Dalam terpaksa Amanda mengikut langkah Alexander. Tubuhnya ditolak masuk ke dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang. Alexander menutup pintu. Lalu dia melangkah bahagian kiri penumpang.
Alexander hanya diam bersama wajah dinginya bila kereta mula bergerak.
Amanda membetulkan duduknya. "Saya belum terima pekerjaan ini."
"Kau tu.... Never mind, you're going to be my housekeeper. End of story." Alexander berpeluk tubuh dengan penuh gaya.
Kata kerja sebagai houskeeper. Housekeeper ni kena mengemas rumah dan memasak. Ini mereka keluar dengan kereta mewah. Nak pergi mana? Takkan nak pergi beli groceries?
"Awak ni terlalu memaksa." Tidak tahan dengan sikap Alexander, akhirnya Amanda bersuara. "Saya ni ada hak ke atas diri saya sendiri. Saya boleh membuat keputusan sendiri."
"Aku tak perlukan kau untuk membuat keputusan sendiri." Ayat Alexander penuh dengan aura dominasi, membuatkan Amanda mati kata. "Dan kau tak ada hak untuk melawan cakap aku. Kau takkan ada kat sini kalau aku tak selamatkan kau dari mati lemas dalam kolam."
Zapp! Kata-kata Alexander tajam menusuk ke dada Amanda. Ya, dia akui lelaki ini telah selamatkan dirinya. Tapi mana pernah orang buat sesi interview di tepi kolam. Jadi, semua ini berpunca dari kesalahan Alexander sendiri.
"Ini kontrak kau. Baca dan fahamkan." Alexader meletakkan sebeban kertas di atas riba Amanda. Di hadapan kertas itu tertulis 'Employment Contract.'
Amanda memegang kontrak itu. Kenapa perlu setebal itu sedangkan kerjanya hanyalah sebagai housekeeper? Macam mana dia nak baca satu persatu nanti? Satu hari pun belum tentu habis di baca.
"Cepatlah baca dan sign."
"Tapi saya belum baca lagi kontr..."
"Sign sekarang. Nanti kau boleh baca bila-bila masa free yang kau ada." Alexander menghulurkan sebatang pen kepada Amanda. Muka surat terakhir dibuka dan dia menunjukkan tempat yang perlu Amanda tandatangani.
"Bila awak cakap saya disediakan tempat tinggal tu, maksudnya...?"
"Kat kondo aku ada bilik kosong. Kau akan tinggal dekat situ."
"Sekejap, kondo awak? Yang tingkat paling atas tu?"
"Ya."
Tapi perlu ke sambil tinggal di dalam kondo tu?
"Cepatlah sign." Alexander menggesa Amanda lagi sekali.
Amanda memandang kontrak itu lama. Otaknya sedang berfikir. Kalau dia sign kontrak itu sekarang, dia tidak boleh berpatah balik lagi. Tapi untuk menjadi housekeepet yang tinggal satu kondo dengan lelaki itu seperti fishy. Tapi kenyataan perit yang dia perlu terima adalah dia harus mencari kerja bagi menampung kehidupannya sendiri. Tidak kisahlah kerja apa pun janji ada gaji. Dia tidak mahu menyusahkan kedua-dua orang tuanya dengan penceraiannya ini.
Dalam terpaksa, Amanda menurunkan tandatangan. Alexander menyelak helaian belakang lagi satu. Jarinya menunjukkan ruang kosong yang perlu diisi. "Tulis berapa yang kau nak."
Eh?
"Gaji kau. Tulis berapa gaji yang kau nak."
Mata Amanda kembali jatuh pada ruang kosong itu. Nilai gaji di situ memang ditinggalkan kosong. Otaknya mula berfikir, berapakah gaji housekeeper yang sepatutnya? Dah la Alexander sediakan tempat tinggal, jadi Amanda tak perlu risau tentang mencari tempat tinggal selepas ini. Di situ saja sudah menjimatkan duit. Lalu angka dua ribu ditulis di situ.
Terangkat kening Alexander melihat jumlah yang ditulis oleh Amanda. "Kau memandang rendah ada aku? Kau ingat aku ni tak mampu nak bayar gaji kau? Bagi sini!" Alexander merampas kembali pen dan menambah angka satu di hadapan nombor dua itu.
"Dua belas ribu? Sebulan?" Terkejut Amanda melihat jumlah yang ditulis oleh lelaki itu. Gaji housekeeper semahal itu?
"Aku akan pastikan kerja kau setimpal dengan gaji yang aku bagi." Ada nada bongkak di situ.
"Ini tak masuk akal." Amanda tidak percaya dengan lelaki itu. Mana ada housekeeper yang dibayar sebegitu rupa.
"Kenapa? Dua belas ribu tu tak cukup ke?"
"Bukan! Bukan itu maksud saya." Amanda sudah kalut. Bandannya disengetkan mengadap Alexander di sebelah.
"Berapa yang kau nak? Sebut je." Tajam mata Alexander merenung wajah Amanda. Dia langsung tidak mahu dengar apa yang Amanda ingin katakan. Renungannya terlalu tajam sehingga Amanda terkaku seketika. Rasa hangat mula naik ke pipi.
"Saya...."Amanda hilang kata.
"Kau perkerja aku. Mestilah aku akan jaga kebajikan kau dengan adil."
Amanda terdiam. Matanya masih terpaku pada wajah dingin Alexander. Walaupun wajah itu dingin, tapi anak mata lelaki itu seperti bergetar. Amanda tidak sedar berapa lama dia merenung wajah itu sehinggalah kereta mereka perlahan-lahan mula berhenti.
"Masa untuk kerja. Pastikan gaji yang aku bagi tu berbaloi."
Dua belas ribu? Kerja yang macam mana yang laki tu harapakan agar berbaloi dengan nilai dua belas ribu tu?
Hahaha sis yang menulis, sis yang ketawa sendiri.
Mengong.
YOU ARE READING
CINTA YANG TAK DIUNDANG
RomanceBacaan matang. Perkahwinan yang dipilih sendiri atas dasar cinta mula dihiasi aura kedinginan sebaik sahaja usia perkahwinan mereka masuk ke empat tahun. Amanda tidak tahu di mana salah dan silapnya. Dia berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai...