03

23 2 18
                                    

Aku bangun pagi seperti biasa lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku bangun pagi seperti biasa lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Hari ini aku agak penat sebenarnya sebab semalam tolong kemas untuk majlis hari lahir byeol.

Selepas mandi, aku memakai office attire dan turun ke bawah. Kelihatan eomma dan appa sudah berada di dapur.

"Morning eomma appa". Ucap aku sambil mengusap. Sejujurnya aku mengantuk lagi.

"Morning, alahai kamu tak tidur ke semalam?". Tanya eomma. Aku pun duduk disebelahnya.

"Tidur eomma, tapi still penat sebab tolong san oppa semalam". Kata aku pula.

"Kamu sarapan dulu. Nanti lambat pula nak pergi kerja". Kata appa. Selepas sarapan, aku pun terus pergi kerja.

Setibanya di sana, aku terus masuk office dan membuka komputer aku. Hari ini aku nak kena settelkan financial report spa aku. Biasa lah dah ada business sendiri macam-macam nak kena settelakan.

Beberapa jam kemudian, aku mendapat panggilan daripada oppa aku. Dah kenapa dia call aku waktu macam ni.

"Hello oppa?". Sapa aku melalui telefon sambil menyiapkan laporan tersebut. Multitasking lah orang kata.

"Hi chaemin, maaf menganggu, oppa nak tanya sikit ni". Kata oppa. Aku berhenti buat kerja sebentar, macam hal penting je ni.

"Kenapa oppa?". Balas aku ringkas.

"Waktu lunch nanti kamu free ke? Kalau boleh ambil byeol kat tadika pastu hantar kat office oppa". Katanya. Ehh haerin busy ke?

"Boleh je, tapi haerin tak ambil dia ke?". Tanya aku. Mana tahu kan mak dia nak ambil pula.

"Haerin ada meeting dengan client kat butik. Oppa nak suruh johnny dia kena turun kat site. Lagi satu oppa tak nak susahkan family yujin tu diaorang nak jaga Junghee lagi. Sebab tu lah mintak tolong kamu". Kata oppa. Ada betul juga.

Sejak yujin unnie berkahwin dengan jinyoung oppa, dia terpaksa meninggalkan keselesaan dan kemewahan dia miliki. Jadi, mereka terpaksa hidup dalam keadaan sederhana. Yujin unnie tak bekerja sebab nak kena uruskan rumah.

"Boleh je, nanti chae ambil dia byee oppa". Kata aku lalu menamatkan panggilan. Nasib lah aku masih hidup bujang, boleh layan anak buah kesayangan aku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1:00 tengah hari. Aku mengambil beg tangan aku lalu keluar dari office.

"Hi cik choi, pergi lunch ke?". Tanya minji, setiausaha aku.

"Tak lah saya nak ambil anak buah kat tadika. Kamu rehat lah dulu ye". Kata aku lalu dia pun sambung makan.

Aku terus turun ke tempat letak kenderaan dan memandu ke tadika. Setibanya di sana, kelihatan byeol berjalan keluar sambil mengucapkan selamat tinggal kepada guru dan rakan-rakannya.

"Ehh aunty chae lah". Kata byeol dengan teruja lalu memelukku. Aku pun membalas pelukannya.

"Hi sayang, jom masuk kereta". Kata aku lalu masuk ke dalam kereta bersama dengannya.

"Mama dengan papa tak ambil ite ke?". Katanya sambil muncung. Aku pun mengucup muncungnya.

"Diaorang busy lah sayang. Nanti aunty hantar kamu ke office papa eh". Kata aku lalu memandu ke syarikat choi empire.

Setibanya di sana, aku memegang tangan byeol masuk ke dalam. Kali pertama aku masuk bangunan ni besar betul.

Aku ingin bertanyakan dimana pejabat oppa tetapi di kaunter tiada orang sebab masih waktu rehat. Mata aku tertumpu kepada seorang lelaki dan aku pergi ke arahnya.

Aku menepuk bahunya dan dia terus memandang muka aku. Aku termenung sebentar kerana aku tidak pernah jumpa lelaki yang kacak sepertinya.

 Aku termenung sebentar kerana aku tidak pernah jumpa lelaki yang kacak sepertinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cik cik, kenapa panggil saya?". Kata lelaki itu sambil melambaikan tangannya di hadapan muka aku. Aku terus tersedar daripada lamunan aku.

"Maafkan saya encik, saya nak tanya pejabat ceo tingkat berapa ye?". Kata aku dengan agak kekok. Malu juga tadi.

"Tingkat 10, boleh saya tahu cik ni siapa?". Tanya dia.

"Nama saya choi chaemin, adik choi san. Saya datang sebab nak hantar anak dia ni". Kata aku lalu memegang tangan byeol. Dia tersenyum ke arah yeosang.

"Ohh macam tu, pergi lah dia ada kat office tu". Katanya.

"Alright, thankss encik.." Kata-kata aku terhenti sebab aku tidak tahu namanya.

"Kang yeosang, just call me yeosang. See you soon". Balasnya lalu pergi dari pandangan kami. Aku dan byeol terus menaiki lift ke tingkat 10.

"Kenapa muka aunty merah? Aunty malu ke?". Tanya byeol. Aku terus menggeleng.

"Tak ada lah, aunty panas je ni". Kata aku yang mencari alasan. Handsome juga lelaki tadi.

+++

To be continue...

[✔️] Forbidden Affairs || Kang YeosangWhere stories live. Discover now