Flashback
6 months ago" Cass, Ian belikan mummy barang mummy ni di supermarket dekat jalan besar sana tu. Mummy nak buat kek lapis dan conflakes. Kalau ada tetamu nak bertandang ke rumah rayakan tahun baru boleh mummy hidangkan ni.Takkan nak bergantung dengan biskut yang dibeli jer. "
"Okay, mummy" jawab Aaron dan Brian serentak." Ni RM300, cukuplah ni. Lebihnya,kamu berdua guna untuk beli apa yang kamu berdua nak."
"Mummy, nak ikut abang boleh?nak beli aiskrim" ku kedip2 mata tayang muka seposen.
"Pergilah, boleh kamu tolong abang2 kamu carikan barang"
" yeay" kita tanya direct ke mem besar, kalau tanya ke abang2nya memang sah tak lepas. Budak kecik tak boleh ikut ke tempat macam tu kata mereka nanti sesat. Diaorang cakap tinggi aku macam budak sekolah rendah. Pendek dari diaorang memanglah, tapi aku cukup tinggi untuk kaum perempuan takde nyer sam budak sekolah rendah.
Kami menunggang dua buah motosikal. Aku dibonceng oleh Aaron. Semasa dalam perjalanan menuju ke supermarket,Aaron dan Brian dengam tiba2 memberhentikan motosikal di luar gate sebuah rumah.
"kenapa berhenti kat sini? " aku menyoal pelik.
" Ian cakap ada benda dia nak ambil dekat sini, turunlah" aku yang sedang turun dari motosikal tidak melihat Aaron menghantar signal ke Brian.
" haah, Anne sinilah" Brian menarikku menghadap depan gate sebelum menekan loceng rumah.
Gate terbuka perlahan, dapat dilihat seorang wanita keluar dari pintu rumahnya membawa bakul berisi sampah. Tubuhku tiba-tiba ditolak masuk ke perkarangan rumah itu menyebabkanaaku terjerit kecil. Aku toleh ke belakang. Aaron dan Brian sudah start motor mereka lalu berlalu.
"Adik kenapa kat sini?" tanya makcik yang suda menghampiriku
"ha? Hmm mm err" terasa naik suhu badanku akibat nervous. Nak cakap apa ni. Abang2 aku ni kalau sehari tak buat hal memang tak sah.
" ha? Auntie tanya kenapa kat halaman rumah auntie?"
" ha? anu.. " cuak aku nak jawab apa tiba2 masuk halaman rumah orang.
'fikir Els, cepatlah fikir takkan nak berhmm ha err je' kataku dalam hati. Aku memandang ke sekeliling. Hah pokok rambutan.
"rambutan auntie"
"ha? Rambutan? Kenapa dengan rambutan?"
"Nak beli rambutan auntie ni. Nampak sedap saya tengok dari luar, tu yang masuk sini nak beli, hehe" ku garu kepala yang tak gatal. Rambutan pun rambutanlah, janji tak nampak macam nak menceroboh.
"oh..rambutan ni Auntie tak jual, nak bagi anak2 dan cucu2 Auntie makan bila mereka balik nanti."
"tak jual eh? "
"kenapa? Nak makan sangat ke? Takpelah nanti Auntie jolokkan bagi kamu selepas buang sampah ni"
'Ishh, kamu ni kenapa Els nak confimkan bagai,cakap okay je takdenyer kamu memanjang awkward dekat sini' gerutuku dalam hati lagi.
" Adik nama apa? " tambahnya
" Annelsy Auntie, boleh panggil Anne je"
"ow.. nama Auntie, Diana..kamu panggilah Auntie, Auntie Diana. "
"Okay, Auntie Diana"
*****
" Nah, ni rambutan kamu"
Diberinya plastik hitam sederhana besar penuh dengan rambutan." Berapa ni Auntie?"
"Takpelah, ni Auntie bagi free" katanya.
" Eh mana boleh macam tu Auntie" aku mencari2 duit di kocek seluar. Kiri kosong kanan handphone.kocek di belakang pun kosong. Aku mane ada duit. Duit semua dekat Aaron.
YOU ARE READING
Dia Untukku (that smile..)
RomanceSynopsis will come later if i can think of a decent one. ---------------------------------------------------------------- Try bacalah dulu 🥺 kalau suka boleh share 🤗🤗 by : mimpicha Fun fact : masa nak buat sinopsis, I ended up making a chapter s...