BAB 7

541 15 6
                                    


"Kita dah sampai." Alexander memandang ke luar tingkap. Amanda turut memandang ke arah yang sama. Kelihatan bangunan kaca yang tinggi. "Keluar"

Kalut Amanda keluar dari kereta tersebut. Matanya memandang Alexander yang sedang membetulkan sutnya. Mata Amanda beralih kepada bangunan di hadapan. Kelihatan beberapa orang sedang beratur membuat barisan di sepanjang laluan ke pintu masuk.

"We have been waiting for you, Mr Alexander." Seorang lelaki menunduk hormat kepada Alexander.

"Excellent. Thank you for the waiting."

Amanda termagu melihat situasi di hadapannya. Apa yang sedang berlaku? Siapa mereka semua ni? Apa yang mereka buat di sini? Dunia apa yang Amanda sudah terjebak ni? Dan sudah terlamat untuk dia berpatah kembali.

Dengan diam, Amanda mengikut langkah Alexander. Mereka di bawa ke satu ruang yang ditulis perkataan VIP. Mulut Amanda sedikit terbuka. Ruang itu kelihatan sangat mewah dengan hiasan berwarna perang cair. Apa yang mereka buat di sini? Adakah Alexander terlibat dengan perniagaan pasaran gelap? Rasa seram sejuk menguasai diri Amanda.

"Thank you for joining me today, Mr. Alexander." Seorang lelaki gemuk menghampiri Alexander. Tangan mereka berjabat. Ada seorang lagi lelaki berdiri di sebelahnya.

"I heard you have some interesting properties to show me. I hope they exceed my expectation." Alexander memulakan perbualan perniagaan mereka.

"Yes, sir. I'm confident you will find the properties to you liking." Lelaki gemuk itu tersenyum lebar. Dia mengeluarkan beberapa fail berkaitan hartanah dari dalam beg hitamnya.

Alexander cakap ini urusan kerja. Tapi kena Amanda harus ikut serta? Apa tugas Amanda di situ?

Amanda menganggukkan kepalanya perlahan. Rupanya Alexander ada urusan hartanah di sini. Tapi nanti dulu. Kenapa semasa di pintu masuk tadi semua orang menunduk hormat kepada Alexander seperti lelaki itu kerabat raja? Mungkin inilah yang dimasudkan dengan agent hartanah terkemuka.

"There are the propertis I have for you today. The location and neighborhood perks all meet you specification, Mr. Alexander."

"I see." Alexander merenung fail di tangannya.

Dalam pada itu, sempat Amanda menjeling ke arah document tersebut. Tidak jelas butir yang tertulis di situ melainkan satu barisan yang memiliki enam kosong. Eh, sekejap. Itukan jumlah juta? Amanda tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. Berpinar matanya melihat terlalu banyak nombor kosong di situ. Ternyata dunia Amanda dan Alexander adalah berbeza.

Amanda mengalihkan pandangannya, tidak berminat dengn urusan jual beli hartanah itu. Kenapa housekeeper sepertinya perlu hadir ke perbincangan itu? Adakah dia perlu menghidangkan teh panas untuk mereka berdua? Tapi bossnya merupakan tetamu di situ. Jadi, tak logik pula untuk dia yang sediakan teh untuk mereka.

Ini bukanlah kehidupan normal yang Amanda impikan. Semuanya terlalu jauh dari dunia reality. Amanda mula terasa kebosanan. Tidak ad gunanya dia ikut ke situ. Dalam dia melayan perasaan sendiri, Alexander meletakkan dokumen itu di atas meja di hadapannya.

"Pilih," arah Alexander sepatah.

Amanda yang tidak tahu hujung pangkal, hanya memamdang beberapa keping kertas di hadapannya.

"Kau tak dengar ke apa yang aku cakap?"

Amanda mengangkat wajah lalu memandang Alexander di sebelahnya. Lelaki itu sedang merenungnya tajam. "Saya?"

"Ada orang lain ke kat sini? Aku suruh kau pulih property mana yang aku patut beli."

"Ha?" Bukan setakat Amanda yang terkejut. Kedua-dua lelaki di hadapan mereka juga jelas terpancar riak terkejut di wajahnya.

CINTA YANG TAK DIUNDANGWhere stories live. Discover now