"Doktor Asrar!" Jerit seorang jururawat pada Asrar yang sedang berjalan di lobi wad. Dia baru sahaja menyelesaikan tugasannya di wad dan sedang dalam perjalanannya untuk ke klinik rawatan pesakit luar. Asrar menoleh seusai terdengar namanya di panggil.
"Huh? Ye, kenapa? Ada emergency ke?"
"Hah? Eh, tak...tak. Ini...ada orang beri pada doktor." Jururawat itu menghulurkan sebiji kotak kek kepada Asrar. Kotak kek itu bersaiz kecil, ianya hanya boleh memuatkan dua potongan kek sahaja di dalamnya. Berkerut kening Asrar melihat kotak tersebut.
"Eh, apa ni?" soal Asrar.
"Tak pasti doktor." Jururawat itu terus berlalu seusai berkata demikian.
Eh, siapa pula yang bagi ni? Asrar membuka kotak tersebut dan dilihatnya terdapat lima biji kuih tart telur yang masih suam dan terselit sekeping nota kecil di dalamnya.
Huh? Ada nota.
'To Asrar,
I know you really love egg tarts.
Enjoy your tart!
From : Sally'
Laa...Sally rupanya. Tapi mana dia tahu aku suka tart telur ni? Haish... Macam-macamlah dia ni. Asrar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sendirian. Dia kemudian berpatah balik menuju ke wad. Dia berhenti di hadapan kaunter lalu menghulurkan kotak berisi tart itu kepada seorang jururawat lelaki yang sedang bertugas.
"Naim. Ni ada tart telur, nanti kamu sharelah dengan yang lain-lain." Pesan Asrar.
"Huh? Tart telur? Sedap tu. Siapa bagi ni doktor?"
"Kawan saya. Tapi saya baru je makan semalam...rasa too much pula nak makan lagi untuk minggu ni hehe. Kamu makanlah."
"Owh, ye ke. Alright, thank you doktor." Balas Naim tersenyum. Asrar kemudiannya beredar keluar dari wad.
******
Suasana di klinik pada petang itu agak sesak dengan para pesakit dan pelawat. Nombor giliran dipanggil bersilih ganti. Asrar sedang merawat seorang anak kecil yang mengalami patah tulang tangan akibat terjatuh ketika bermain di pusat asuhan dua minggu yang lalu. Dia datang untuk temujanji.
"Doktor...doktor...bila Aidil boleh guna tangan Aidil ni?" Soal anak kecil yang berusia lima tahun itu kepada Asrar dengan tutur yang sedikit pelat dalam nada ceria. Aidil ditemani oleh bapanya. Asrar melemparkan senyuman kepadanya.
"Dah tak sabar nak guna tangan ye?" Asrar menyoal tersengih.
"Aidil tak dapat nak main dengan kawan. Papa tak bagi." Balas Aidil sambil menjeling ke arah bapanya.
"Macam nilah dia doktor, hari-hari dia suruh buka balutan simen tu. Saya pun dah pening, tak tahu macam mana nak explain pada dia."
"Hehe...tak boleh lagi ni Aidil. Aidil kena pastikan tangan Aidil betul-betul pulih baru doktor boleh buka balutan simen tu."
"Hari ni kita kena x-ray tangan anak encik ye, kami perlu lihat perkembangan kesembuhan tulang tu." Kata Asrar pada bapa Aidil.
"Owh, baik doktor."
"Alright. Jom Aidil kita ke bilik x-ray." Ajak Asrar lalu bangun dari kerusinya. Asrar membawa kedua anak beranak itu ke bilik x-ray dan meninggalkan mereka di situ untuk prosedur seterusnya yang akan dikendalikan oleh juru x-ray. Sementara menunggu proses tersebut Asrar menyambung tugasnya dengan memanggil pesakit seterusnya.
Tuk! Tuk!
Pintu bilik diketuk dan pesakit tersebut menjengah di muka pintu. Asrar berbicara seraya matanya tertumpu pada kad rawatan untuk membaca nama pesakit tersebut.
YOU ARE READING
My Belahan Jiwa
Fanfiction~ Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat pengajaran darinya dan apabila kita bertemu dengan jodoh kita yang sebenar, kita akan bersyukur dengan ketentuanNya ~ ~ Allah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertepatan...