"Awak buat apa dekat sini?" Amanda berdiri dari bangku yang dia duduk. Terkejut dengan kemunculan orang itu.
Lelaki tua itu juga berpaling ke arah yang sama. "Hmm? Itu kan..."
"Tuan Issac?" Alexander yang sedang berjalan menghampiri merekea, terkejut bila matanya memandang lelaki tua di sebelah Amanda.
Lelaki tua itu juga kelihatan terkejut bila memandang Alexander.
"Kau buat apa dengan Tuan Issac?" Mata Alexander beralih pada wajah Amanda.
"Err...."
"Ini ke perempuan yang kamu pernah sebut dulu?" Lelaki tua itu memandang Alexander.
Sementara itu, Amanda memandang wajah lelaki tua itu dengan Alexander silih berganti. Mereka kenal ke?
"Ya, betul. Inilah tunang yang saya pernah sebut dulu."
'EHHHH???' Hampir saja Amanda menjerit di situ.
"Maaf, aku lambat." Ayat itu ditujukan kepada Amanda. "Saya minta maaf sebab dah ganggu Tuan Issac kat sini."
"Ganggu? Tak adalah. Jadi kamu berdua ni.... "
Amanda tak sangka dengan lelaki tua ni pun Alexander tipu yang mereka berdua bertunang. Kenapa perlu nak tipu ada tunang? Tak boleh ke mengaku je yang diri tu single? Kalau takut sangat orang nak kenenekan dengan anak diorang, cakap jela single but not available.
"Dah banyak cerita kamu yang saya dengar. Tak sangka pula boleh terjumpa tunang Alexander dekat sini." Lelaki tua itu tersenyum ramah pada Amanda.
"Err..." Amanda mati kata. Dia terasa bersalah kerana terpaksa menipu lelaki tua yang baik itu.
"Jadi, awak dah pun jumpa dengan someone." Lelaki tua itu tersenyum penuh makna. "Nampaknya kereta saya pun dah sampai."
Sebuah lagi kereta mewah erhenti di sebelah kereta Alexander. Lelaki tua itu berdiri sambil memandang ke wajah Amanda. Wajahnya masih ceria seperti tadi. "Maaflah kamu terpaksa dengar cerita cintan saya yang dulu."
"Eh, tak apa. Saya suka dengar cerita pak cik. Menarik. Boleh buat novel nanti. Terima kasih juga sebab sudi berbual dengan saya."
Wajah lelaki tua itu bertukar serius. "Kamu berdua perlu datang ke majlis saya nanti. Nanti saya akan emailkan jemputan tu."
Alexander berjabat tangan dengan Tuan Issac sebelum lelaki tua itu berlalu pergi dengan kereta mewahnya. Mata Alexander memandang kereta itu sehingga hilang dari pandangannya lalu dia berpusing mengadap Amanda. Sesaat dua, sunyi. "Kau.... just brought me a very unexpected bussiness connection."
"Ha?" Amanda mendongak memandang wajah Alexander. Wajah lelaki itu sukar untuk dia baca. Kalau dilihat sekali lalu, lelaki itu seperti annoying dengan kenyataan yang baru keluar. Dia tidak mengerti.
"Berhubungan dengan lelaki tu hanya memberikan benefit yang tinggi." Alexander berpeluk tubuh. Hujung bibirnya melengkung kecil. "Aku akan pastikan kau sedia untuk ke majlis dia nanti."
"Apa yang awak cakap ni?" Dahi Amanda berkerut.
"Lelaki tu yang jemput kau. Dan 'tidak' bukanlah jawapannya." Alexander menayang riak bongkak.
"Saya dah selesai berlakon jadi tunang awak. Dan sudah semestinya jawapan dia 'tidak'"
"Kau berkerja bawah aku. Kau harus ikut semua arahan aku." Suara Alexander tegas.
"Bukan tadi awak juga ke yang kata yang awak dah tak perlukan saya?" Ammanda memberanikan diri merenung ke mata Alexander. Dia mahu tunjukkan yang dia bukanlah perempuan lemah yang boleh ditolak tarik sesuka hati. "Terima kasih sebab datang sini. Saya nak pulangkan balik cek ni. Maaf, saya tak boleh terima." Amanda mengambil cek di dalam handbagnya lalu diberikan kepada Alexander.
Tanpa menjawab, Alexander mengambil cek itu di tangan Amanda. Tanpa diduga, lelaki itu mengoyak cek itu menjadi kepingan-kepingan kecil.
Melopong Amanda. "Apa awak buat ni?" Macam tu jela dia koyakkan cek tu? Lelaki ni ingat dia kaya dan boleh buat sesuka hati?
Tanpa menjawab Amanda, Alexander melemparkan cek yang sudah tidak bernilai itu ke hujung kaki Amanda. Matanya merenung Amanda tajam. Mukanya serius. Tidak ada tanda lelaki itu akan bertolak ansur dengan Amanda. Aura dominasi mula terasa.
Aumm..
Cuti2 ni boleh la update sikit2. Masih nak ship Amanda dengan Alexander ni ke?
Ke nak buat Amanda berbalik kat bekas laki dia? hahaha idea mengarut je yang banyak ni.
YOU ARE READING
CINTA YANG TAK DIUNDANG
RomanceBacaan matang. Perkahwinan yang dipilih sendiri atas dasar cinta mula dihiasi aura kedinginan sebaik sahaja usia perkahwinan mereka masuk ke empat tahun. Amanda tidak tahu di mana salah dan silapnya. Dia berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai...