Bab 18

13 0 0
                                    

Hampir jam sebelas malam baru mereka semua beransur balik ke bilik masing-masing. Rina merebahkan dirinya di atas katil dengan pakaian yang belum disalinnya.

Bestnya dapat baring...” ujar Rina sambil memandang pada Nuril yang sedang mencabut tudungnya.

“Salinlah baju dulu. Tak akan nak tidur tanpa bersihkan diri dulu? Nanti kalau kau mengingau tengah malam, aku tak nak tolong.” Tegur Nuril. Dia mencapai tualanya lalu melangkah menuju ke bilik air.

“Hmm...ye lah Cik Nuril. Janganlah bebel kat aku.”

“Aku bukan bebel, aku nasihatkan je. Tak nak dengar sudah.”

“Eh...Nuril...Nuril...” panggil Rina yang bingkas bangun dari pembaringannya. Nuril yang sudah melangkah masuk ke bilik air keluar semula sambil menjengukkan kepalanya di pintu bilik air.

“Errmm, apa?”

“Eh, kejaplah. Aku nak tanya kau sesuatu.”

“Nak tanya apa? Kejap lagilah. Bagi aku settle solat semua dulu. Kejap lagi kita chit chat ye hehe...” balas Nuril lalu menutup pintu bilik air tersebut. Bukan dia tidak mahu melayan pertanyaan Rina tapi baginya, dia perlu mendahulukan solat terlebih dahulu. Rina hanya diam tidak membalas, dia sudah masak dengan perangai sahabatnya itu. Seusai mereka siap menunaikan kewajipan kepada yang Maha Pencipta, Nuril merebahkan dirinya di atas katil bersebelahan katil Rina.

“Ya Allah. Nikmatnya dapat baring.” Ujar Nuril lalu memeluk sebiji bantal. Rina hanya ketawa kecil melihat gelagat Nuril.

“Hmm, Rina. Tadi kau nak tanya aku apa?” soal Nuril. Rina melabuhkan punggungnya di tepi katil Nuril lalu memandang ke arahnya. Rina tersenyum.

“Laa...senyum pulak. Kalau tak ada apa-apa, aku nak tidurlah.” Nuril menarik selimut menutupi badannya lalu dia terpandang pada pergelangan tangannya yang lebam. Cepat-cepat dia menyorokkan tangannya itu di bawah selimut. Dia tidak mahu Rina perasan.

“Ala kau ni...” Cebik Rina.

“Hehe...kau nak tanya apa?”

“Erm...apa pendapat kau tentang Asrar?” Berkerut dahi Nuril saat Rina mengutarakan soalannya.

“Apa maksud kau Cik Rina oii? ‘Tentang’ tu luas, banyak cabangnya. Kau maksudkan berkaitan apa?”

“Hmm...okay, okay... aku straight to the point jelah. Kau...suka Asrar tak?”

“Huh??!” Bulat mata Nuril. Dia tergamam seketika.

“Kenapa kau tanya macam tu?”

“Sajalah aku tanya, aku tengok kau dah makin rapat dengan dia hehehe.”

“Aisshh, rapat je...”

“Ye ke? Tapi aku tahu, kau suka dia. Kan? Kan? Kan?” Rina meneka sambil tersengih. Nuril menjeling, pipinya sudah merah.

“Ishh! Taklah.” Nuril cuba berselindung. Sungguh dia sudah pun jatuh hati pada Asrar, namun dia merasakan dirinya tidak layak untuk digandingkan dengan Asrar.

“Hah!! Pipi kau dah merah...hahaha. Kau tak boleh nak sorok dari akulah.” Ujar Rina ketawa. Nuril segera menarik selimut menutupi mukanya.

Aiissh! Menyesal pulak aku tanya si Rina ni. Kalaulah aku tahu dia nak tanya pasal ni, aishh...baik aku diam je tadi.

“Tak payah nak tutuplah muka tu. Aku dah nampak hahaha.” Rina menambah, dengan perlahan Nuril menarik semula selimut yang menutupi mukanya. Nuril mencebik.

“Kalau aku suka dia sekali pun, aku tak rasa yang aku layak untuk dia.” Tutur Nuril perlahan.

“La...kenapa pulak? Kenapa kau fikir macam tu?”

My Belahan JiwaWhere stories live. Discover now