Group Whatsapp English 5 Daisy
Akiel: Sir @emirb , kelas kitorang cadang nak pergi camping Sabtu ni sebelum Pecutan SPM bermula. Sir nak ikut tak?
Els: Ikutlah Sir, 1 malam je 🥺🥺
Jerome reply to Els: laju kau eh
Els: biarlah
Sabrina: yelah sir, bila lagi nak cipta kenangan dengan kitorang. Takde lagi sir nampak muka-muka kitorang tahun depan. Nanti kitorang rindu sir.
Intan: terutama yang sorang tu tu..
Sir Emir: dekat mana?
Akiel: dekat Sunrise Hotspring. Tempat tu kira 1 jam dari sekolah kalau tak jammed sangat. Cikgu Harris, Cikgu Kelvin , Cikgu Nazatul dan Cikgu Avey pun join sekali nanti.
Sir Emir: Hm, oklah. I haven't explore this place yet since i posted here last year. Are we gather there right away?
Akiel: No Sir, kita kumpul dekat sekolah dulu dalam jam 10 pagi kita berangkat sama2 pergi sana. Takut pula nanti ada yang sesat jalan.
Els: yeayy
Sir Emir: Noted
******
Selepas kedua2 abang Els balik universiti, Els hanya bertemankan mummynya di rumah. Tanpa 2 orang yang sering membuat kecoh memang sunyi rumah itu. Nasiblah malam ini bertambah sorang lagi kat rumah iaitu daddy Els husband kepada Mdm Roselle, Mr. Jerry. Daddynya itu masih posting di semenanjung semasa mummy dia berpindah ke Sarawak 5 tahun lepas untuk menjaga arwah neneknya yang sebelum ini dijaga oleh adik mummy nya.
Els tinggal di semenanjung 2 tahun bersama daddynya sahaja kerana abang2nya ikut pindah ke Sarawak. Selepas neneknya meninggal masa dia Tingkatan 2, dia juga ikut berpindah pada tahun seterusnya. Sebelum ni mereka sekeluarga tinggal bersama di semenanjung.
Suasana meja makan pun sedikit lively dari sebelumnya masa hanya dia dan mummynya sahaja makan. Selepas habis mencuci pinggan, Els menghampiri daddynya yang menonton berita di ruang tamu lalu duduk bersebelahan dengan daddynya di sofa.
" Daddy... "
"ye? "
"Sabtu ni Anne nak pergi camping dengan kawan sekelas Anne. Haritu Anne dah minta kebenaran mummy dah, mummy bagi Anne pergi. Ni Anne nak tanya daddy pulak kot2 mummy lupa bagitau daddy. Boleh ye daddy? " Els membuat puppy eye ke daddy dia,nak pergi sangat la tu.
" hmm, mummy kamu ada bagitau pagi tadi. Ni mesti kes tak rindu daddy ni, baru je daddy sampai semalam dah nak pergi pulak anak daddy" Mr. Jerry membuat muka merajuk.
"Alaa...Anne rindu daddy la. Tapi Anne dan kawan-kawan dah lama plan nak camping. Boleh eh ? "
"pergilah..dah biasa pun duduk sorang2"
"daddyy..janganlah cakap macam tu..bukannya Anne pergi lama pun. 1 malam je. Nanti masa Anne takde, daddy ajaklah mummy dating. Dah lama daddy tak dating dengan mummy kan kan" usik Anne.
"memandai kamu Anne" kata Mdm Roselle yang datang dari belakang lalu duduk sebelah suaminya yang kosong.
"okay? Anne sayang daddy sangat2" Anne memeluk lengan daddynya.
"tipu" sakat daddynya.
"daddy! mana ade Anne tipu"
"yelah2, daddy gurau jelah. Daddy pun sayang anak daddy ni" Mr. Jerry menggosok kepala Anne.
"dah ada daddynya, mana ade dia nak pandang kite" Mdm Roselle berpeluk tubuh.
" mane ade, i love you so much too mummy" Anne menarik lengan mummynya memcium pipi Mdm Roselle.
"i love you too darling"
Mr Jerry senyum melihat tingkah dua beranak itu.
Malam itu Anne hanya bersantai menonton tv bersama parentsnya sambil berkongsi cerita dengan mereka. Sebelum ni masa weekdays bersama mummnya, mereka hanya menonton berita bersama lepas tu Els belajar manakala mummynya memeriksa kerja anak muridnya dan tugas yang lain sebagai guru. Mereka membuat kerja masing-masing bersama di ruang tamu rumah.
********
"Memandangkan semua dah sampai, saya nak briefing pasal jadual camping . Saya dah booked 4 khemah besar bolehla muat 7/8 orang 1 khemah, 2 untuk group perempuan 2 untuk group lelaki. Sampai sana nanti kita boleh terus makan jelah sebab khemah dah sedia didirikan. Untuk makanan tengahari sendiri tanggung,makan malam baru kita barbeque. Selepas tu, kita akan main flying fox diikuti dengan kayak. Yang taknak main air,ada disediakan board game juga. Kat sana nanti ada taman bunga bagi sesiapa yang nak bergambar. By 6 o'clock, semua kena kumpul balik untuk view sunset sama-sama ambil gambar dekat dengan sungai sebab kat sana view dia cantik. Selepas tu kita bbq and then bonfire. Keesokan hari, bagi yang nak view sunrise sedia bangun pukul 6 dekat tempat yang sama, sejuk2 awal pagi sambil ngeteh ngopi pun cun. Hotspring saya booked slot pagi iaitu dari pukul 6.30 hingga pukul 10 pagi. Perempuan lelaki lain tempat. Kalau korang melepas jangan salahkan saya, saya dah bagi tahu awal. Sepanjang pagi tu, semua boleh buat hal masing-masing, pukul 11 kita gerak balik. Itu sahaja. " panjang lebar Akiel terangkan. Ketua kelas yang berwibawa la katakan, semua benda dia boleh uruskan.
"Kita gerak sekaranglah nanti tak sempat nak buat semua" arah Cikgu Kelvin. Kesemua mereka bergerak ke sana menggunakan kenderaan masing2. Bagi yang tiada kenderaan pula, menumpang cikgu2 dan rakan2 yang ada.
YOU ARE READING
Dia Untukku (that smile..)
RomanceSynopsis will come later if i can think of a decent one. ---------------------------------------------------------------- Try bacalah dulu 🥺 kalau suka boleh share 🤗🤗 by : mimpicha Fun fact : masa nak buat sinopsis, I ended up making a chapter s...