PROLOG

1.5K 23 5
                                    

Dengan cahaya matahari yang memancarkan sinar pagi, Amanda mendongakkan kepalanya memandang bangunan tinggi 58 tingkat di hadapannya. Sungguh dia sendiri tidak menyangka yang dia berdiri di hadapan bangunan mewah ini. Tidak perlu masuk ke dalam bangunan untuk tahu bangunan itu untuk golongan elit sahaja. Aura luarnya sahaja sudah membangkitkan rasa seram sejuk.

Satu keluhan dilepaskan.

"Manda," Joanne yang merupakan sahabat baik Amanda menyapa Amanda. Dia merupakan salah seorang resident yang tinggal di bangunan mewah tersebut. "Kau janganlah asyik mengeluh je."

"Maaf, aku cuma tak biasa dengan tempat yang mewah macam ni. Rasa segan pula nak masuk kawasan ni." Amanda tersenyum kelat.

"Aku faham perasaan kau. Tempat ni memang beyond expectation sesiapa yang tak pernah masuk sini. Siapa sangka dalam bangunan ni serba mak nenek ada. Dari gym, mall, klinik, hotel. Ah, malas aku nak sebut semua benda."

"Kau ni, makin kau sebut, makin aku seram sejuk. Tapi aku akui tempat ni memang hebat."

"Aku dulu pun fikir macam tu masa mula-mula datang sini. Tapi bila kau dah tinggal kat sini, baru kau perasan, semua orang kat sini sama saja macam orang di luar sana. Sama je macam kita."

"Kau nak mengarut apa. Apa yang sama macam aku? Kau tu kaya kot. Laki kau tu salah satu doktor pakar kat hospital swasta."

"Dah la tu cakap pasal bab kaya ni. Kami ni biasa-biasa sajalah. Tapi kat sini memang ada millionaires yang tinggal kat sini."

"Macam artis ke?"

"Tak. Tapi..... lebih kurang macam tu la. Tapi aku rasa diorang tu lagi kaya dari artis yang kau selalu tengok kat dalam tv."

Perbualan mereka berdua terganggu bila tiba-tiba sahaja Joanne ditegur oleh seorang wanita yang dalam lingkungan tiga puluhan. "Morning, Joanne."

Dalam sekelip mata, wajah Joanne terukir senyuman lebar dengan penuh gaya elegance. "Morning, Mrs. Sharon. You are looking lovely today, as usual."

"Thank you. I'm accompanying my husband to a company party later, so I made a special effort." Ternyata wanita kaya itu baru pulang dari spa untuk mencantikkan diri. Tanpa melanjutkan perbualan, wanita itu melangkah masuk ke dalam bangunan gah tersebut.

Joanne melepaskan keluhan berat. "Setiap hari aku nak kena jadi sweet talker macam tu. Penat."

"Aku pun terkejut tengok perubahan kau tadi." Amanda mengukirkan senyuman.

"Nak buat macam mana. Nak hidup gaya mewah kan? Kenalah belajar benda ni semua dan berinteraksi dengan golongan kaya."

Mata Amanda memandang sepasang pasangan yang sudah berusia keluar dari pintu utama bangunan itu sambil berpimpingan tangan. Dengan rambut yang sudah putih, mereka kelihatan sangat gembira dan bahagia. Jelas terpancar rasa cinta antara satu sama lain di wajah mereka.

Fikiran Amanda terus terbayangkan wajah suaminya, Harris. Dia mengharapkan mereka juga akan bahagia begitu bila sudah tua nanti. Tapi baru sahaja usia perkahwinan mereka mencecah empat tahun, keadaan mula berubah. Kalaulah dia boleh lakukan sesuatu untuk memulihkan perkahwinan mereka, sudah semestinya dia sanggup lakukan apa jua.

"Dah la tu bercakap pasal orang kaya ni. Birthday kau tak lama lagi kan, Manda? Jomlah keluar celebrate dengan aku."

"Boleh. Nanti kau bagitahu saja dengan aku bila masa kau free." Amanda mengukir senyuman. Jauh dalam fikirannya terbayangkan Harris. Harris langsung tidak bercakap apa-apa tentang birthday dia nanti. Mungkin suaminya itu terlupa kot.

CINTA YANG TAK DIUNDANGWhere stories live. Discover now