“Doktor! Patient bed 10 desat!” pekik seorang jururawat selang beberapa katil dari Asrar.
“Huh?!!” Asrar tersentak. Dia adalah doktor oncall pada malam itu.
Pada ketika itu, Asrar sedang mengambil darah seorang pesakit. Jarum sudah pun berada dalam vena pesakit tetapi belum sempat lagi untuk dia menarik picagari tersebut. Asrar menjadi serba salah sama ada mahu meneruskan prosedur ataupun tidak.
“Tak apa doktor. Doktor pergilah tengok pesakit tu dulu, kejap lagi sambunglah ambil darah saya semula.” Kata pesakit yang sedang dicucuk tersebut.
Alhamdulillah! Ya Allah, aku bersyukur dapat pesakit yang memahami.
“Terima kasih pakcik. Kejap lagi saya datang semula.” Ujar Asrar lalu dia bergegas ke katil 10.
Setibanya Asrar di katil pesakit terbabit, dia mendapati pesakit tersebut sudah tidak bernafas, degupan jantungnya lemah, mukanya sudah pucat dan nadinya juga tidak dapat dirasai. Seketika kemudian seorang jururawat dan seorang house officer (HO) lelaki datang membawa troli kecemasan. Cardiac monitor dipasang, bag valve mask (BVM) ditekup dan Asrar terus memulakan CPR. Asrar menggunakan sepenuh tenaganya bagi menyelamatkan pesakit. Seorang lagi HO perempuan sedang mengepam BVM.
“Change!” ujar Asrar seketika kemudian setelah dia hampir kehabisan tenaga. HO lelaki tadi pula mengambil alih tugasan CPR.
“Prepare intubation set!” Pekik Asrar.
Beberapa orang jururawat bergegas membuat persediaan untuk intubasi. Intubasi diteruskan, dan dengan sekali percubaan, ETT telah berjaya dimasukkan. Asrar kemudiannya mengambil alih semula tugasan CPR selepas HO lelaki tadi sudah kepenatan. Keringat mula membasahi tubuh mereka. Adrenaline diberikan kepada pesakit namun jantung pesakit tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Beberapa dos adrenaline diberi lagi namun jantung pesakit masih juga tiada tindak balas.
Ya Allah! Ya Allah! Kau selamatkanlah pesakit ni. Asrar berdoa di dalam hati.
Usaha mereka akhirnya menemui jalan buntu setelah hampir 45 minit berhempas pulas. Asrar akhirnya menghentikan CPR, pesakit masih tidak bernafas, jantungnya juga tiada degupan, pada cardiac monitor juga tiada bacaan dan anak mata pesakit juga tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap cahaya.
“Time of death, 2.35am. Inna lillah waina ilahi rajiun... Allah lebih sayangkan dia.” Asrar mengumumkan waktu kematian pesakit tersebut. Dia akur dengan ketentuan Ilahi. Itulah saat yang paling banyak meninggalkan kesan dalam dirinya. Walau sudah lali dengan kematian pesakit yang dia hadapi hampir setia hari, namun dengan kematian inilah dia belajar erti untuk bersyukur.
“Mohon maklumkan pada waris pesakit.” Arah Asrar.
“Baik doktor.” Balas HO perempuan tersebut dan terus bergegas mendapatkan waris pesakit yang sedang menunggu.
Asrar kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhampiran kaunter jururawat. Dia tersandar kepenatan, jika dia adalah sebuah telefon pintar sudah tentu dia akan berbunyi untuk memberitahu bahawa baterinya sudah habis dan perlu dicaj segera. Asrar menarik nafas dalam-dalam bagi melepaskan lelahnya.
“Doktor.” Panggil seorang jururawat selang beberapa minit Asrar duduk di kaunter tersebut.
“Huh! Ye?” Balas Asrar.
“Blood taking.”
“Ya Allah. Hampir terlupa pulak saya.” Asrar bergegas bangun untuk menyambung tugasnya. Malam itu dia membantu doktor-doktor pelatih mengambil darah pesakit memandangkan mereka kekurangan staf.
YOU ARE READING
My Belahan Jiwa
Fanfiction~ Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat pengajaran darinya dan apabila kita bertemu dengan jodoh kita yang sebenar, kita akan bersyukur dengan ketentuanNya ~ ~ Allah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertepatan...