Kereta Bentley itu berhenti di hadapan sebuah restaurant barat. Dari luar saja sudah kelihatan mewah. Terjeda Amanda seketika. Hari ni saja banyak perkara yang telah berlaku dalam hidunya. Dalam masa sehari, tiga tempat mewah yang dia telah pergi.
Amanda tersentak bila tiba-tiba saja tangannya dicapai oleh Alexander. "Kenapa ni?"
"Diam." Alexander mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
Amanda hanya memerhati dalam diam. Tanpa disangkanya, sebentuk cinci bertahtakan belian tersarung di dari manisnya.
"Mulai sekarang, kau tunang aku."
"Ha?" Otak Amanda jammed. Dia memandang jarinya tidak percaya. Perlahan-lahan memori lamanya menggamit rasa.
****************
"Sudikah you kahwin dengan I, Manda."
"Harris...."
"I janji I akan bahagiakan you sepanjang hidup I dan I takkan sia-siakan you."
Amanda memandang cincin di tangan Harris. Cincin itulah yang dia berkenan sewaktu mereka jalan-jalan di kaki kedai hari tu. Tak sangka Harris membelinya untuk dijadikan cincin pertunangan mereka.
*************
Memori lalu membawa rasa sebak di dada. Cincin yang Harris berikan kepadanya dulu sangat cantik. Tetapi cincin yang tersarung di jari manisnya kini jauh lebih bersinar dan menarik pandangan mata. Walaupun cincin itu jauh lebih mahal, ia tidak memberi apa-apa rasa pada Amanda.
Cincin itu hanyalah sebagai alat untuk dia berlakon menjadi tunang kepada Alexander. Tidak lebih dari itu. Hatinya terasa kosong. Amanda turun dari kereta itu lalu mengikuti langkah Alexander.
Tanpa banyak bicara, mereka dibawa ke satu ruang private untuk vip, lagi sekali.
"Kita akan berjumpa dengan client penting aku dengan isteri dia. Dia tu dah lama berkeras suruh aku kenalkan tunang aku pada dia." Alexander berbisik di telinga Amanda.
"Awak dah ada tunang?" Amanda mendongak memandang Alexander.
"Aku terlepas cakap, itu je. Dah, jom ikut aku."
"Eh, kejaplah." Terkial-kial kaki Amanda dengan kasut bertumit tinggi itu mengikut langkah besar Alexander.
Mereka melangkah masuk ke dalam ruang VIP. Di hadapan meja tersebut ada sepasang suami isteri yang sudah berusia. Mungkin umur mereka dalam lingkungan lima puluhan.
"Ha, Alex, sampai pun kamu." Lelaki tua itu memeluk tubuh Alexander.
"Akhirnya dapat juga kami berjumpa dengan tunang kami ni." Wanita tua itu menghampiri Amanda.
"Seronok berjumpa dengan kamu berdua. Dah lama kita tak berjumpa." balas Alexander.
Amanda tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Hanya senyuman yang mampu dia hadiahkan. Terasa kekok untuk beramah mesra dengan orang yang dia tidak kenal. Anak mata Amanda beralih kepada hidangan di atas meja, matanya membesar. Semua makanan di situ kelihatan mewah dah sedap. Tak pasal-pasal perutnya berkeroncong minta diisi.
Suasana menjadi sunyi seketika. Mungkin tidak sangka dengan bunyi yang baru mereka dengar tadi.
Perempuan tua itu ketawa perlahan. "Maaf, mesti kamu sudah lapar kan? Jomlah duduk makan." Perempuan tua itu menarik Amanda menghamipiri meja makan.
Amanda tersengih malu. Sempat matanya mengerling ke arah Alexander yang memandangnya dengan rasa tidak percaya. Apa boleh buat, dari petang tadi lagi dia belum makan, terus bergegas menghadiri sesi interview Alexander. Lepas je incident dia terjatuh dalam kolam, Alexander memaksa dia mengikut lelaki itu atas urusan kerja. Sudah la otaknya berkerja keras hari ni, jadi memang logiklah kalau perutnya lapar.
YOU ARE READING
CINTA YANG TAK DIUNDANG
RomanceBacaan matang. Perkahwinan yang dipilih sendiri atas dasar cinta mula dihiasi aura kedinginan sebaik sahaja usia perkahwinan mereka masuk ke empat tahun. Amanda tidak tahu di mana salah dan silapnya. Dia berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai...