Prolog

7.3K 461 52
                                    

"ZARRA." Kelopak mata yang tadi terasa berat cuba dibuka perlahan.

Terasa silau, terkatup kembali kelopak mata akibat sinaran lampu yang terang.

"Zarra okey?" Lagi sekali suara itu menerpa masuk ke dalam sistem pendengarannya.

Mata cuba dibuka luas, mahu memandang sekeliling.

"Zarra? Zarra dengar tak mama panggil ni?" Dengan perlahan, kepala ditolehkan ke sisi kanan. Retina mata disapa dengan sosok Datin Suzana.

"Zarra dekat mana? Kenapa Zarra dekat sini?" soalnya bingung. Kepalanya masih ada terasa sisa pening dan berdenyut.

"Zarra tak ingat apa-apa?" Soalan Zarra tidak dibalas malah Datin Suzana menyoalnya kembali.

Zarra menggeleng kecil. Dia melihat segenap ruang di sini. Mewah. Namun dia juga perasan yang tangannya dicucuk dan dimasukkan air. Dia berada di hospital?

"Zarra pengsan selepas mesyuarat tadi. Doktor kata Zarra kurang sihat, sebab tak cukup rehat," terang Datin Suzana.

"You don't drink much water, do you? Haih, how many times mama nak pesan, drink gallons of water, Zarra. You must be concerned about all of this," tegur Datin Suzana. Bukan kali pertama Zarra tidak pentingkan berkaitan ini semua.

"Ini sebab tak sudah minum coffee lah ni. Tengok apa jadi. Sampai masuk hospital," bebel Datin Suzana. Kenal sangat dengan menantunya itu.

"Your body is dehydrated."

Satu pun tidak dibalas Zarra. Fikirannya masih menerawang ke tempat lain.

"Zarra, dengar tak mama cakap ni?"

Zarra kembali pada Datin Suzana. Dia mengangguk kecil. "Ya."

"Zarra nak apa-apa?"

Geleng. Entah, dia tidak tahu kenapa dia bangun saja, dia terasa kosong.

Tapi, bukankah itu memang dirinya?

Selama setahun ini, hidupnya kosong. Tiada perasaan yang dia rasakan. Tidak sedih, atau marah. Kecewa pun tidak, gembira jauh sekali.

Dia bagaikan patung hidup yang harus teruskan kehidupan meskipun dalam fikirannya hanya memikirkan dua perkara.

Mati, atau putarkan kembali masa.

Antara dua perkara yang dia fikirkan, tiada satu yang boleh dia lakukan.

Jadi dia di sini, teruskan kehidupan dengan hati yang kosong.

"Tunggu sekejap. Nanti Adriel datang."

Kata-kata Datin Suzana buatkan Zarra kembali memandang wajah ibu mertuanya. Apa yang dikatakan mama tadi?

Datin Suzana melirik ke arah jam tangannya. "Mungkin dia dah on the way."

"Adriel?" Nama itu meniti keluar dari bibir Zarra. Nama yang sebaik mungkin tidak mahu dia tutur. Nama yang menjadi asbab dia begini.

Suaminya.

Datin Suzana mengangguk kecil. "Ya. Mama dah cakap yang Zarra masuk hospital."

Kata-kata Datin Suzana kedengaran aneh di telinganya. Seperti tidak masuk akal. Adakah dia yang salah dengar, atau dia sedang berhalusinasi kerana denyutan di kepalanya ini?

"Apa mama cakap ni? Adriel? Tahu Zarra masuk hospital?" Zarra masih keliru. Apa yang mama cakapkan ini? Mustahil mama hubungi Adriel. Mustahil yang Adriel tahu dia di sini. Mustahil.

Bibir Zarra yang bergerak mahu bertanya sesuatu langsung terbantut bila pintu wadnya dibuka dari luar, mengalihkan pandangannya.

Seorang lelaki yang lengkap bersut hitam memasuki ke dalam ruangan wad VIP itu. Pandangan mata Zarra tidak lepas memandang setiap inci lelaki itu, irisnya membulat besar. Jantungnya mengepam laju.

"Ery." Nama itu disebut dan Zarra bagaikan terpaku. Siapa yang berada dihadapannya ini? Mengapa wajah lelaki ini mirip dengan suaminya?

Cara berjalan, bauan maskulin yang menusuk ke rongga hidung sebaik saja lelaki itu masuk, panggilan nama yang dipanggil lelaki itu.

Semuanya mirip Adriel.

Tapi, mana mungkin Adriel boleh ke sini. 

Mana mungkin Adriel bisa berdiri dihadapannya sekarang sedangkan lelaki itu sudah mati.

Zarra pegun. "Adriel?"

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now