Bab 14

12 3 0
                                    

Pada pagi hari Sabtu minggu itu Asrar dan Remy bersiap-siap mengemas barang-barang yang akan mereka bawa untuk berkelah. Mereka sudah pun memerap daging ayam dan beberapa jenis makanan laut dan menyimpannya di dalam kotak putih yang berisi ais bagi menjaga kesegaran bahan mentah itu dari rosak. Tugas untuk membawa dapur untuk memasak dan lain-lain peralatan diserahkan kepada abang Nuril memandangkan keretanya ada ruang kosong kerana hanya mereka berdua yang akan menaiki kereta tersebut. Manakala Remy, Rina dan Nuril akan naik bersama Asrar.

Asrar memandu kenderaannya menuju ke kawasan perumahan Rina dan Nuril. Mereka menunggu di parkir kereta.

"Assalammualaikum..." Asrar menyapa saat ternampak kelibat Rina dan Nuril berjalan menghampirinya. Dia sudah menunggu di luar kereta di tepi tingkap penumpang sambil berbual-bual kosong dengan Remy.

"Waalaikumussalam..." Jawab Rina dan Nuril serentak. Asrar memandang ke arah Nuril yang melemparkan senyuman kepadanya. Dia membalas senyuman gadis itu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis itu semenjak pesta buku tempoh hari.

"Korang dah ready nak gerak? Sihat semua?" soal Asrar sambil menyusun beg Nuril dan Rina di dalam bonet kereta. Nuril menghulurkan bakul berisi makanan untuk perkelahan mereka nanti kepada Asrar.

"Alhamdulillah sihat. Cuma Nuril ni baru baik dari demam." Ujar Rina bersahaja.

"Rina..." bisik Nuril perlahan pada Rina menandakan dia tidak suka Rina membicarakan soal dirinya di hadapan Asrar. Entah kenapa dia begitu segan dengan lelaki itu.

"Huh? Demam?"

"He...Alhamdulillah, dah okay dah. Tak cukup rehat agaknya hari tu." Balas Nuril tersengih.

"Owh, okay... Erm, Adw...eh, errk...abang Awra mana? Dia nak konvoi sekali ke?"

"Haa...lupa nak bagitahu. Dia gerak lewat sikit, dia suruh kita gerak dulu."

"Owh, ye ke. Okay, jom kita." Mereka kemudiannya masuk ke perut kereta dan memulakan perjalanan menuju ke Port Dickson. Perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke Port Dickson tidaklah begitu jauh. Asrar memandu keretanya dalam keadaan santai.

"Sorrylah korang. Playlist dalam kereta Asrar ni banyak lagu nasyid je. Hope korang okay." Remy bersuara seraya jarinya sibuk menyentuh pada skrin radio kereta Asrar.

"Haha...kau ni Remy." Rina membalas. Nuril hanya ketawa kecil.

"Weh! Kau ni...aku tak sempat nak dengar lagulah. Nasyid je yang sempat aku search hari tu hehe. Kalau rasa nak dengar lagu lain, kau carilah dalam tu." Ujar Asrar sambil menyentuh skrin pada radio keretanya. Dia lalu menekan aplikasi spotify.

"Haha...yelah aku cari. Korang nak dengar lagu apa? Any request? Nuril? Kau nak dengar lagu apa?" soal Remy.

"Huh? Hmm, ikutlah lagu apa-apa. Aku okay je."

"Ala...requestlah satu lagu. Lagu favourite kau ke."

"La...kau ni, tanya Nuril kenapa? Dia ni sama species dengan Asrar, layan lagu nasyid.." Rina mencelah.

"Eh! Aku layan jugaklah lagu-lagu lain."

"Iye ke? Cuba bagi tajuknya."

"Erm, lagu Khai Bahar Luluh.."

"Huh? Lagu sedih."

"Hehe...lirik lagu tu yang aku suka."

"Carilah Remy...sedih sangat ke lagu tu?" Asrar menyampuk.

"Kejap...tengah cari. Hah...ada, kalau ada lagu-lagu lain bagitau. Aku jadi DJ kejap hari ni hahaha." Mereka kemudiannya mendengar bait-bait lirik pada lagu tersebut. Asrar tersenyum kelat mendengar lagu tersebut. Lirik lagu itu sebenarnya memberi kesan pada dirinya.

My Belahan JiwaWhere stories live. Discover now