Usai sahaja Amanda membersihkan penthouse Alexander, dia dipanggil oleh Noah. Pelik. Ada apa lelaki itu mencarinya? Dulang yang menampung empat gelas jus oren diletakkan di atas meja kecil dengan berhati-hati. Matanya sempat mengerling kolam biru yang hanya beberapa kaki dari tempat dia berdiri.
Amanda menegakkan badannya seraya memandang wajah satu persatu di hadapannya. Semua orang ada kecuali Alexander.
"Mana Alex?" soal William pada Amanda. Gelas jun oren dicapainya lalu dia kembali bersandar pada kerusi rehat sambil menyilangkan kakinya.
"Kerja kot. Sebab awal-awal pagi lagi dia dah keluar." Jujur Amanda sendiri tidak tahu ke mana Alexander pergi pada hujung minggu macam ni. Mungkin kerja sebab lelaki itu memang seorang yang gilakan kerja. Sesekali matanya mengerling ke arah kolam di sebelah. Mereka ni tak ada tempat lain nak lepak ke? Kenapa mesti tepi kolam ni? Walaupun dia cuba berlagak tenang, tapi fikirannya asyik terfikirkan peristiwa buruk yang pernah berlaku sebelum ni.
Air kolam itu nampak tenang tapi air itu jugaklah yang hampir meragut nyawanya sebelum ni. Kalau bukan kerana tindakan pantas Alexander, rasanya dia dah lama mati. Dalam mereka berempat, kenapa mesti Alexander? Adakah lelaki itu sudah kenal dia ketika itu? Lelaki tu tahu yang dia memang tidak pandai berenang.
"Awak nak terjun lagi sekali ke?" usik Noah yang memerhati Amanda kerap mengerling ke arah kolam tersebut.
Amanda tersentak, kakinya melangkah setapak ke depan bila dia terkejut dengan suara Noah yang begitu hampir dengan telinganya. Badannya berpusing mengadap Noah yang sedang menayangkan senyuman nakal. Sejak bila pula lelaki itu berdiri di belakangnya? Sedar yang kakinya semakin hampir dengan tepi kolam, cepat-cepat Amanda berlalu dari situ. Cuba menjauhi kolam tersebut.
Rambut yang terjuntai di dahi, diselitkan di belakang telinga. Hatinya yang sedikit gemuruh, cuba ditenangkan. Ada persoalan yang ingin dia ajukan, tapi dia perlu menyusun ayat dengan baik agar mereka semua tidak salah sangka nanti. "Maaf, saya nak tanya pasal kes malam.... yang saya terjatuh dalam kolam. Siapa yang selamatkan saya?" Walaupun dia tahu Alexander yang telah menyelamatkannya, tapi dia sekadar ingin mendapatkan kepastian. Mungkin juga dia tersalah. Entahlah.
"Alex yang paling pantas." Arron menjawab pendek. Muka Amanda langsung tidak dipandangnya, malahan dia tekun merenung skrin handphone.
"Ya, Alex yang paling pantas terjun untuk selamatkan you. I memang nak selamatkan you tapi peluang tu dah terlepas." tambah William.
"Saya tak pernah tengok muka Alex secemas tu." Noah ketawa perlahan. "Awak sepatutnya tengok muka Alex time tu. Memang menghiburkan. Dan dia juga yang sanggup pergi cari awak di taman juga, kan?" Siapa sangka, muka beku tu pun boleh bertukar riak cemas hanya kerana Amanda terjatuh ke dalam kolam renang. Itu adalah dua perkara yang mustahil akan terjadi kepada lelaki dingin beku itu.
Amanda diam memandang Noah yang mula melangkah menghampiri kerusi di hadapan William. Punggungnya dilabuhkan. Jus oren dicapai lalu disisip perlahan bagi mengusir rasa lucu di hati. "Sepanjang saya kenal dia, dia takkan susahkan diri dia untuk turun cari awak di taman malam tu. Dia ada pembantu yang akan selalu buatkan kerja-kerja leceh tu semua." Senyuman masih bermain di wajah Noah.
"Habis tu, kenapa dia datang cari saya?" Amanda tidak mengerti.
"Manalah kami tahu. Perkara macam tu sepatutnya awak tanya pada empunya badan."
"Alex tu mana pernah peduli pada orang lain. Tapi sebab you, dia dah cemar duli. Ini sesuatu yang pelik. Maybe you are someone special to him." William turut mengakui kata-kata Noah.
'Special?' Hampir saja Amanda ingin mengukirkan senyuman sinis. Betul ke diri dia adalah seseorang yang istimewa pada Alexander? Tapi laki tu tak ada menunjukkan tanda-tanda tersebut.
YOU ARE READING
CINTA YANG TAK DIUNDANG
RomanceBacaan matang. Perkahwinan yang dipilih sendiri atas dasar cinta mula dihiasi aura kedinginan sebaik sahaja usia perkahwinan mereka masuk ke empat tahun. Amanda tidak tahu di mana salah dan silapnya. Dia berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai...