BAB 1

731 19 1
                                    

Malam itu seperti dijanjikan, Amanda hadir ke party yang dijemput oleh Noah. Tetapi dia hanya pergi seorang diri tanpa suaminya. Walaupun dia tidak biasa hadir ke party seperti tu, Amanda cuba yang terbaik untuk dress up agar dia tidak kelihatan janggal di majlis tersebut.

"Comelnya baju ni, Manda. Buat kau nampak lebih muda," puji Joanne. Malam itu Joanne kelihatan cantik dan bergaya dengan dress berwarna merah jambu serta rambutnya yang disanggul tinggi. Berbeza dengan Amanda yang hanya mengikat rambutnya ekor kuda.

"Comel?" Amanda ketawa perlahan. "Aku rasa aku sorang je yang macam suram kat sini. orang lain bukan main vogue lagi. Kau pun sama, nampak macam perempuan kaya." 

"Kau jangan nak merendah diri sangat. Kau dah nampak okey sangat dengan dress biru ni. Percayalah cakap aku, kau nampak comel. Tapi laki kau tak dapat nak ikut. Rugi betullah." Joanne membuat muka annoying.

"Nak buat macam mana, dia kena kerja. Laki kau pula mana?" tanya Amanda sekadar ingin mengubah topik perbaulan.

"Dia ada kat sana tu. Tengah borak dengan kawan-kawan dia." Joanne menjuihkan bibirnya ke arah suaminya yang sedang rancang berbual dengan rakan-rakannya.

Ramai juga yang hadir ke party malam itu. Mata Amand memandang sekeliling cuba mengamati wajah-wajah di situ. Ternyata sangkaannya benar, semua orang yang hadir di situ adalah golongan elit yang kaya raya dan terkenal. Ada beberapa wajah yang sering muncul di kaca tv. Tidak kurang juga dengan ahli politik.

Amanda sekadar memasang telinga mendengar perbualan mereka di sekelilingnya. Semua orang bercerita tentang kemewahan masing-masing sehinggakan dia tidak dapat menghadamnya. Lagilah dia terasa kerdil berdiri di dalam majlis itu.

"Kau jangan senganlah. Diorang memang suka berborak macam tu. Tapi diorang semua baik je. Kalau kau nak tahu, rooftop bangunan ni ada swimming pool tau, tapi terhad untuk golongan Paradiso sahaja.

"Swimming pool lagi? bukan ke kat tingkat dua belas dah ada swimming pool? Besar mana bangunan ni sebenarnya?" Melopong mulut Amanda mendengar cerita Joanne.

"Cakap je pasal swimming pool, aku akan teringat dekat kau, Manda. Kau macam mana? Masih tak boleh berenang?" Joanne teringat peristiwa Amanda hampir lemas  sewaktu mereka mengambil kelas berenang di sekolah dulu.

"Kau ni... saja je nak tanya kan? Tak. Aku masih tak boleh berenang. Boleh tak kita jangan cakap pasal benda ni sekarang? Aku datang sini nak berjimba. Tak sangka pula ini birthday party. Mesti orangnya sangat kaya."

"Hey, watch it!" tegur satu suara garau.

"Oops... sorry." Kalut Amanda meminta maaf bila bahunya terlanggar seseorang. Matanya memandang atas, cuba melihat gerangan orang yang dia telah langgar. Lelaki itu merenungnya tajam. 'Apa? Lelaki itu tidak puas hati dengan dia ke?'

"Alex, kau okey tak?" tanya seorang lelaki yang menghampiri lelaki itu. Matanya beralih kepada Amanda. Lalu matanya jatuh pada jari manis Amanda yang tersarung cincin. "Dah kahwin," omelnya perlahan.

'Eh?' Bingung Amanda dengan reaksi lelaki yang berambut berketak itu.

"I don't get involved with married woman. Too bad," Tambah lelaki berambut berketak itu. Senyuman diukir lalu lelaki itu bergerak menjauhi Amanda. Di sebelahnya adalah artis perempuan yang namanya tengah naik sekarang.

Mata Amanda membesar. Ya, kini baru dia ingat lelaki itu. Itulah William, director terkenal. Amanda selalu nampak lelaki itu di red carpet di dalam kaca tv.

"You ni, jangan lupa pandang I juga. I pun cantik malam ni," rengek pelakon wanita di sebelah William sewaktu mereka melintas di sebelah Amanda.

Mungkin William sedang bercinta dengan pelakon wanita itu.

"When are you going to learn your lesson?" tegur satu suara kepada William. Wajah seriusnya dihiasi dengan topi hitam di atas kepala.

"Eh, bukan salah aku. Perempuan ni yang datang dekat aku." William mempertahankan dirinya.

"Kau ni memang tak pernah nak berubah, kan? Benda yang dalam otak kau hanya pasal perempuan dan movie." Bebel lelaki yang Amanda terlanggar tadi.

Tanpa mempedulikan Amanda, ketiga-tiga lelaki itu berjalan menjauhi Amanda. Amanda memandang lelaki  yang ketiga itu sambil berfikir. Wajahnya sangat tampan, ditambahkan lagi dengan bentuk tubuhnya yang sado, mestilah penampilan itu menarik mana-mana mata wanita di situ. Dan Amanda yakin, dia pernah nampak wajah lelaki itu. Tetapi siapa?

"Awak datang juga akhirnya." Suara lelaki mengembalikan Amanda dari lamunannya.

Amanda pantas berpaling ke arah gerangan suara itu. "Oh, awak. Terima kasih sebab jemput saya malam ni." Tersenyum lebar Amanda bila melihat Noah di depan mata.

"Tak payah la nak berterima kasih. Hari ni birthday Alex. Just relax and have fun."

"Okey," jawab Amanda sepatah. Dia sendiri buntu untuk menyambung perbualan dengan Noah.

"Enjoy the party." Noah tersenyum lalu mengorak langkah mengikuti lagi tiga sahabatnya.

"Wei, aku jealous. Tak sangka Noah masih ingat lagi dengan kau," ujar Joanne dengan rasa teruja.

"Joanne, siapa lelaki yang pakai topi hitam tu?" soal Amanda ingin tahu. Dia yakin dia pernah nampak muka lelaki itu. Tapi dia lupa di mana.

"Kau ni Manda, biar betul. Takkan kau tak kenal dia tu? Itu kan Aaron, model paling hot sekarang ni."

"A'alah. Baru aku teringat. Muka dia aku pernah nampak dalam majalah." Amanda menganggukkan kepalanya

"Yang muka beku tapi handsome tadi tu, Alexander. Dia tu agent hartanah terbesar kat sini dan pemilik bangunan ni. Yang sorang lagi tu aku rasa kau mesti kenal. Siapa je yang tak kenal dengan director terkenal kat negara ni, William. Noah pula adalah investor." Panjang lear Joanne menerangkan kepada Amanda.

"Ooo.. yeke..." Amanda menganggukkan kepalanya perlahan. Alexander, nama tu sangat familiar sebab dia pernah ada rakan sekolah yang sama nama dengan Alexander. Takkanlah orang yang sama. Tersangatlah mustahil. Lagi pun rupa diorang berbeza.

"Manda, kau nak minum tak?" Soalan Joanne mengembalikan Amanda ke dunia nyata. Satu gelas jus diserahkan kepada Amanda.

Sama seperti orang lain, mata Amanda memandang terus ke hadapan stage. Keempat-empat lelaki tadi sedang berdiri di atas pentas. Majlis sambutan hari jadi itu dimulakan dengan ucapan dari Noah dan Alexander.

Setakat ni, boleh layan tak cerita ni?
Sesekali nak juga buat cerita mengarut 😂

CINTA YANG TAK DIUNDANGWhere stories live. Discover now