Bab 10

16 3 0
                                    

Beberapa hari selepas itu Nuril dan Rina keluar ke pusat bandar Kuala Lumpur. Mereka menuju ke pesta buku yang sedang berlangsung di PWTC. Rina menemani Nuril yang mahu mencari novel.

“Banyak ke novel yang kau nak beli?” tanya Rina seraya mereka berdua berjalan menaiki tangga.

“Tengok keadaan hehe. Mungkin dua atau tiga.” Balas Nuril.

“Haish, ulat buku betul kau ni hehe.”

“Kau ejek aku eh?” Ujar Nuril sambil menjeling.

“Ish, taklah. Bagus apa jadi ulat buku daripada jadi ulat bulu naik daun hahaha.” Rina berseloroh.

“Hahaha. Kau ni.”

“Nuril...aku nak ke tandas sekejap. Tunggu aku tau.”

“Okay. Aku tunggu kau kat depan tu.” Ujar Nuril lalu berjalan ke booth buku berhampiran. Dia membelek-belek buku yang ada di situ.

Seusai selesai urusan di tandas Rina berjalan perlahan sambil mencari-cari kelibat Nuril. Pengunjung yang ramai pada ketika itu membataskan sedikit pandangannya. Dia memanjangkan sedikit lehernya.

“Eh! Rina!” Tegur satu suara. Rina menoleh ke arah suara tersebut. Dia tersenyum.

“Kau Asrar. Ingatkan siapa tadi.”

“Akulah...kau nak beli buku ke?” soal Asrar.

“Aku? Beli buku? Hmm, kirim salam lah. Aku teman Nuril. Ntah ke mana dah dia pergi. Kau sorang ke?”

“Haah, aku sorang je. Tadi ajak Remy, dia tak mahu ikut. Penat katanya, semalam seharian dia dekat site. Sejak dua menjak ni, busy betul dia.” Terang Asrar.

“Owh, banyak projeklah tu. Erm, kau nak join kita orang?”

“Erm...boleh jugak. Ada jugak geng hehe.”

“Jom...tapi tolong aku cari Nuril dulu. Dah lemas dalam buku kot minah sorang ni haha.”

“Hehe..Macam mana nak tolong cari, rupa dia pun aku tak tahu macam mana.” Ujar Asrar tersengih.

“Aduh! Aku lupa kau tak pernah jumpa dia lagi. Takpe, kau ikut aku jelah.” Ujar Rina lalu berjalan menuju ke hadapan sedikit daripada booth yang diberitahu oleh Nuril tadi. Asrar membuntuti Rina dari belakang. Setelah beberapa minit berjalan, Rina akhirnya ternampak kelibat Nuril di hadapannya yang membelakanginya. Walaupun pandangan dari belakang Rina masih boleh mengenali Nuril berdasarkan pakaian dan beg sandang yang dipakainya. Nuril sedang khusyuk membelek buku di tangannya.

“Hahh! Jumpa pun kau. Amboi! Khusyuknya membaca.” Sapa Rina sambil menepuk belakang Nuril.

“Huh?!! Uishh...terkejut aku.” Ujar Nuril lalu menoleh ke arah Rina di belakangnya. Seusai menoleh dia terus terpandang wajah Asrar yang sedang berdiri di belakang Rina dengan riak wajah yang agak terkejut. Fizikal Asrar yang agak tinggi itu menyebabkan dia mudah menonjol. Terbeliak mata Nuril memandang ke arah Asrar. Mata Nuril dan Asrar bertentangan untuk seketika. Rina yang perasan akan situasi tersebut merasa pelik, dipandangnya silih berganti antara Asrar dan Nuril.

“Awak??” kata Asrar dan Nuril serentak.

“Eh! Korang ni kenapa?” Rina terpinga-pinga, dia cuba memahami  situasi tersebut. Suara Rina itu menyedarkan mereka berdua. Asrar tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak percaya gadis yang dicarinya selama ini berada begitu hampir dengannya.

Nuril menarik Rina menjauh sedikit dari Asrar. Rina sedikit kaget.

“Eh, eh..kau kenapa?”

“Rina. Lelaki yang berdiri dekat belakang kau tu. Lelaki yang aku jumpa dekat taman dan pasar malam tulah.” Bisik Nuril perlahan.

My Belahan JiwaWhere stories live. Discover now