Kringggggg
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Els dan 3 orang kawannya mendapatkan tempat duduk di meja biasa mereka di kantin.
" Guys, aku decide nak confess hari ni . Korang ikut aku cari Evan nanti" kata Nana.
Evan, crush Nana merupakan pelajar Tingkatan 6 memegang jawatan Ketua Pengawas sekolah memang popular dalam kalangan pelajar perempuan dari dulu lagi. Siapa yang tidak kenal Evan yang dulunya atlet sekolah dan antara top pelajar setingkatannya memang dianggap seperti katak bawah tempurung. Bahkan geng nerd pun minat dekat si Evan tu apa lagi Nana. Full package la katakan.
" yeayy, boleh saksikan love coffesion live" Els dan Intan bersorak.
" hmm, tapi korang tengok jauh sikit la.. nanti dia malu pulak nak terima"
"yakin ke kau yang dia akan terima?"
" yelah, dia prince charming aku, bila-bila aku perlu dia selalu ada, korang ingat tak aku pernah cerita kat korang masa motorsikal aku rosak dia tolong aku, bonceng hantar aku balik rumah. "
" Mama aku pun macam berkenan dengan dia sebab ibu dia kawan mama aku,selalu la tengok dia dengan ibu dia. Sebagai anak, kita kenalah tunaikan hajat seorang ibu. "
"yelah"
Selesai makan 4 sekawan itu pun meronda kawasan sekolah mencari kelibat Evan.
"haa tu pun dia" kelihatan dari jauh Evan bersama seorang pengawas perempuan berjalan sambil masing-masing membawa timbunan buku.
"aku tegur dia dululah kata nak jumpa" kata Nana yang berhenti lantas meneruskan lariannya.
" Nana kejaplah" pinta Intan yang sudah termengah-mengah. Els, Intan dan Wawa kembali berlari mengikuti Nana tanpa melihat Nana yang sudah berhenti lagi.
"bukk" mereka melanggar Nana yang berdiri tegak di hadapan lalu terduduk di lantai. Apa yang cantiknya mereka jatuh duduk bersimpul kecuali Nana yang tersungkur.
" Aduh, kau kenapa Nana berhenti tanpa signal" marah els.
"hahahaha" semua pelajar yang ada di situ mentertawakan mereka.
"Eh, kenapa pada duduk kat lantai ni? " kata suara yang sangat dikenali Els iaitu Sir Emir.
" Mereka ni bunga nak tunggu kumbang petik cikgu" suara sumbang kedengaran di situ, siapa lagi kalau bukan si Laila perempuan kepo kelas sebelah.
"hahahahaha"
Nana yang tidak menjawab soalan Els tiba-tiba berdiri.
"balik kelas" katanya lalu berlari meninggalkan mereka. Els, Intan dan Wawa bepandangan sesama sendiri blur demgah tingkah Nana, berdiri lalu berlari mengikuti Nana. Sempat juga mereka meminta maaf kepada Sir Emir ysng berada di situ.
Sesampai di kelas mereka mendapatkan Nana berpeluk tubuh melihat ke luar jendela.
"kau kenapa ni Nana, kata tadi nak confess ni kenapa balik kelas pulak? " tanya Els.
"Malu tau tadi jatuh depan orang ramai sebab langgar kau yang berhenti tiba-tiba" Wawa pula bersuara.
" dengan Laila lagi minah senget tu mengeruhkan lagi keadaan" celah Intan.
"memang kelaut imej ayu aku depan Sir Emir" keluh Els yang sedetikpun tidah pernah melupakan Sir Emir.
Ketiga-tiga mereka berpandangan sesama sendiri setelah melihat Nana yang masih diam."kenapa ni Nana? " kini Wawa pulak menanya.
"korang tak nampak ke tadi? " soal Nana kepada mereka.
" Nampak apa? " tanya mereka serentak.
"korang tak nampak ke tadi yang Evan ikatkan tali kasut pengawas perempuan tadi tu, lepastu boleh pulak dia selitkan rambut perempuan tu ke tepi telinga eee geramlah"
"kenapa dia boleh buat macam tu dekat perempuan lain, dia khianat cinta aku weyy" luah Nana kecewa.
"diorang buat macam dunia ni milik berdua, habis aku ni pepohon bunga nak mengindahkan lagi permandangan? "
"sakitnya tuh disini" kata Nana sambil tangan menunjuk ke arah hatinya. Ah sudah.
" alaa Nana, baguslah kau tau awal dia ada someone, tak kau malu kena reject" pujuk Intan
"ishhh geram aku, aku dah suka dia lama kot, siap bagi hint lagi,boleh pulak dia dengan perempuan lain"
"tulah jangan confident sangat, Evan tu aku tengok dengan semua orang dia baik, kalau kau dengan dia tak ke makan hati kau nanti? Bukan tak boleh baik dengan orang, tapi kenalah berpada2, nanti people will get wrong idea, macam kau nilah" omel Intan.
" kenapa nak perli aku pulak, nak cari partner mesti cari yang elok akhlaknyer. " Nana mempertahankan diri.
"Jadi, kau nak terus suka dia lah? " soal Wawa
"ishh kau ni, takkan aku nakkan orang punya pulak? Thats not me okay"
"baguslah kalau macam tu"
"tapi aku masih sedih la, cinta aku terkubur macam tu je"
"takpe, janji kau move on" Els dan Intan menepuk bahu Nana.
YOU ARE READING
Dia Untukku (that smile..)
RomansaSynopsis will come later if i can think of a decent one. ---------------------------------------------------------------- Try bacalah dulu 🥺 kalau suka boleh share 🤗🤗 by : mimpicha Fun fact : masa nak buat sinopsis, I ended up making a chapter s...