Bab 9

2.4K 283 55
                                    

"SORRY, jalan jammed." Dengan pantas Zarra mengangkat wajah. Ha, sampai pun! Namun senyumannya kian memudar. Adam?

"Oh, I'm sorry. Adriel yang suruh I datang, dia kata dia tak sempat." Adam mengambil tempat duduk. Tadi di pejabat, Adriel tiba-tiba saja hubungi dia dan beritahu suruh gantikan dirinya untuk teman Zarra makan malam.

"And why he didn't tell me?" Tidak tahu sama ada dia harus rasa marah atau sedih. Sampai hati Adriel.

Adam angkat bahu. "I don't know. Dia kata nak bagitahu you sendiri. Tak tahu pula dia tak bagitahu lagi."

"You look disappointed." Adam menyambung lagi bila Zarra hanya diam.

"I don't even know what to feel anymore. But yeah, maybe I am disappointed," balas Zarra tiada nada. Dia mula membelek buku menu dihadapannya.

Adam juga turut capai menu. "Dia busy kut. Pelik juga kenapa suruh I, bukan ke dia paling tak suka I." Sempat Adam ketawa di hujung ayat.

Macam lah dia tidak kenal sama Adriel. Lelaki itu paling bencikan dia.

"Lagi-lagi selepas I jadi, part-time boyfriend tidak berbayar you," sambung Adam lagi.

Zarra masih diam.

Ya, ini semua adalah rancangan Zarra. Zarra yang menyuruh Adam untuk menjadi teman lelakinya.

Zarra mahu ada teman lelaki? Tidak mungkin dia akan duakan Adriel sedangkan dia cinta mati pada lelaki itu. Ini semua hanyalah lakonan yang Zarra layarkan dihadapan Adriel.

Semua ini hanyalah untuk menarik perhatian Adriel, dia mahu bawa Adriel ke pangkuannya. Zarra mahu Adriel untuk rasa cemburu dengannya, dan paling penting adalah untuk Adriel tinggalkan perempuan itu.

Namun ia hanyalah usaha yang sia-sia bila Adriel sedikit pun tidak kembali padanya, malah makin menjauh. Atau mungkin sekarang sudah membencinya.

"It's not working Zarra. Apa lagi yang you nak tunggu?" kata Adam lagi.

Rencana Zarra untuk membuat Adriel cemburu dan kembali kepadanya telah musnah sepenuhnya. Adriel marah besar setelah mengetahui tentang hubungan Zarra dengan Adam. Saat Zarra cuba menjelaskan niat sebenarnya, Adriel menolak untuk percaya, hingga ke hari ini.

Bagi Adriel, Zarra tetap dianggap curang, dan semua itu bukan sekadar lakonan untuk merebut kembali hatinya. Dan meskipun Zarra sudah terangkan semua, Adriel tetap mahu hubungan mereka terus-menerus dingin begini.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Zarra menyatakan bahawa punca sebenar dia berpura-pura curang dengan Adam adalah kerana perselingkuhan Adriel. Namun, Adriel menafikan segala-galanya. Dia bersumpah bahawa dia tidak pernah sekalipun curang di belakang Zarra. Tapi Zarra tahu Adriel berbohong.

Bagaimana Zarra boleh lupa? Kehilangan bayi mereka adalah kerana wanita itu. Setiap kali memikirkan kehilangan yang besar itu, hati Zarra hancur berkeping-keping. Dia cuba berjuang untuk memperbaiki hubungan mereka, tetapi pengkhianatan Adriel dan ketidakmampuannya untuk menerima kesalahan membuat segala usaha Zarra sia-sia.

Bila difikirkan semula, dia rasa bodoh.

Zarra Erysha bukan orang yang begini. Tapi pelik bukan bagaimana cinta boleh mengubah seseorang?

Di mana fikirannya berasa dia patut pergi dan pilih untuk akhirkan perkahwinannya, hatinya lebih kuat memilih untuk mempertahankankan masjid cinta mereka meskipun ia sudah goyah ditiup angin.

"Are you suggesting me to divorce with him now?" Setelah sekian mendiamkan diri, Zarra kembali bersuara.

Adam angkat bahu, tayang muka selamba. "I don't know. Maybe?" Kalau Zarra berterusan sedih begini, dia lebih rela melihat Zarra berpisah dengan Adriel.

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now