BAB 2

641 15 0
                                    

Majlis hari jadi malam itu berlangsung dengan gilang gemilang. Semua orang menikmati majlis tersebut dan berborak antara satu sama lain. Tapi tidak untuk Amanda. Sedari tadi lagi matanya asyik melekat kepada empat orang lelaki Paradiso itu.

Noah memang lelaki yang baik, tetapi Alexander memiliki auranya yang tersendiri yang membuatkan semua mata akan memandang ke arahnya. Manakala William pula dengan aura memikatnya terhadap kaum hawa. Aaron mula dengan muka yang tidak berperasaanya membuatkan Amanda tertanya-tanya apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu.

Amanda bersyukur kerana dia dijemput hadir ke majlis seperti itu dan dia seharusnya menikmatinya dengan sebaiknya. Tambahan pula dengan Joanne yang rajin menemaninya di sisi membuatkan dia kurang berasa kekok.

"Manda, kau tunggu sini sekejap. Aku nak pergi tegur jiran aku sekejap. Lama tak nampak dia. Tunggu tau." Joanne tersengih sebelum meninggalkan Amanda seorang diri di situ.

"Pergilah. Ambil masa kau. Aku kat sini okey je. Boleh makan free." Amanda tersenyum menutup rasa kekok di hati. 

Semua yang hadir ke party itu bukannya calang-calang orang. Mustahil untuk dia bertegur sapa dengan mereka semua. Jadi lebih baik Amanda mengisi masanya dengan menikmati makanan yang disajikan.

"Wah.... spaghetti ni sedap. Cocktail buah ni pun sedap." Bulat mata Amanda menikmati makanan yang ada. Tidak pernah dia menikmati makanan yang sesedap itu. Daging yang dihidangkan pun sangat lembut dan sedap. Seperti cair di dalam mulut.

"Mungkin aku patut belajar masak sesuatu yang macam ni supaya Harris pun suka makan," omel Amanda perlahan. Tangannya mencuba pula salad buah-buahan. Sekali dirasanya dia sudah tahu salad itu ditambah dengan minyak kekacang membuatkan rasa sangat segar dan berlemak.

"You nak makan salad ni ke? Macam mana kalau ada kacang dalam ni? Bukan you allergic pada kacang ke?"" Suara William menegur pelakon perempuan di sebelahnya menggamit perhatian Amanda yang turut berada di situ.

"I dah check ingredient dalam ni, tak nampak pun apa-apa kacang dalam ni," balas perlakon perempuan itu.

"Err... maaf mencelah. Tapi dalam salad ni memang ada minyak kekacang," tegur Amanda kekok.

"Are you sure?" Mata william mengecil memandang Amanda. "You, go check with the chef." Dia memberikan arahan kepada salah seorang pelayan di situ.

Selang beberapa saat, pelayan itu kembali ke meja tersebut. "I have check it with the chef. Yes, there are hazelnut oil in it as secret ingredient."

"Nampaknya apa yang guest tu cakap, betul lah," sampuk salah seorang tetamu yang hadir.

"Nasib baik you tegur. You dah selamatkan I. Thanks. Tak tahulah apa yang akan jadi kalau I makan salad ni." Pelakon perempuan itu tersenyum ramah kepada Amanda. Hilang sudah sikap sombongnya tadi.

"Macam mana you boleh tahu? Are you a chef?" soal William ingin tahu. 

"Taklah. Cuma saya dah biasa memasak setiap hari, jadinya saya tahulah serba sedikit tentang makanan ni," Amanda membalas dengan rasa rendah diri.

Dalam beberapa minit sahaja, mereka telah dikelilingi oleh orang ramai, termasuklah dengan Noah.

"Pandainya awak." Noah mempamirkan rasa terkejutnya kepada Amanda.

"I could use someone like her." Aaron bersuara mendatar.

Alaxander pula hanya diam dan memerhati dari tadi.

"You ni...." Kata-kata William dipotong bila seorang laki menyapa mereka.

"Happy birthday, Mr. Alexander."

CINTA YANG TAK DIUNDANGWhere stories live. Discover now