Bab 8

2.2K 232 58
                                    

— 15 September 2029, 84 hari sebelum kematian Adriel.

DERINGAN telefon yang dari tadi berdering hanya dipandang sepi oleh Zarra. Air mata yang mengalir dari pipi dia kesat.

Sejak malam tadi dia tidak dapat tidur. Dia rasa sedih. Sedih yang teramat tentang apa yang terjadi antara dia dan Adriel. Sedihnya kian menambah bila teringatkan apa yang bakal berlaku di penghujung mereka nanti.

Kalau Adriel terus-menerus mahu menghukumnya dan tidak mahu berbaik, hubungan mereka akan tetap sama.

Dan pengakhiran mereka juga akan kekal seperti yang lepas.

Lagi sekali telefonnya berbunyi. Dengan perlahan dia bangkit dari duduk di atas sejadah dan pergi mengambil telefonnya yang berada di atas katil. Dia baru saja habis menunaikan solat Subuh.

Nama pemanggil dilihat. Dia hembus nafas dulu sebelum mengangkat. Pasti ada sesuatu, kalau tidak, si pemanggil tidak akan menelefonnya seawal pagi ini.

"Hello, ayah."

"Apa yang kakak dah buat?" Sudah dia duga. Nada suara ayahnya sudah kedengaran marah, tanpa sapaan atau bertanya khabar. Ayahnya terus sahaja bertanya tentang kerja.

Zarra menutup kedua kelopak mata. Sabar Zarra. "Buat apa ayah?"

"Kenapa kakak lepaskan projek besar dekat Itali tu? Kakak tahu projek itu penting untuk syarikat kita kan?"

"Oh, projek Max tu ke? Kakak rasa projek tu tak membawa untung untuk Volux. Lagipun banyak cost yang perlu kita bayar kalau teruskan. Banyak lagi projek kita yang masih on going," balas Zarra, cuba kekal tenang meskipun dia sudah mula rasa tercabar.

"Ya, projek Max tu! You shouldn't make a decision like that without discussing it with me first!" Dato' Emeer meninggikan suara.

Zarra genggam erat sebelah tangannya. Berkali-kali dia ingatkan diri sendiri untuk menjaga tuturnya meskipun dia sedang geram yang teramat. "Ayah, I've done research on that project. The risks are too high. If it fails, our company could suffer huge losses."

"Jadi Zarra nak mengajar ayah pula ke sekarang ni?"

Diam.

"Ayah tahu tentang risiko, but this project is a big opportunity for Volux to expand in the European market! Zarra tak patut berfikiran pendek macam ni. It's not just about the immediate risks but it's about the long-term growth and positioning of our company. We have to take calculated risks to achieve more!" marah Dato' Emeer lagi. Dia tidak suka bila anak perempuannya lakukan sesuatu tanpa berbicara dengannya terlebih dahulu.

"Yes, Zarra faham apa yang ayah cuba sampaikan. But we can't take risks that could potentially destroy the company. We have a responsibility to our employees as well. If we fail, it's not just about financial loss, it affects the..."

Dato' Emeer menghela nafas panjang, menahan marah. "I don't care. I want you to fix all of this mess, dapatkan semula projek di Itali tu." Dato' Emeer memotong kata-katanya.

"Ayah--"

"Faham kan apa yang ayah nak? I don't care cara apa Zarra nak guna sekalipun, but ayah tetap nak Volux dapatkan projek tu," tegas Dato' Emeer. Zarra anaknya, dan apa jua keadaan, Zarra harus mendengar katanya.

Baru sahaja Zarra hendak menjawab, Dato' Emeer dengan tiba-tiba mematikan panggilan telefon.

Zarra menatap skrin telefonnya yang sudah terpadam. Ketika itu, marahnya perlahan berubah menjadi kesedihan. Air mata mulai mengalir tanpa dia sedar di pinggiran matanya yang hangat.

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now