Bab 6

3K 346 80
                                    

KAKI menapak masuk ke dalam rumah banglonya sebaik badan dibawa keluar dari perut kereta Aston Martin miliknya.

Adriel naik sehingga ke tingkat atas, dia mahu terus ke kamar tidur. Mahu bersihkan diri dan terus masuk tidur. Hari ini hari yang memenatkan. Banyak kerja, kepala rasa ingin pecah memikirkan banyak perkara.

Sebaik saja tiba di ruang tamu tingkat atas, sistem penglihatannya disapa dengan sosok tubuh isterinya yang berpakaian baju tidur sedang duduk di atas sofa.

"Ery?" Dia pandang Zarra hairan. Buat apa Zarra duduk tidak berbuat apa-apa di situ? Nak kata tengok tv, televisyen pun tidak dibuka Zarra.

"Tak tidur lagi?" tanya Adriel seraya mendekatkan diri dengan Zarra yang berada di ruangan tamu itu.

Tidak dapat dinafikan, meskipun Zarra tidak memakai sebarang solekan di wajah dan hanya berpakaian night robe, Zarra tetap kelihatan cantik dengan rambut yang dilepaskan. Lagi-lagi Zarra memakai night robe satin bewarna hitam, warna kegemarannya.

Zarra, dengan wajahnya yang kosong langsung bangun dari duduknya. Dia memang tunggu Adriel pulang dari pejabat. Dia mahu bercakap dengan Adriel tentang sesuatu.

Adriel berhenti berjalan bila mendapati Zarra juga merapat kepadanya. Zarra kelihatan serius. Ada apa-apa ke?

"I'm confused and might be going mad or insane just thinking about what has happened, but I won't waste any more time." Zarra langsung bersuara, berdiri dihadapan suaminya dengan tatapan matanya yang tepat ke dalam iris gelap Adriel.

Adriel seakan kurang mengerti. Apa yang Zarra cuba maksudkan? "What do you mean?"

Zarra menggeleng kecil. "I don't even know what I'm talking about." Kerana dia juga tidak faham dengan apa yang berlaku sekarang.

"But I love you. That's the only thing I know." Zarra berkata terus terang. Jika ini adalah kesempatan kedua, jadi dia tidak mahu sia-siakannya. Dia mahu Adriel tahu bahwa dia masih sayangkan lelaki itu.

Jeda. Adriel diam. Lidahnya seperti kelu untuk bersuara, terkejut. Dia tidak tahu mahu membalas apa.

Sesaat.

Adriel melepaskan tawa kecil dengan gelengan kecil. "This is not you. You penat sangat ni. Cakap pun dah merepek."

Manakala Zarra, dia masih dengan wajahnya yang serius. Dia tidak main-main seperti mana yang Adriel sangka. "Adriel, I'm being serious."

Dan tak lama selepas itu, air wajah Adriel berubah tenang kembali. Dia angguk perlahan. "I know, you tak pernah main-main."

"But I also know that you... don't love me, anymore. You did, once. But not anymore." Adriel membalas semula. Dia tahu perasaan Zarra terhadap dirinya. Tidak perlulah Zarra mahu berlakon dihadapannya sekarang.

Zarra tidak lagi sayangkan dia, atau cintakan dia. Dan hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu. Bukan seperti pasangan yang lain.

Zarra mengerut dahi. Dia geleng kepala. Dia tidak mahu Adriel fikir begitu kerana semua yang Adriel fikirkan adalah tidak benar sama sekali.

"No. Adriel, I'm your wife. Of course I masih sayangkan you." Zarra cuba meraih tangan Adriel.

Namun Adriel dengan pantas mengelak. "But I don't."

Dan kali ini, Zarra pula terdiam mendengar balasan dari Adriel.

"Adriel..." Tidak mungkin Adriel sudah tidak sayangkan dia. Tak akanlah sedikit rasa sayang sudah tiada buat dirinya?

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now