BAB 3

632 16 0
                                    

"Er... sekejap." Amanda melangkah beberapa tapak ke belakang. Gerun pula dia memikirkan arahan Alexander. Belum sempat dia ingin melarikan diri, Arron masuk ke dalam ruang bilik itu bersama sehelai dress yang cantik di tangan mereka.

"Ini bajunya." Arron menyerahkan dress tersebut kepada Amanda. "Apa tunggu lagi, tukar la baju tu cepat."

"Eh?" Amanda semakin bingung. Kenapa pula dia perlu tukar bajunya?

"Kan Arron suruh kau tukar baju, apa yang kau tak faham bahasa dia lagi?" Dahi Alexander sedikit berkerut.

"Tukar baju dalam bilik sana." Tangan Arron menunjukkan sebuah pintu kecil di sudut ruang bilik itu.

Walaupun tidak jelas dengan apa yang berlaku, Amanda menukar bajunya. Dia memandang pantulan imej di hadapan cermin besar. Baju itu sungguh cantik dengan dihiasi manik-manik yang berkilau setiap kali ia dipancar oleh cahaya lampu. Tidak perlu diberitahu, dia pasti baju itu sangat mahal.

"Duduk sini," arah Arron kepada Amanda.

Teragak-agak Amanda melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan Arron. Tanpa sempat Amanda bertanya lebih lanjut, pantas tangan Arron bermain di rambutnya. Sentuhan jari jemari runcing Arron pada rambutnya membuatkan Amanda kelu. Sentuhannya lembut tidak seperti perwatakan lelaki itu. Rambutnya diuruskan dengan berhati-hati.

Tanpa sedar, Amanda terbuai dengan sentuhan lembut pada rambutnya. Dia sendiri sudah tidak ingat bila kali terakhir dia merasakan sentuhan selembut ni. Wajah Harris kembali bermain di layar matanya.

"Pejam mata," Arah Arron lagi.

'Kenapa pula nak kena pejam mata?' Persoalan itu bermain di fikiran Amanda.

"Sekarang!" Tegas Arron bila dia melihat Amanda masih terkebil-kebil memandang ke arahnya.

Dalam terpaksa, Amanda memejamkan matanya. Deru nafas Arron terasa menampar kulit wajahnya. Tidak lama kemudian dia mula terasa sesuatu yang lembut dan gebu bermain di kulit wajahnya. Tahulah dia kini yang Arron sedang makeupkan wajahnya. Berhati-hati lelaki itu menyentuh wajahnya seperti ia sesuatu yang berharga.

"Dah boleh buka mata." Setelah beberapa minit berlalu, Arron menyuruh Amanda membuka matanya.

Perlahan-lahan Amanda membuka matanya. Matanya memandang cermin di hadapannya. Wanita di dalam cermin itu dipandang lama. Cantik. Adakah wanita itu dirinya? Sungguh dia hampir tidak mengenali dirinya sendiri. Dengan sentuhan tangan Arron, dia seperti bertukar menjadi orang yang baru. Tergamam dia memandang pantulan diri sendiri. Tidak dia sangka, dengan menukar baju dan menampal sedikit solekan boleh memngubah penampilan seseorang.

"Aku rasa tak adalah teruk sangat." Arron berpuas hati dengan sentuhannya.

Mata Alexander bertentang dengan mata Amanda melalui pantulan cermin. Renungan itu tajam membuatkan Amanda sukar untuk mengalihkan pandangannya.

"Yes, well done." Alexander memuji hasil kerja Arron.

"Maaf kami lambat." William muncul dari sebalik pintu.

"Kami dah uruskan semuanya. Eh, Wow. That's a sexy tranformation." Mata Noah terbuka luas dengan riak teruja bila melihat perubahan Amanda.

"Er... terima kasih." Gugup Amanda mengucapkan terima kasih. Wajahnya ditundukkan malu. Harris tak mungkin akan memujinya sebegini.

"Now for the finishing touch." Noah melutut di hadapan kaki Amanda. Sepasang kasut bertumit tinggi diletakkan di hadapan Amanda lalu disarungkan di kaki Amanda persis seorang Cinderella.

Dan William pula memakaikan seutas rantai pada leher Amanda. "Ini rantai yang tidak ada duanya."

"Berapa harga dia? Dua ratus ribu?" soal Noah meminta kepastian.

"Du... Dua ratus ribu?" Terbelalak mata Amanda mendengar jumlah yang disebut oleh Noah.

"Ia sesuai dengan awak." Noah mengukirkan senyuman mesra.

Ini semua kerja gila. "Kenapa awak semua lakukan ini untuk saya?" tanya Amanda. Tiba-tiba sahaja dia dilayan dengan baik pada hal dia ni bukanlah sesiapa pada mereka.

"Aku cuma tak suka orang jalan dalam majlis aku dengan pakaian yang kotor," balas Alexander mendatar. "Bangun. Kita nak kembali ke party."

Amanda kaku. Perlukah dia kembali ke party tu sedangkan suaminya masih di sana bersama dengan wanita itu? DIa tidak cukup untuk mengadap semua itu. Cukuplah dirinya diperbodohkan oleh Harris tadi. Dia tidak mahu menempah malu lagi sekali. "Maaf, saya nak kena balik rumah."

"Kenapa?" soal Alexander.

"Perlu ke saya jelaskan? Semuanya nak terang lagi bersuluh." Amanda sedikit bengang bila dia dipersoalkan.

"Atas alasan apa untuk awak balik?" soal Alexander lagi tidak puas hati.

"Sekarang ni awak dah sangat cantik. Sayanglah kalau awak nak balik sekarang." Noah tersenyum lebar kepada Amanda.

"Cantik?" Amanda merenung dirinya sekali lagi di dalam cermin. Bilakah kali terakhir orang memujinya cantik? Sudah terlalu lama. Tersangatlah lama. Rasa sebak menguasai diri. Tanpa mampu ditahan, matanya mula berkaca.

"Awak okey ke?"Noah menyoal dengan riak gusar. Air mata di pipi Amanda diseka. "Nanti comot makeup awak."

Amanda mendongak memandang Noah. Sentuhan jari itu sangat hangat di pipinya. Inikah kehangatan yang dia rindui selama ini? Harris sudah lama tidak menyentuhnya. Membuatkan dia terlalu mendambakan sentuhan hangat tersebut.

Fikiran Amanda kembali mengingati peristiwa Harris berpura-pura tidak mengenalinya dengan seorang wanita cantik di sebelahnya. Itu terlalu sakit. Terasa hatinya dicarit-carit dengan seribu serpihan. Perit.

"Aku dapat tahu yang dia dengan perempuan tu memang dah lama ada scandal." Alexander membuka mulut. "Mereka berdua memang berkerja di satu tempat tapi aku tak tahu pula lelaki itu sudah berkahwin."

Wajah perempuan itu kembali terbayang dilayar mata Amanda. Dari rasa sedih dan kecewa, hadir rasa marah. Kini dia terpaksa akui, tidak ada harapan lagi untuk dia pertahankan rumah tangganya yang sudah jelas tidak ada bahagianya.

"Maaf nak bertanya. Saya rasa saya tahu lagi nama awak." Noah menukar topik perbualan.

"Amanda."

"Sedap nama tu." Puji Noah. "Well then, Amanda, shall we get going?" Senyuman Noah melebar.

Perlahan-lahan Amanda menganggukkan kepalanya. Pintu ruang tersebut dibuka lalu mereka melangkah memasuki ruang party. Semua mata terarah kepada mereka berlima. Dalam ramai wajah di situ, matanya memandang Joanne yang sedang tersenyum bersama mata yang berkaca.

"Tengok la perempuan tu. Cantiknya. You rasa dia tinggal di sini ke?" Berbisik salah seorang wanita itu sesama mereka.

"She's gorgeous...." Puji salah seorang lelaki di situ. "Kalau dia bukan dengan mereka, aku dah ajak dia keluar."

"Jealousnya aku sebab dia dapat berdiri dalam group  mereka berempat," ujar suara perempuan yang lain pula.

Amanda kekok bila semua mata memadang ke arahnya dan bercakap tentang dirinya.

"Dia kat sana." Noah menghalakan pandangannya kepada Harris yang sedang berdiri di salah satu meja di situ. Perempuan itu masih berdiri di sebelah lelaki itu.

Perlahan-lahan Amand melangkah menghampiri suaminya dengan kasut tumit tinggi yang diberi oleh William.

"Manda." Mata Harris sedikit terbuka melihat perubahan Amanda.

"Harris, kita perlu bercakap sebentar." Amanda mengangkat dagunya bersama keyakinan diri.

CINTA YANG TAK DIUNDANGWhere stories live. Discover now