Gelap. Semuanya terasa gelap dan dingin. Tapi itu suara siapa? Air yang masuk ke dalam rongga hidung terasa pedih. Begitu juga dengan matanya. Amanda terbatuk-batuk bagi membuang sisa air di dalam paru-parunya. Sukar untuk dia membuka matanya tapi dia tahu dia sudah mampu menghirup udara dengan baik. Dia tahu dia sudah selamat. Tenaganya terasa lemah, dunianya terasa kelam. kehangatan tubuh di hadapannya sedikit sebanyak mengurangkan rasa gigil kesejukannya.
Amanda semakin hanyut dalam dunianya sehingga memori lama kembali menyinggah kotak fikiran.
"Jumpa lagi esok."
"Okey..." Lelaki itu membalas pendek bersama senyuman yang tipis. Amanda sudah bersedia untuk melangkah pulang bila tiba-tiba lelaki itu memanggil namanya lagi sekali. "Manda."
Amanda berpusing mengadap lelaki itu kembali. Tiba-tiba tangannya ditarik sehingga dia sedikit terdorong ke depan. Sesuatu yang lembut menyentuh bibirnya. Tubuhnya dipeluk erat. Amanda terkesima. Hanya untuk beberapa saat sebelum dia dilepaskan.
"Jumpa esok." Kelihatan muka lelaki itu sedikit kemerahan sebelum dia berpusing dan berlari anak meninggalkan Amanda yang masih terkebil-kebil di situ. Itulah ciuman pertama mereka.
*****************
Perlahan-lahan Amanda membuka matanya. Matanya memandang siling yang berwarna kelabu gelap. Dadanya terasa sempit dan ada sesuatu yang sedar mengalir dari tubir matanya. Dia menangis.
Dengan emosi yang tidak stabil, membuatkan kepala Amanda terasa sakit. Tangannya memicit kepala perlahan. Kenapa dia bermimpi sesuatu yang sudah lama dia lupakan? Cerita zaman sekolahnya dulu. Cinta monyet. Kenapa perlu nak ingat kembali? Berkerut dari Amanda. Itulah pertama kali dia berlajar erti cinta. Semuanya terasa indah. Tapi tidak lagi sekarang. Dia tidak akan biarkan dirinya terpedaya lagi dengan cinta karut macam ni. Semuanya dusta.
Amanda cuba mengusir memori lama tu. Matanya memandang sekeliling ruang tersebut. Bilik itu terasa asing untuknya. Tapi ini bukan biliknya. Eh? Mata Amanda terbuka luas seraya dia bangun terduduk di atas katil. Tangannya menolak selimut yang menutup tubuhnya, terasa materialnya yang lembut dan selesa. Ah, mana pakaiannya? Kenapa dia hanya memakai bathrobe? Takut dengan andaian yang bermain di fikirannya, perlahan-lahan dia mengintai ke dalam bathrobenya. Tidak! Semua pakaian dalamnya tidak ada!
Rasa seram sejuk mula menguasai diri. Bagaimana dia boleh berada dalam keadaan yang macam ni? Terasa jantungnya berdegup kuat. Rasa takut mula menguasai diri. Akalnya cuba dicerna bagi mencari jawapan.
"Hai."
Satu suara garau memeranjatkan Amanda. Dia tersentak. Ah, sudah berapa lama lelaki itu berdiri di situ. Alexander juga sedang memakai bathrobe yang sama dengan dirinya. Pantas tangannya menarik selimut bagi menutupi tubuhnya. Air liur yang ditelan terasa kelat.
"Dah bangun pun."
"Er... ya." Amanda membalas gugup. Kenapa dia perlu memakai bathrobe yang sama dengan Alexander? Matanya mencuri pandang ke arah lelaki itu, rambut lelaki itu masih basah tand lelaki itu baru shaja selesai mandi. Sekali lagi air liur ditelan tapi terasa tersekat dikerongkong. Tolonglah, jangan biarkan apa yang dia fikir itu adalah benar. Takkanlah.... Dia bukanlah jenis perempuan murah yang senag-senang tidur dengan mana-mana lelaki. Adakah lelaki itu telah mengambil kesempatan ke atas dirinya?
"Kau lupa ke yang kau jatuh dalam kolam tadi?" Alexander memberikan pandangan sinis sepertinya dia dapat mengangak apa yang bermain di fikiran Amanda.
"Eh?" Peristiwa di kolam renang tadi kembali bermain di fikiran Amanda. Betullah. Mereka menawarkannya kerja tetapi dia pula cuba untuk melarikan diri. Malang tak berbau bila kakinya tergelincir masuk ke dalam kolam. Hari yang malang buat dirinya.
YOU ARE READING
CINTA YANG TAK DIUNDANG
RomanceBacaan matang. Perkahwinan yang dipilih sendiri atas dasar cinta mula dihiasi aura kedinginan sebaik sahaja usia perkahwinan mereka masuk ke empat tahun. Amanda tidak tahu di mana salah dan silapnya. Dia berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai...