kanan.
Ek!
YOU ARE READING
Dia Untukku (that smile..)
RomanceSynopsis will come later if i can think of a decent one. ---------------------------------------------------------------- Try bacalah dulu 🥺 kalau suka boleh share 🤗🤗 by : mimpicha Fun fact : masa nak buat sinopsis, I ended up making a chapter s...