Chapter 11

1 0 0
                                    

Terketar kembali tubuh Els, Nana dan Wawa kerana merasa takut. Terdapat valak di tengah2 hantu cina yang tangannya kedepan berdiri di situ seperti menjaga peti harta karun atas meja di hadapan mereka.

"mmmm mmm" Nana sudah menangis sambil mengemam bibir.

"shhh, jangan nangis..kau nak ke hantu tu dengar kau buat bising terus mereka ikut kau ke? "

Nana menggeleng dan dengan sedaya upaya berhenti menangis. Intan ingin menuju ke meja tersebut tetapi tidak dapat bergerak kerana Nana memegang erat tangannya tidak menginginkan Intan pergi.

"Lepas,korang tunggu sini sementara aku ambil clue dekat peti tu" Intan melepaskan pegangan tangan Nana lalu menuju ke peti depan hantu2 buatan manusia itu. Nana memegang erat lengan Els selepas tangannya terlerai dari tangan Intan. Peti yang cuba dibuka Intan membunyikan bell yang bergantungan pada peti itu.

"ting ting"

"tap tap"

2 hantu cina itu bergerak kedepan ke arah Intan menyamai bunyi bell tersebut. Nana, Els dan Wawa yang terkejut dengan pergerakan hantu cina itu mengambil langkah mundur kebelakang. Kaki Wawa tidak sengaja menyepak bell di lantai yang entah bila berada di situ menyebabkan 2 hantu cina melompat sekali lagi ke arah mereka bertiga.

"mmm mm mmmmm" Nana menangis lagi sambil mundur lagi kebelakang bersama Els dan Wawa.

" ting ting ting"

Seorang demi seorang mereka tersepak bell di lantai.

"tap tap tap" 2 hantu cina itu mara kearah mereka mengikuti bunyi bell tersebut. Mereka mundur lagi sampai tersandar pada dinding.

"ting ting ting ting ting"

"tap tap tap tap tap"

Bell di dinding itu jatuh satu persatu menyebabkan hantu itu mara dan berdiri tepat di hadapan mereka seperti nak mencekik mereka.

"huaaaaaaa" mereka menggelupur di dinding dengan tangisan masing2 pecah.

"Intan.. Ss hiks selaamattkan hiks kkitorang huaaa" wawa memanggil Intan sambil menangis.

"sini tangan" Intan mencapai tangan Wawa lalu menarik mereka yang duduk dihimpit 2 hantu cina itu.

Wawa lantas berjalan itik keluar dari sisi selepas ditarik Intan diikuti Els dan Nana. 4 sekawan itu masih berpegangan tangan berjalan meninggalkan tempat itu dan seketika tangisan mereka reda setelah berjalan sedikit jauh.

Els, Nana dan Wawa menyerang Intan yang hanya beriak biasa tidak seperti mereka yang baru sahaja berhenti menangis. Bahu Intan dipukul oleh ketiga2 mereka.

"hahahhaa, kenapalah aku tak rakam korang dulu sebelum aku tolong tadi, dengan muka korang yang buruk menangis, boleh aku tayang dekat your future kids nanti, hahahahaha"
Sekali lagi Intan diserang oleh mereka bertiga.

"ouch ouch sakitlah" Intan menjarakkan diri
dari mereka.

"kau nak pergi mana?" ketiga2 mereka merapatkan diri kepada Intan.

"tau pun takut. Kat dalam ni aku je yang korang boleh harapkan tau. Jom cari kunci,clue cakap salah seorang dari mereka. Mesti kunci pintu ada pada salah seorang hantu kat sini."

Sedang mereka berjalan, terlihat seperti sesuatu bergerak di lantai. Intan mengecilkan mata mencuba mengenalpasti benda yang bergerak itu.

" Ada suster ngensot kat depan, aku nak check dia,korang nak ikut tak? "

"taknak!! Kitorang nak tunggu sini"

"betul ni?"

Ketiga2 mereka mengangguk.

Dia Untukku (that smile..) Where stories live. Discover now