Bab 7

2.3K 295 57
                                    

"ARE you listening to yourself or what? You sound like you just got hit by a car and ran off from the hospital. Are you sure you're okay?" Nisrina ketawa. Kalau produksi televisyen dengar cerita Zarra, rasanya dah boleh buat filem! Entah apalah yang kawan baiknya ini merepek petang-petang begini.

Zarra tayang muka serius. Punya panjang dia bercerita, Nisrina boleh ketawakan dia? "Nis, aku tak main-main. I'm serious."

"No, you sound insane." Nisrina geleng kecil, gelas kaca yang berisi jus epal hijau itu dihirupnya. Nisrina Naila, seorang yang amat pentingkan kesihatan.

"Yeah, maybe I already am." Zarra ketawa kecil, menyorokkan rasa terasa hatinya. Dia membuang pandangan melihat ke arah luar kafe. Sudah dia sangkakan, siapa saja yang akan percaya?

Nisrina memandang Zarra, rasa kasihan pula. Tapi... macam mana mahu dia percayakan Zarra kalau semuanya seperti tak logik dek akal.

"Babe, kalau apa yang kau cakap semua ni betul, then how in the world could you turn back time with that goddamn wish? We don't live in a fantasy book." Masih sukar untuk dia percayakan bulat-bulat cerita Zarra.

Zarra mendecit kecil. "Maybe we are."

Nisrina rapatkan tubuhnya, menarik kerusi agar lebih dekat dengan Zarra. "Okay, now you're telling me that actually Adriel is already dead, and now we are three months before the accident happen, and everything happen a day after your birthday, and it is all because of the wish you made?"

"Yes." Zarra angguk.

"Kau ada bukti?"

Zarra diam.

"That you're not lying?"

"Seriously, Nis?" Nis masih mahu ingat yang dia hanya mengarang cerita ke?

"Zarra, kau nak aku percaya cerita dongeng ni ke? Everything yang kau cakap, semua tak masuk akal." Zarra pun haruslah faham dia, kalau Zarra sendiri tak boleh percaya dengan apa diri sendiri sedang hadap, apatah lagi orang luar?

Zarra diam. Kalau nak ikutkan, dia memang tak ada apa-apa bukti.

Tapi...

Oh, dia sudah ingat!

"Two weeks from now, ayah kau akan jodohkan kau dengan salah seorang anak kawan dia. Tinggi, chinese-look, handsome, but unfortunately not your type. Kau selalu cari alasan nak lari dari kena pergi date dengan dia. Nama dia Daniel."

"Seriously Zarra?" Nisrina ketawa. Biar betul.

"I'm telling you the truth?" Bila dah beritahu tak nak percaya pula.

"Hahaha ni, Daniel mana kau petik pula?" Masih ada sisa tawa dalam percakapannya.

"You don't believe me? Fine." Zarra tarik muka. Tak apalah kalau Nisrina tak mahu percaya. Siapa saja yang akan percaya dengan ceritanya.

Nisrina mengeluh. Dia bukan tak mahu percaya tapi semuanya masih tidak jelas padanya. "Boleh tak kau bagi aku any proof that if you tell me now, I would definitely percaya kau."

"Oh yes!" Dia rasa dia sudah teringat bukti apa yang dia mahu berikan pada Nisrina.

"Apa?"

Zarra langsung keluarkan telefonnya dari beg tangan jenama Hermes yang bewarna putih. Beg ini dihadiahkan dari Adriel sewaktu di awal perkahwinan mereka.

"Tengok chat aku dengan Adriel, tengok tarikh ni semua." Mesej dengan Adriel dibuka dan terus dia berikan pada Nisrina yang duduk dihadapannya.

Nisrina membutang mata. Setiap satu dia periksa dan benarlah kata Zarra. "Fucking shit."

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now