Pagi itu Nuril singgah di sebuah kafe untuk membeli secawan kopi kegemarannya iaitu mocha latte sebelum dia meneruskan perjalanan ke pejabat. Nuril membuat pesanan di kaunter, sementara menunggu pesanannya siap dia meninjau roti-roti yang tersusun di rak berhampiran kaunter. Bau aroma kopi dan roti yang sedang dibakar menusuk hidungnya.
Hhmm...sedapnya bau. Roti-roti ni pun nampak macam sedap je. Nuril berkata-kata di dalam hati lalu menyepit beberapa buku roti yang berjaya menarik seleranya lalu diletaknya ke atas talam. Sesudah membuat bayaran Nuril berjalan keluar dari kafe tersebut.
Ketika melalui koridor deretan kedai tersebut Nuril terkial-kial mencari kunci kereta dari dalam beg tangannya. Di tangan kirinya dia memegang cawan kopi dan satu plastik roti manakala tangan kanannya masih meraba-raba dalam beg mencari kunci kereta. Dia mengintai-intai ke dalam beg tangannya.
"Haiish! Mana pulak kunci ni? Aku rasa aku letak dekat poket beg ni tadi." Nuril mengomel.
Nuril mengambil keputusan untuk berhenti seketika bagi mencari kunci keretanya. Sedang dia membelek beg tangannya, tanpa disedari dia dilanggar oleh seorang pemuda yang sedang bercakap di telefon dari arah hadapan.
"Errkk...!!" Nuril terkejut. Cawan mocha latte yang dipegangnya terlepas dari genggaman lalu jatuh ke lantai. Air tersebut tumpah membasahi lantai koridor dan percikan air kopi terkena pada skirt yang dipakainya. Nuril tergamam.
"Huh!!!?" pemuda itu berpaling dengan wajah yang terkejut.
"Jalan tak pandang depan ke?!" Jerkah pemuda itu sambil memandang ke arah Nuril lalu matanya terpandang pada cawan kopi yang berada di lantai. Dia mengibas-ngibas kaki seluarnya yang juga terkena percikan air kopi yang tumpah tadi. Percikan itu meninggalkan kesan kotor pada seluar berwarna khaki yang dipakainya. Pemuda itu tanpa menyedari telah mengundur ke belakang ketika dia sedang berbual di telefon lalu melanggar Nuril yang berdiri dibelakangnya. Nuril membalas pandangan pemuda tersebut dengan dahi yang berkerut.
Eh, dia ni. Dia yang langgar aku, aku pulak yang dipersalahkan?! Haiish!
"Encik...siapa yang langgar siapa sebenarnya ni? Saya berdiri dekat sini dari tadi lagi."
"Eh? Awak yang jalan tak pandang depan. Awak salahkan saya pulak?" Pemuda itu mempertahankan dirinya.
"Tak apalah encik. Saya minta maaf sebab seluar encik dah kotor." Ucap Nuril. Dia malas untuk bertekak, dia risau dia akan terlambat tiba di pejabat jika dia melayan kerenah lelaki terbabit.
"Aiish! Awak tahu tak saya ada meeting pagi ni. Macam mana saya nak pergi dengan keadaan macam ni?" Kata pemuda itu lagi. Dia mengomel sambil memandang kaki seluarnya yang kotor.
"Minta maaflah encik. Itu encik fikirlah sendiri." Kata Nuril selamba. Dia geram, ikutkan hatinya mahu saja dia untuk melihat CCTV dari kedai yang berdekatan tapi memandangkan dia sudah lambat untuk ke pejabat, dia membiarkannya sahaja. Nuril kemudiannya mengutip cawan yang jatuh tersebut lalu dibuangnya ke dalam tong sampah berdekatan.
"Ish! Dia ni!" Kata pemuda itu tidak berpuas hati.
Nuril kemudiannya masuk ke kedai di sebelahnya untuk memaklumkan kepada pemilik kedai, berkenaan air kopinya yang tertumpah itu. Tujuannya hanya untuk memastikan tumpahan itu dibersihkan segera agar tidak mengganggu perjalan kaki yang lain. Pemuda tersebut terkebil-kebil memandang gelagat Nuril.
"Ye ka Miss? Owh, tak apa. Nanti saya panggil itu staf untuk bersihkan." Kata penjual Cina terbabit.
"Maaf uncle. Terima kasih uncle. Sorry, menyusahkan uncle."
"Owh, tak apa. Small matter saja."
Nuril kemudiannya melangkah keluar dari kedai tersebut, dia memerhati sekitar sama ada lelaki terbabit masih ada di situ atau pun sudah beredar.
YOU ARE READING
My Belahan Jiwa
Fanfiction~ Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat pengajaran darinya dan apabila kita bertemu dengan jodoh kita yang sebenar, kita akan bersyukur dengan ketentuanNya ~ ~ Allah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertepatan...