Bab 7

23 3 0
                                    

Malam itu selepas solat isyak Nuril duduk di sofa sambil menonton televisyen. Matanya tertumpu pada kaca televisyen namun fikirannya melayang pada peristiwa yang berlaku pada petang tadi. Nuril tersenyum sendirian apabila teringatkan apa yang berlaku petang tadi ketika di pasar malam. Tak semena-mena dia menekup muka dengan bantal yang dipegangnya sejak dari tadi beberapa kali. Rina yang baru keluar dari biliknya perasan akan perbuatannya itu.


"Kau dah kenapa Nuril?" tegur Rina. Nuril tersentak. Dia mengalihkan bantal dari menekup mukanya. Dia tersengih ke arah Rina bagaikan kerang busuk. Rina berjalan menghampiri Nuril.


"Hehe...tak ada apa-apa." Jawab Nuril ringkas sambil memeluk bantal tersebut.


"Ye ke? Boleh percaya ke kau ni?" Rina mengerling lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Nuril.


"Huh? Kenapa?"


"Tu.. tu.. kenapa pipi kau merah tu?" soal Rina lagi. Nuril tercengang.


"Huh?! Merah ke? Nampak ke?" Nuril meraba-raba pipinya. Rina ketawa melihat gelagat Nuril.


"Haha...kau mana boleh sorok. Jelas sangat nampak dekat muka kau tu."


Sungguh, itulah salah satu kelemahan dia. Nuril tidak mampu untuk mengawal perasaan malunya. Walaupun dia boleh menyembunyikannya melalui kata-kata namun dia tidak mampu untuk menyembunyikan dari wajahnya. Pipinya akan mulai kemerahan saat dia merasa malu.


"Ala...kau ni. Aku kan... petang tadi, aku terserempak dengan lelaki yang aku jumpa dekat taman dulu tu."


"Huh?! Seriously?! Patutlah muka kau merah. Kau jumpa dekat mana? Ceritalah kat aku." soal Rina teruja.


"Actually...dia terlanggar aku petang tadi dekat gerai murtabak. Terkejut aku."


"Dah lama kot, tiba-tiba dia muncul semula. Dia duduk area situ ke?" Ujar Rina lagi.


"Ha ah. Dia baru pindah situ katanya."


"Wah! Sempat kau berkenalan dengan dia. Hehe. Seronoknya. Siapa nama dia?"


"Ntah, aku tak tahu nama dia. Aku tak tanya. Aku cakap-cakap kejap je dengan dia lepas tu aku lari. He..."


"La...kenapa kau lari?" soal Rina hairan.


"Aku malu..."


"La...kau ni. Malu apanya..." Ujar Rina seakan tidak percaya. Nuril tersengih.


"Aku malu sebab aku nangis dekat sebelah dia hari tu haha."


"Haha.. tapikan...Remy tinggal dekat area situ."


"Ha ahlah, terlupa pulak aku."


"Mesti Remy tahu kot."


"Eh, kau tak payahlah tanya."


"Hehe...takut ye?"


"Ish, taklah. Aku segan." Ujar Nuril sambil menjeling ke arah Rina.


"Kau dah terpikat dengan lelaki tu ke?" soal Rina yang sedang merenung ke arah Nuril.


"Huh?! Kenapa kau tanya macam tu?"


"Sebab aku tengok kau tu lain macam je. Pipi kau pulak merah-merah. Kau malu sebab dah jatuh hati pada lelaki tu eh??" Rina meneka. Sengaja dia mengusik Nuril.


"Isshh, kau ni memandai je. Buatnya dia dah kahwin, tak memasal je cari pasal."


"Haha...tapi firasat aku mengatakan dia masih single." Kata Rina sambil mengangkat-angkat keningnya. Nuril terkebil-kebil memandang ke arah Rina.

My Belahan JiwaWhere stories live. Discover now