BAB 9

512 18 6
                                    

"Kami berdua asal dari Kedah. Tak sangka pula dulu pernah jadi classmate masa sekolah menengah."

Mendengar dari cerita Alexander, Amanda terbayangkan wajah Alex, kawan zaman sekolahnya dulu. Senyuman mesra Alex, sampai sekarang dia akan ingat. Tetapi itu semua tidak ada pada Alexander. Tak mungkinlah mereka orang yang sama. Lagi pun Alex yang dulu takkan pernah bersikap memaksa, dingin dan tegas begini. Mereka dua orang yang berbeza. Mesti Alexander sedang menipu sekarang ni.

"Kebetulan yang sangat menarik. Mungkin kamu berdua memang sudah dijodohkan untuk bersama."

"Dulu masa saya pindah sekolah, saya tak sangka akan bertemu semula dengan Amanda." Alexander mengukirkn senyuman.

Amanda menggenggam penumbuknnya kemas. Kenapa segala cerita yang keluar dari mulut Alexander begitu detail dan sama dengan cerita zaman sekolahnya dulu? Dulu Alex juga terpaksa berpindah sekolah sebelum mereka sempat menghabiskan tingkatan lima bersama-sama.

"Dulu kami selalu jalan kaki balik rumah sama-sama. Keluar berdua pada hujung minggu. Ingat tak?" 

"Cinta zaman sekolah.... Cinta yang paling susah untuk dilupakan. Mungkin sebab itu Lucca sangat sukakan Amanda." Perempuan tua itu tersenyum dengan rasa kagum. Wajahnya berseri-seri seperti teringatkan kembali kenangan bercinta zaman sekolahnya dulu.

"Amanda memang sukakan binatang. Dulu family dia ada bela anjing, nama Loki." Alexander mengalihkan pandangannya pada Amanda. Kali ini wajah itu dihiasi dengan senyuman. Tapi senyuman tu langsung tidak sama dengan senyuman Alex.

Siapa dia ni? Ini bukan Alex yang Amanda kenal. Macam mana lelaki ini boleh tahu banyak perkara tentang Amanda? Siap pasal nama anjing pun boleh tahu. Takkanlah lelaki ni selidik sebegitu dalam tentang hidupnya?

"Kenapa, Amanda?' tegur perempuan tua itu bila Amanda hanya diam dari tadi.

Amanda tersentak. Semua mata kini tertumpu kepada Amanda membuatkan perempuan itu semakin tidak senang duduk. Senyuman cuba diukirkan mbagi menutup rasa di hati. "Betul tu, dulu banyak perkara yang kami lakukan bersama."

"Baguslah sebab kamu berdua berkongsi banyak memori indah bersama." Lelaki itu itu percaya dengan kata-kata Alexander dan Amanda.

Amanda menelan air liur. Jauh di sudut hatinya, dia rasa bersalah kepada dua orang tua di hadapannya kerana telah menipu mereka. Dia sendiri asalnya tidak yakin untuk berlakon menjadi tunang Alexander. Tapi semuanya berjalan dengan lancar, dan betapa mudahnya mereka ditipu oleh lakonannya.

Begitulah penipuan. Orang akan mudah terpedaya. Sama saja cerita dengan bekas suaminya dulu bagaimana Harris menipu  dan curang di belakangnya. Apa guna berkahwin? Di mana letaknya nilai sebuah perkahwinan jika seseorang itu boleh menipu dan menyakiti antara satu sama lain?

*******************************

Sampai sahaja mereka di condo Alexander, Amanda mengumpul kekuatan untuk bertanya soalan yang bermain di fikirannya sejak tadi. "Dulu masa zaman sekolah menengah, saya pernah ada kawan nama Alex."

Alexander hanya diam.

"Macam mana awak boleh tahu cerita tentang dia? Takkalah awak cari gali detail pasal hidup saya sampai macam tu sekali? Atau pun...." Otak Amand masih menafikan yang lelaki di hadapannya ini adalah lelaki yang sama dengan teman lelakinya dulu. Nafas ditarik dalam-dalam. "Atau pun awak ni adalah Alex yang saya kenal zaman sekolah dulu?" Dia terlalu takut untuk mendengar jawapan dari Alexander.

Alexander menanggalkan jaket sutnya sambil merengus kasar. Pandangan tajamnya beralih ke wajah Amanda. Kecut perut Amanda dengan perubahan wajah itu, tapi dia benar-benar ingin tahu jawapan dari lelaki itu.

CINTA YANG TAK DIUNDANGWhere stories live. Discover now