Sinopsis

60 4 2
                                    

Dia seorang gadis yatim piatu. Mempunyai seorang abang yang overprotective. Nuril Awra dibesarkan dengan kasih sayang seorang abang yang sangat bertanggungjawab menjaga dirinya.

Kehilangan kedua ibu bapa mereka dalam satu kemalangan pada usia yang masih muda menyebabkan dia kurang merasai kasih sayang dari seorang ibu dan ayah. Namun itu tidak menjadikan dia merasa kekurangan. Baginya Adwa adalah ibu, Adwa adalah bapa, Adwa adalah abang sebagai tempat dia mencurahkan segalanya. Mereka dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka sehingga Awra tamat sekolah menengah. Setelah itu, ibu dan bapa saudaranya terpaksa berpindah ke Sarawak atas urusan kerja. Adwa membuat keputusan untuk tidak membenarkan Awra turut berpindah ke sana tatkala dirinya sedang melanjutkan pelajarannya di salah sebuah universiti awam di semenanjung. Dia tidak sanggup untuk berpisah dengan satu-satunya adik yang dia ada.

Sejak daripada itu, dia berusaha keras bekerja sambil belajar bagi menampung keperluan kehidupan mereka. Dia redha dengan ketentuan Ilahi.

Membesar hanya berdua dengan abangnya dengan jarak usia mereka yang hanya berbeza cuma lima tahun menjadikan dia seorang yang lebih memahami dan cepat matang. Awra turut bekerja sambil belajar apabila dia menjejakkan kaki ke menara gading bagi meringankan beban yang ditanggung abangnya. Hidup mereka semakin baik setelah Adwa menamatkan pengajiannya dan bertugas sebagai doktor perubatan di salah sebuah hospital di ibu kota.

Tinggal dengan abangnya yang overprotective kadang kala membuat dirinya merasa sedikit rimas namun dia akur untuk kebaikan dirinya. Di saat masih baru berjinak di alam pekerjaan dia berkenalan dengan seorang jejaka bernama Haiqal. Haiqal seorang lelaki yang up to date, sentiasa mengikut perkembangan dan trend semasa. Dia mempunyai kawan yang ramai dan sering keluar bersosial. Perwatakan Nuril yang lembut menyebabkan hati Haiqal terpaut. Nuril jarang keluar dengan Haiqal dek kerana Adwa tidak membenarkannya, mereka banyak berbual melalui telefon. Walaupun umurnya sudah menginjak dewasa, sikap overprotective Adwa terhadap Nuril masih tidak berubah.

Asrar merupakan seorang doktor pelatih yang bertugas di salah sebuah hospital di utara tanah air. Entah mengapa dia tercampak ke situ sedangkan hospital pilihannya adalah di ibu kota. Namun dia akur kerana perkara itu tidak mendatangkan masalah baginya memandangkan dia sememangnya berasal dari utara tanah air. Asrar seorang yang komited dengan kerjayanya, sepanjang housemanship dia tekun menumpukan perhatian dalam kerjanya.

Sara merupakan seorang jururawat di hospital swasta. Dia berkenalan dengan Asrar sewaktu mereka terlibat dalam satu seminar yang dianjurkan di tempatnya bekerja. Sejak daripada itu hubungan mereka semakin rapat dan Sara meluahkan hasrat hatinya pada Asrar. Asrar menerimanya walau hakikatnya dia tidak pernah kenal erti cinta yang sebenar. Dengan usianya yang masih mentah dalam percintaan pada ketika itu, Asrar beranggapan itulah cinta yang ditunggunya selama ini.

Namun begitu, di sangka mereka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.

My Belahan JiwaWhere stories live. Discover now