Tidak sangka dengan tip yang diberikan oleh Alexander, akhirnya Amanda berjaya menhafal semua profile yang terdapat di dalam kertas-kertas yang diserahkan oleh lelaki itu. Tak sangka masa cepat saja berlalu bila matahari mula menyingsing memancarkan cahaya paginya. Teruja dengan kejayaan sendiri, Amanda berbaring terlentang di atas katil seraya membalingkan kertas-kertas itu ke udara. Wajahnya terhias senyuman lebar dengan mata yang dipejamkan bagi mencari rehat setelah semalam berjaga.
Pada masa yang sama, pintu biliknya dibuka dari luar. Alexander terpegun sebentar bila beberapa helain kertas melayang di hadapan mukanya sebelum mendarat di hujung kakinya.
Mata Amanda terbuka luas bila terdengar pintu biliknya dibuka. Pantas dia bangun lalu duduk di atas katil. Situasi ini terasa seperti deja vu. Matanya terkebil-kebil memandang wajah Alexander yang diam di muka pintu.
"Bangun dan bersiap." Pendek arahan Alexander.
"Kalau ya pun, ketuklah pintu tu dulu," ucap Amanda perlahan bagi menutup malu dengan tindakannya membaling kertas-kertas itu. Apalah yang lelaki itu fikirkan ketika itu.
"Kau tak dengar ke? Aku suruh kau bersiap sekarang tapi tak perlu nak make up." Tegang wajah Alexander.
"Eh, kenapa pula?" Amanda pelik dengan arahan Alexander kali ini.
"Kau perlukan orang yang professional untuk hias muka pucat kau macam zombi tu sebelum ikut aku pergi kerja."
Amanda mengertap bibirnya geram. Tidak tahukah lelaki itu yang dia sudah bersusah payah berjaga satu malam hanya kerana ingin menghafal semua profile yang diberikan?
**********
Dengan kepala yang masih lalok, Amanda seakan tidak percaya bila kini dia berada di dalam pesawat peribadi. Bukan mereka berdua sahaja ketika itu, tiga lagi jejaka hangat sudah siap menunggu di dalam badan pesawat peribadi itu.
Seperti biasa, Arron yang akan sibuk menghias wajah Amanda. Lelaki itu tenang sambil menyapu warna di wajah Amanda. Amanda yang tidak cukup tidur, mengambil peluang ini untuk melelapkan matanya. Dia meletakkan seratus peratus kepercayaannya kepada Arron. Tidak pernah lagi sentuhan Arron membuatkan wajahnya menjadi buruk.
"You nampak penat betul," tegur William sebaik sahaja Arron menyudahkan kerjanya.
Amanda menguap perlahan. Rasa ngatuk cuba diusir. "Semalam saya tak dapat tidur dengan baik. Kita nak pergi mana ni?"
William memandang wajah Alexander seketika sebelum dia mengukirkan senyuman. "Ini rahsia."
Amanda menghela nafas panjang. Susah betul berurusan dengan orang kaya. Pemikiran mereka tidak sama dengan orang biasa sepertinya.
"Amanda, apa yang awak akan buat kalau awak kaya?" Soalan tiba-tiba dari Noah membuatkan semua mata tertumpu pada Amanda.
"Kaya?" soal Amanda kembali.
"Cuba bayangkan kalau tib-tiba awak dapat duit yang banyak. Banyak sangat sampai awak boleh dapatkan apa saja kat dunia ni. Apa yang akan awak buat dulu dengan duit tu?" Mata Noah tunak memandang wajah bingu Amanda.
Amanda berfikir seketika. Kalaulah dia ada duit yang banyak, perkara pertama yang dia mahu beli adalah rumah untuk dia dan Harris hidup bersama. Tapi itu cerita dulu. Harris sudah tidak ada. "Saya nak beli apron."
"Apalah yang sadis sangat jadi orang miskin sampai berangan nak beli apron?" Suara Alexander mendatar tapi tajam menuduk kalbu. Lelaki itu berpeluk tubuh sambil bandarnya disandarkan di seat dengan selesa.
"Nak buat macam mana. Itu yang saya terfikir buat masa ni. Kat kondo awak tak ada apron." Amanda bersuar untuk mempertahankan dirinya.
"Apron?" Arron cuba menghadam kata-kata Amanda.
"Dapat duit banyak-banyak hanya untuk membeli apron?" William menekur di atas lantai. Jelas yang dia tidak faham dengan impian Amanda.
"Okey, saya nak pergi food hunting satu Malaysia," ujar Amanda teruja. Harapnya kali ini jawapannya bernas.
"Awak patutnya pilih sesuatu yang lebih mahal," ujar Noah bersama senyuman.
"Hmm... saya nak pergi melancong tengok tempat yang cantik. Mungkin juga berpusing satu dunia dengan private cruise?" Jari Amanda bermain dengan dagunya sendiri sambil berfikir idea yang boleh diguna pakai.
Kedengaran satu keluhan berat. Amanda tidak perlu lihat dari siapa kerana dia boleh agak keluhan itu adalah daripada Alexander. Hanya lelaki itu satu saja yang suka perlekehkan apa yang dia cakap. Nak buat macam mana, dia orang biasa, mestilah impiannya juga biasa-basa. Takkan nak berangan pergi bercuti di bulan pula?
Perbualan mereka terhenti seketika bila handphone Alexander berbunyi.
"Yes, the usual treatment will be fine. No press conference. I will leaves the rest to you." Alexander melepaskan keluhan perlahan sesudah dia mamatikan panggilan.
Press conference? Amanda tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Wajah Alexander kelihatan tegang.
"Sekali lagi?" soal Noah kepada Alexander.
Alexander menganggukkan kepalanya perlahan.
"Wartawan memang suka mencari gosip murahan." Noah melepaskan keluhan perlahan.
"Nak buat macam mana, dah memang itu kerja mereka." tambah William.
"Cakap je 'no comment' macam selalu," sampuk Arron yang hanya diam dari tadi.
"Mereka semua memang tak pernah serik," bebel Noah.
"Apa yang sedang berlaku ni?" soal Amand tidak mengerti.
"Tak ada apa pun. Alex ni memang tak suka berurusan dengan wartawan," terang Noah pendek dan selepas itu masing-masing hanya mendiamkan diri.
Suasana yang sunyi membuatkan ngantuk Amanda kembali hadir. Kelopak matanya terasa memberat sebelum dia tidak sedar bila dia hanyut ke alam mimpi.
**********"Hey."
Terasa tidurnya terganggu, AManda membuka matanya.
"Kita nak landing."
"Ba... baik." Amanda membetulkan duduknya dan memasang tali pinggang keselamatan. Mereka sudah hampir sampai? "Berapa lama saya tertidur?"
"Dalam empat lebih," jawab Noah.
Bulat mata Amanda. Lama juga dia tertidur. "Ke mana kita nak pergi ni?"
"Selalunya penerbangan ke Ho Chi Minh ambil masa enam jam kan?" William bertanya pula kepada Noah.
"Oo.. enam jam untuk pergi Ho Chi Minh." Amanda menanggukkan kepalanya perlahan sebelum dia matanya terbuka luas. Hilang terus mengantuknya. "Ho Chi Minh?" Harapnya dia tidak salah terdengar. Cepat-cepat Amanda mengintai ke luar tingkap. Kelihatan bandar asing di bawah sana. Seriuslah mereka sudah sampai ke Ho Chi Minh?
Amanda tidak dapat menutup rasa terujanya. Matanya beralih memandang keempat-empat lelaki di hadapannya. Diorang ni ingat pergi Ho chi Minh macam pergi KL ke JB ke? Serius dia tidak faham dengan cara pemikiran orang kaya. Apa mereka nak buat di negara ni?
Kemalasan sedang berleluasa.
Maaflah kali ni pendek saja.
YOU ARE READING
CINTA YANG TAK DIUNDANG
RomanceBacaan matang. Perkahwinan yang dipilih sendiri atas dasar cinta mula dihiasi aura kedinginan sebaik sahaja usia perkahwinan mereka masuk ke empat tahun. Amanda tidak tahu di mana salah dan silapnya. Dia berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai...