Bayu malam menampar pipi Amanda membuatkan anak rambutnya terbuai-buai lembut.
"Kalau kau tak nak terima duit ni maknanya contract kita masih valid. Aku dah cakap tadi yang duit ni sebagai pampasan untuk kau berhenti kerja." Alexander tersenyum sinis.
"Awak ni memang gila." Amanda menggempal kedua-dua belah tangannya bagi mengawal rasa geram di dada.
"Perjanjian adalah perjanjian. Kalau kau langgar contract, penalty seratus ribu ringgit."
'Gila.' Salah satu syarat dalam kontrak yang tak sempat pun Amanda baca tadi. Timbul rasa menyesal kerana sign kontrak tu tanpa membaca. Alexander memang licik. Dia sengaja menggesa Amanda untuk turunkan tanda tangan cepat supaya wanita itu tidak sempat membaca detail kotrak tersebut. Ini ke cara lelaki itu hidup dalam dunia perniagaan hartanah?
"Kenapa diam? Mana hujah balas kau?"
"Saya.... tak ada." Amanda harus akui yang dia kalah. Kepalanya ditundukkan. Dia terlupa yang sekarang ni dia berdepan dengan Alexander, seorang tycoon besar dalam dunia hartanah. Bukannya Alex yang dia pernah kenal dulu. "Tapi saya nak tahu satu benda." Nafas ditarik panjang sebelum dia mendongak kepala memandang wajah di hadapan.
"Apa?"
"Kenapa awak bagitahu semua orang yang awak dah bertunang?"
"It's less trouble that way." Alexander membuang pandang ke arah tasik di hadapan mereka.
"Kenapa pula?"
"Ramai orang cuba padankan aku dengan orang orang lain. So, ini saja cara untuk stop diorang dari planning benda yang bukan-bukan. Itu juga salah satu sebab kenapa aku ambil kau jadi housekeeper aku."
Tepat seperti sangkaan Amanda. Lelaki ni hanya ingin lari dari jodoh yang ditawarkan. Yelah, siapa yang tidak mahu ambil peluang untuk jodohkan anak mereka dengan Alexander. Dan perempuan pun takkan akan fikir dua kali untuk jadikan Alexander pasangan hidup.
"Dah, cukup borak kosong. Jom." Alexander mula berpusing dan melangkah ke keretanya.
Amanda memandang belakang tubuh lelaki tinggi lampai itu. Mata Amanda mengecil. Lelaki itu memang tidak tahu bertolak ansur atau berlembut dengan perempuan ke? Nampak gayanya, balik nanti dia perlu khatamkan kontrak yang dia telah tandatangani tadi. Mesti masih banyak point yang dia tidak tahu terselit dalam kontrak tersebut. Ada tertulis yang dia perlu berlakon menjadi tunang lelaki itu kah?
***********************
Keesokan harinya, dia perlu menyediakan diri untuk pergi ke majlis-majlis besar. Awal pagi lagi Alexander sudah berpeluk tubuh di hadapannya. Sungguh Amanda tidak faham dengan apa yang mereka sedang lakukan sekarang.
Inikah yang dimaksudkan oleh Alexander yang dia akan pastikan Amanda bersedia untuk ke majlis seterusnya?
Semua tentang diri Amanda dikritik dan dibetulkan. Dari penampilan, gaya bercakap, dan gaya berjalan pun dia perlu belajar.
"Awak tak rasa ke ini dah terlebih dari yang sepatutnya? Apa salah dengan gaya jalan saya ni? Saya bukannya minta kerja untuk jadi model." Amanda menyuarakan rasa tidak puas hati. Sudah naik lenguh kaki di berjalan ke hulu ke hilir di ruang tamu itu manakala Alexander sedap saja duduk bersilang kaki di atas sofa. Harris pun tak pernah pertikaikan caranya berjalan sebelum ni.
"Cara kau berjalan menggambarkan dunia yang macam mana kau dibesarkan. Pastikan berjalan tu angkat muka." Alexander bangun dari sofa. Sebuah buku tebal di atas meja di ambil. Amanda yang sedang menayangkan muka tidak puas hati, dihampiri. Buku tebal itu diletakkan di atas kepala wanita itu.
YOU ARE READING
CINTA YANG TAK DIUNDANG
RomanceBacaan matang. Perkahwinan yang dipilih sendiri atas dasar cinta mula dihiasi aura kedinginan sebaik sahaja usia perkahwinan mereka masuk ke empat tahun. Amanda tidak tahu di mana salah dan silapnya. Dia berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai...